Blogger templates

Aug 22, 2010

Tutorial Memasang CommentLuv pada Blogspot

Jeng-jeng-jeng, ada nampak perubahan sikit tak dekat blog aku? Tak perasan apa-apa pun? Cess~nampak sangat blog aku nih memang tak glamour pun huhu~huwaaa~ *apa? kau ingat kau artis haha~* Dah-dah usah melalut, actually aku dah pasang komen berbalas a.k.a 'reply comment' dekat blog aku ni. Demi bff blogger tercinta Mala yang berkobar-kobar meng'request' dari twitter mintak aku buatkan tutorial ni, so aku dengan pening-pening lalat cubalah buat tutorial ni haha~ *jangan korang pulak yang pening baca tutorial aku ni sudah hii~*


"rupabentuk CommentLuv di platfom Blogger"


Dulu-dulu aku selalu perasan komen berbalas ni cuma warga Wordpress je yang ada. Kesian dekat warga Blogspot macam aku ni tak boleh nak melaram dengan komen berbalas. Nak balas komen pun nampak tak stylo langsung. So, come on warga Blogspot, meh kita tukar comment box kita supaya jadi lagi kemas dan anggun.

Macam mana pun aku nak ingatkan korang yang cara pemasangan CommentLuv untuk Blogspot adalah melalui IntenseDebate so tak sama macam Wordpress yang boleh secara direct sahaja di website ComLuv. Yang penting sebelum install CommentLuv ni, korang save copy of template korang dulu sebagai backup plan. Kalau jadi apa-apa taklah meraung korang jadinya hihi~ Cara-cara nak save template korang macam biasa pergi ke bahagian atas blog korang yang ada tertera DASHBOARD atau masuk saja link http://www.blogger.com/. Kemudian, klik DESIGN --> EDIT HTML --> DOWNLOAD FULL TEMPLATE. Selesai proses download template korang tu bermulalah proses meng'install' CommentLuv pulak.


STEP ONE
  1. Korang kena register dulu nama korang di ComLuv site. Picit REGISTER URL dan masukkan data-data yang dikehendaki. Abaikan ComLuv site selepas korang membuat  pendaftaran.

STEP TWO
  1. Buka IntenseDebate site pula. Sama seperti ComLuv site juga, korang dikehendaki mendaftar dahulu di website ini.
  2.  Selesai LOGIN di IntenseDebate, korang klik di sini http://intensedebate.com/plugin . CARI COMMENTLUV dan klik ACTIVATE. Selesai activate, klik bahagian atas SITE --> +ADD BLOG/SITE. Masukkan URL blog yang korang nak installkan CommenLuv ini.
  3. Pilih platform BLOGGER bagi pengguna Blogspot.
  4. Manakala bagi bahagian INSTALLATION pula ada  DUA SOALAN yang wajib korang jawab. Untuk soalan pertama, korang pilih jawapan TEMPLATE. Dan soalan kedua, korang pilih jawapan ONLY ON NEW POST *bagi mengelakkan komen lama korang hilang*.
  5. Abaikan perkara-perkara yang tertera di bawahnya dan korang boleh terus pergi ke bahagian bawah sekali yang tertera perkataan BROWSE. Klik pada BROWSE dan cari kembali file template korang yang korang dah save sebagai backup sebelum ni. Klik pada UPLOAD FILE.
  6. COPY KESEMUA HTML CODE BARU di IntenseDebate.
  7. Pergi ke BLOGGER PAGE ANDA, DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML --> EDIT TEMPLATE --> TANDAKAN PADA KOTAK EXPAND WIDGET TEMPLATE. PADAM KESELURUHAN HTML CODE DI SITU, dan PASTEKAN HTML CODE BARU yang korang copy di IntenseDebate --> CLICK SAVE TEMPLATE.
Memandangkan di awal installation korang dah pilih yang CommentLuv hanya muncul pada  NEW POST sahaja, jadi korang jangan pulak panik bila tak nampak kelibat CommentLuv pada entry lama.

STEP THREE
  1. Kalau korang nak buat pengubahsuaian sikit untuk rupa bentuk CommentLuv korang. Korang pergi semula ke IntenseDebate site. LOGIN --> klik bahagian atas SITE --> klik NAMA BLOG KORANG --> pergi ke MODERATION klik sama ada bahagian LAYOUT atau COMMENTS.

KELEBIHAN COMMENTLUV
  1. CommentLuv ni merupakan satu cara kita menghargai peminat-peminat mereka-mereka yang rajin memberi komen kepada blog kita *sayang korang* dan dengan menyediakan backlink kepada mereka-mereka ini, secara tak langsung kita turut mempromote entry blog mereka *amacam bestkan? :)*
  2. Memudahkan komunikasi di dalam satu-satu entry / blog bila wujudnya butang reply bukan sahaja antara penulis blog dengan pemberi komen, malah antara pengomen dengan pengomen juga *meaning lagik ramai kawan~yeay!*
  3. Dapat mengelakkan spammer yang penyibuk *biasa dia ni! :P*.
  4. Boleh mengetahui lokasi mereka yang memberi komen *melalui IP Address dorang* dan sebagai satu langkah berjaga-jaga, kalau ada komen-komen yang berunsur ancaman/gangguan.

Selamat install CommentLuv kawan-kawan. Rasanya aku dah habis explain semuanya dekat sini, kalau tak paham juga silalah tanya. Kalau malu, nanti sesat :P


credit to: ariffshah [dot] com


1 comment:

  1. jadi harus mempergunakan jasa dari pihak ketiga ya
    nice share

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)