Blogger templates

Aug 2, 2010

Kalau Tak Reti Masak Tak Boleh Kahwin Ke?

Sape-sape pompuan pun mesti pernah mengalami dilemma jiwa macam ni sebelum kahwin.
Eh! Aku pun tak terkecuali tau.
Siap kadang-kadang tu sebelum kahwin aku selalu berangan,
kalaulah tiba-tiba bakal Mak Mertua aku nak buat Test Masakan dengan dia.
Aku rasa amik paper exam pun belum tentu takut macam ni dia punya feeling :P
Kompom terketaq-ketaq kepala lutut aku.
Silap-silap gula pun aku tengok dah macam rupa garam.

Aku bukanlah tak reti masak langsung waktu sebelum kahwin.
Masak Maggi, Air ??!! Alahh~ pejam mata pun aku terror tau.
Dan yang paling aku expert buat Murtabak Maggi.
Kui Kui Kui...
Sanggup ke bakal Mak Mertua aku nak makan, kalau hidang benda alah ni.
Mesti dalam hati bakal Mak Mertua aku kata~
"Alahai~ Kesian anak aku hari-hari kena mengadap makan Maggi Pelbagai Resepi."

Tapi sebelum kahwin tu, hihi~ aku practice lah masak simple-simple.
Tengok, ada initiative nak berubah tau.
Terpaksalah rajin jenguk-jenguk dapur bujang aku yang jarang-jarang berasap tu.
Memula tu, trylah masak Sawi Masak Tiram dengan Ikan Goreng.
Walaweh~ menjadi tau aku masak.
Alah~ Mesti korang kata kacang giler, tu pon tak reti nak masak.
Tengok, tengok tu... tak baik cakap macam tu, cubalah bagi sokongan moral sikit.
Untuk orang yang "jarang" masak mestilah satu ke'jakun'an bila benda tu menjadi dia masak.

Aku rasa berkat duduk bujang nilah, aku terus jadi expert masak-masak ni.
Sampai Mak Ayah aku pulak jadi jakun, macam mana anak dara dia selama ni dah pandai bab masak-masak especially bila dah bertitle "Isteri" *Haha~*
Apataknya, kalau duduk rumah sendiri *rumah mak ayah akulah*
Bila aku nak belajar je masak, first thing mak aku suruh buat, kopek bawang & lepas tu tumbuk.
Potong Sayur & Masak Nasi.
Apa yang bergaul dalam Kuali/Periuk tu tak pernah aku sempat nak tengok.
Berapa banyak garam ke ajinomoto mak aku letak pun aku tak pernah tau.
Tiba-tiba yang aku tau, aik! dah siap dah masak.
Tak pun, statement yang selalu mak aku bagi setiap kali aku masuk dapur ialah~
"Dahlah pergi kemas-kemas dekat depan tu ke, tolong lipat baju ke, siram pokok ke, daripada duduk dekat dapur ni."
Haishh~ macam manalah nak belajar kalau gini gayanya.

Mesti ada yang kata, alah~ bukan penting sangat pun masak-masak ni bila dah berkahwin, makan jela kat luar, kan ke senang. Barang dapur tak payah beli, dapur pun cantik berkilat je.

Tak best pada aku, kalau masak dekat rumah, boleh masak sama-sama dengan hubby.
Boleh borak-borak sambil masak.
Lepas tu, masak tu umpama macam eksperimen. Kalau dah terror sikit boleh buat resepi sendiri gitu.
Kalau makan kedai, bila tak sedap kita tau komplen je tapi sebenarnya tak tau pun apa orang kedai tu letak. Part yang tak best, kena gak telan masakan tu sebab dah kena bayar.

Memasak tu boleh mengeratkan hubungan ke'family'an gitu.
So, belajarlah masak yek sayang-sayang semua.
Tak rugi pun :)
Duit Jimat, Hubby pun sayang... ekekekeke...

Kesimpulan dari tajuk entry aku, lu pikirlah sendiri *ahakss~ kejam giler punya jawapan*

Cakap banyak pun tak guna~ jemput tengok apa yang aku masak untuk dinner kami malam ni
-Ayam Masak Halia-

Nah, lagik satu!! Kobis Goreng lagik 20% siap untuk dihidangkan.
BERASAP HOKEHHH~ haha
ko hado?? *pinjam ayat Azwan Ali :P*

3 comments:

  1. Husband aku pon suka makan kat umah yang..cuma kekadang tu kalau aku malas, tapau la jugak..tp tetap makan kat rumah jugak terbaekkkkk

    ReplyDelete
  2. kak reena mak kita pun sama je ngan mak kak reena. dan masa duk bujang ni la saya blaja seskit masak. saya dah reti masak nasi goreng yg sedap. hahhaa.. dan juga sardin sambal. dan juga sup sayur. hahah baru 3 jenis. ari tu masak asam pedas terlebih asam jawa terus masam. so fail!! heheheh

    ReplyDelete
  3. Mala - haha~janji boleh masak darling

    Mun - takpe darling, practice make perfect. kakak pun 1st time masak asam pedas terlebih letak cili. Akibatnya, sendiri mau ingat... haha~

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)