Blogger templates

Feb 1, 2012

Smaland Ikea Malaysia

Cerita i dekat bawah ni ialah merupakan sambungan perjalanan i yang bersarapan dekat Mc Donald's. Manalah tau, korang pelik bila tengok dalam seminggu i berulang-ulang pakai baju yang sama. Tapi kalau ye pun, apa salahnya kan? Ishh... tak boleh... tak boleh... memang pelik. Hehehe.

Hari tu (5hb Januari 2012), i dan hubby ambil cuti sempena Danish (anak sulung i) memulakan hari pertama bersekolah di Qdees (tahun ni Danish dah masuk tahun kedua bersekolah dekat sini sebenarnya. Huhu... anak mama makin besar). Jadi, lepas habis breakfast dekat Mc Donald's, kita orang terus ambil Danish dekat Qdees dan bawa berjalan-jalan dekat Ikea. Saja kita orang habiskan masa bertiga dengan Danish je kali ni. Bagi dia happy puas-puas. Maklumlah bila ada adik-adik dia (Ariana dan Damien), banyak benda yang i kena larang dia daripada buat. Contohnya macam nak pergi ke Ikea Småland. Bukan apa, had umur Ariana dan Damien tak mencukupi untuk masuk ke Ikea Småland tu. Daripada berlaku banyak kekecohan dan tumpahan air mata semata-mata nak ikut si abang long bermain dekat situ, baiklah i explain secara baik dekat Danish yang dia tak boleh masuk ke Ikea Småland tapi digantikan ke Toys R Us (oh-oh... walaupun hakikatnya yang mama papa dia akan lebih meraung dalam hati bila tiba depan cashier Toys R Us sebab kena bayar 3 permainan pilihan masing-masing nanti. Pengsan!).

Korang nak kenal dan tau mengenai Ikea Småland. Jom ikut i.

Apa sebenarnya Ikea Småland?
Ianya ialah sebuah kawasan permainan di mana kanak-kanak akan merasai keseronokan seperti berada di dalam Hutan Sweden yang dipenuhi dengan keajaiban. Ada terompah besar yang boleh bersembunyi di dalamnya, buah-buahan berry yang besar yang boleh dipegang dengan tangan dan lain-lain lagi.

Mereka akan diawasi di sini dengan sebaiknya (oleh petugas di Ikea) sementara ibu bapa pergi membeli-belah. Terdapat juga kawasan hutan yang senyap dan tenang di mana mereka boleh menonton filem, membaca buku atau sekadar berehat di mana-mana pokok yang mereka gemari. Apa pun pilihan mereka, ini ialah satu pengalaman besar untuk mereka.

Caj pembayaran dan Masa (fee and time)?
Tiada sebarang pembayaran dikenakan (free of charge) dan masa untuk bermain di sini ialah satu jam sahaja.

Siapa yang boleh bermain di Ikea Småland?
- Kanak-kanak yang berusia dari 3 tahun hingga 10 tahun.
- Boleh bermain dengan selamat.

Cara-cara memasuki Ikea Småland?
1. Pilih satu kotak (cari plastic box yang warna merah) yang disediakan berhampiran dengan pintu masuk ke Ikea Småland. Satu kotak untuk seorang anak (1 box per child).
2. Isikan butir-butir peribadi melalui borang pendaftaran yang disediakan di situ. Pastikan nombor kotak (box number) yang di isi pada borang pendaftaran adalah sama dengan kotak yang diambil.
3. Beratur dihadapan pintu masuk, petugas Ikea akan memeriksa butir-butir pada borang pendaftaran yang diserahkan. Mereka akan menyerahkan satu pelekat (sticker) untuk dilengkapkan seperti nama dan nombor kotak. Sticker itu akan ditampal pada baju anak.
4.Kemudian, tangan anak dan ibu / bapa akan dicop (stamp) dengan nombor kotak yang sama sebagai pengenalan identiti.
5. Masukkan kasut dan stokin anak ke dalam kotak yang dipilih tadi. Dan anak anda akan membawanya sendiri masuk ke dalam Ikea Småland.
6. Petugas Ikea akan memberikan anda satu resit yang menunjukkan pukul berapa waktu untuk mengambil anak anda semula. Jangan hilangkan resit ini.
7. Bermulalah sessi perpisahan dengan anak selama sejam (huhuhu, selalunya ibu bapa akan rasa bersalah nak tinggalkan dorang waktu ni walaupun keinginan shopping membuak-buak. Hehe).

Perhatian :-
1. Ibu bapa dilarang memasuki ke dalam Ikea Småland (intai je boleh. Hehe)
2. Sila ambil anak anda di pintu keluar Ikea Småland yang berada di bahagian dalam Ikea di tingkat bawah.
3. Bawalah anak anda bermain di Ikea Småland pada hari biasa (bukan hujung minggu) untuk mengelakkan kesesakan.

Alamat Ikea Malaysia :-

No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Waktu operasi Ikea :-

Hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 9:30 pagi hingga 10:00 malam
Hari Jumaat hingga Ahad (atau cuti umum) pula, bermula dari pukul 9:30 pagi hingga 11:00 malam

Laman rasmi Ikea Malaysia :-
http://www.ikea.com/my/en/
(sebelum nak shopping tu, beleklah sini dulu)

Ok, jom tengok gambar kami yang happy dapat lepak Ikea waktu orang lain sibuk kena pergi kerja / sekolah. Hehe.

Eh, i pun join masuk Småland?! Taklah... ni gambar sibuk-sibuk dalam Ikea je. Hehe... 
Småland The Magic Forest!


Kena register dulu
Dah ready nak masuk


Nampak tak pakcik dalam bayang cermin tu, sampai tertidur tunggu anak dia. Hehe
Danish dapat kawan baru
Pintu keluar Småland

p/s : Bestkan? I rasa macam nak join masuk main sekali je. Hahaha

12 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe... memang best dear... tapi budak kecik je boleh masuk sini tau :)

      Delete
  2. You kira okay lah 3 aje barang mainan, macam I ni hah, sampai 5 (yg kecik umoq 1 lebih pun nak teddy bear juga, peluk tak lepas!!!) huhuhu....

    Yang no.4 minta tak murah, nak yang hotwheel set RM100++++++ hahaha....dengan I depa tak minta (dah tau mommy garang hihi...tapi mintalah dengan daddy yang sangat fragile hati bila mai tang anak-anak :'( Ahaks!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... u ada 5 orang anak? Kagum tau!

      Hahaha... budak-budak sekarang memang hebatkan yang? Nak toys semua mesti cecah ratus-ratus. Anak i yang sulung tu suka sangat dengan Lego. Bila mintak lego, ayat femes dia. Danish, nak satu je ni. Danish tak nak yang lain. Tang yang satu tu bukan RM10 ke RM20 ke... yang cecah RM300 tu... Papa dia selalu mintak pertolongan i lah... Sebab selalunya i je yang tolong downgradekan sikit harga mainan tu (tukar mainan lain). Kaum ayah ni memang tak suka dengar dorang merengek yang... sebab tu jadi fragile kot. Hehehe...

      Delete
  3. hujung minggu, quenya panjang sangat kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. memang pun. Kena pergi hari biasa... baru lengang :)

      Delete
  4. lama dah tak mai bola yg byk2 dalam tu =/ pastu baling2 kat kawan..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, awak penah masuk dalam Ikea Smaland ni ke? Limit dia sampai 10 tahun je tau. Hehe

      Delete
    2. tak pernahlah >< baru tau ada Ikea Smalan ni..hahaa
      zai ckp zai dah lama tak main bola banyak2 tu.. sllu kat fastfood nye tempat kat ade tmpt main tu :)

      Delete
    3. Ohhh... hehe... awak tak cakap terang-terang tadi. Mana tak akak confused.

      Delete
  5. hey kamu tu mmg menarik..nak nak tang bebola byk tu...mcm nak lambung ayra disitu mesti budak itu terglak terkekek kekek....huhu akan jer ku terjah,,tapi ayra masih kecil manakala mommy nyer terlalu besar..apakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh... Kalau orang tua dibaginya masuk dalam ni. Rasanya semua berebut nak masuk dalam kolam bola tu. hehehe... Takpe 2, 3 tahun besarlah Ayra tu :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)