Blogger templates

Sep 23, 2012

Pantai Minyak Beku dan Perigi Batu Pahat

Hari ni i nak bawa korang berjalan-jalan ke tempat sejarah penting di Batu Pahat, Johor iaitu Pantai Minyak Beku. Manakala untuk korang yang tercari-cari tempat makan best dekat Batu Pahat pula. Korang boleh baca entry review i dekat sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/sup-gearbox-batu-pahat-sup-sitam.html.

Untuk pengetahuan korang, apa yang menariknya mengenai Pantai Minyak Beku ini ialah terdapatnya Perigi Batu Pahat yang menjadi sejarah bagi kewujudan nama Batu Pahat. Lokasi Pantai Minyak Beku ni terletak kira-kira 10 hingga 15 kilometer daripada pusat bandar Bandar Pahat. Laluan untuk ke sini juga, memang agak terpencil dan berbengkang-bengkok. Tapi macam mana pun korang jangan risau sebab memang banyak papan tanda yang boleh membantu korang untuk ke sini. Apa yang penting, pertama sekali untuk pergi ke Pantai Minyak Beku, korang kena cari landmark yang famous di Batu Pahat. Apa lagi kalau bukan monumen tangan terapung sedang memahat batu (wahhh!!! Scary gila kan? Hehehe...) Jadi, daripada kawasan monumen tersebut, korang akan jumpa papan tanda arah ke Pantai Minyak Beku. Takpun, kalau susah-susah sangat, korang search jelah dekat GPS Garmin korang. Lagik senang, hehehe....

SEJARAH PANTAI MINYAK BEKU, KAMPUNG MINYAK BEKU DAN PERIGI BATU PAHAT.

Perigi Batu Pahat terletak di tepi pantai Minyak Beku berhampiran dengan muara Sungai Batu Pahat (kini lokasinya ialah bersebelahan dengan Balai Polis Minyak Beku). Saiz perigi ini hanyalah 10 kaki sahaja dan perigi ini dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka ke III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh 'Bendahara Tun Perak', Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya hingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu, askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan. Nama daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut di mana ianya telah menggantikan nama Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada 'pangkal jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

sumber : dari lokasi Pantai Minyak Beku, Wikipedia dan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
diolah semula oleh : Reenaonline

Kawasan Pantai Minyak Beku ni pada pendapat i memang cantik kalau dipelihara betul-betul. Cuma sedihnya banyak betul sampah alien yang berleluasa. Keadaan pantainya pun agak berselut dan tak sesuai untuk mandi-manda kecualilah kalau korang memang suka berkubang (erk!) Terdapat gerai makan yang disediakan di sini untuk korang minum-minum petang sambil menikmati panorama indah di Pantai Minyak Beku (tapi i tak sempat pun try-test-rasa sebab kesuntukan masa).

Untuk korang yang belum pernah tiba di sini, cubalah jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku. Seronok sebenarnya bawa keluarga ambil angin petang dekat sini tau. Sekurang-kurangnya boleh release tension.








Anak-anak i seronok kumpul kulit kerang.







Perigi Batu Pahat
Keadaan sebenar perigi Batu Pahat. Ada berani nak minum? Hehehe...


p/s : happy sebab dapat tangkap gambar matahari terbenam dekat sini. Ikutkan kalau i tunggu 10 minit lagi mesti i dapat tangkap gambar matahari atas garisan laut tapi disebabkan kawasan ni dah gelap dan ramai orang beransur pulang. Tak berani pulak nak tunggu lama-lama.

33 comments:

  1. suka gambar anak u campak kerang tu =)

    ReplyDelete
  2. fakta2 yang menarik mengenai sejarah,
    nice pic,terima kasih kerana berkongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  3. wah sonoknyee .. yg pakai baju kucing tu lahai comel sangat2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macih aunty *baju kucing jawab* :)

      Delete
  4. selalunya sejarah nampak bosan .. but u put it nicely :) pasni nak singgah batu pahat pula ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, ye ke awak? Kalau baca buku Sejarah memang bosan pun tapi kalau jalan-jalan tengok tempat sejarah rasa happy je memanjang. Hehehe :)

      Delete
  5. reena asal Batu Pahat kan?..
    bakal adik ipar akak asal sana kg Linau kecil..
    kat taman tema tu..kenal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... saya bukan asal Batu Pahat awak. Saja jalan-jalan datang sini. Macam mana pun tempat lahir masih dalam negeri Johor :)

      Delete
  6. last pic tu blh buat poskad..hehe

    ReplyDelete
  7. xpenh g tmpt tu..... n first time heard....:) so kna gps la nk pg soon...
    the pics are definitely awesome!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak! :) Insya-Allah mesti jumpa punya tempat ni.

      Delete
  8. huhu..teringin nk jelajah JOhor...mcm bestla tmpat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau awak, sebab Johor daerahnya ada banyak. Nanti akak tunjuk tempat-tempat lain yang best dekat dalam negeri Johor lagik ok :)

      Delete
  9. its amazing n so beautiful..
    ingin rasanya pergi kesana..
    mungkin satu saat nanti..

    kalau sempet Click ini
    yaa,minta masukannya biar jd blog yg baik..makasih..:)

    ReplyDelete
  10. wah.. cantik2 nya gambar u reena.. suka gambar senja tu..
    reena edit ke gambar2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh... tak edit langsung pun semua gambar ni FAR cuma tambah watermark je :) Nak dapat gambar macam ni kenalah tunggu sampai senja.

      Anyway thanks FAR :)

      Delete
  11. Waah cantik laa gambar2 yg dicapture tuh.. pemandangan yang sgt menarik..

    ReplyDelete
  12. nampak cantik jugak tempat tu (of course lah reena tak letak gambar yang tak cantik kan?) yang best nyer tiba2 ada gambar kucing yang putih suci kat situ, auw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sebenarnya ni lah suasana sebenar dekat sana Kak Ni tapi peliknya bila dalam gambar nampak elok je :) Mungkin sebab ada nilai-nilai artistik kot. Kehkehkeh

      Delete
  13. salam kenal. batu pahat kampung hubby tp xpenah lak ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ayu :)

      Lain kali datang jalan-jalan sini k :)

      Delete
  14. cantikkkk tp lagi suka baju hllo kitty akak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... baju Hello Kitty akak yang dinampaknya :P

      Delete
  15. salam,,dh sampai batu pahat k???besh kn?dya orang batu pahat tau..dekat sgt dgn pantai tue..dtg lgi meh lh elo2 kt dya..leh met sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dya :)

      A'ah seronok datang sini. Setiap kali balik kampung mesti singgah Batu Pahat. Ok, next time datang kita elo-elo Dya k :) Bawak kita pergi makan tempat sedap-sedap pleaseeee....

      Delete
  16. the pictures were so beautiful! pada pendapat Arisha, banyak sejarah yang pernah ditemukan, yang mana sejarahnya masih tetap dipamerkan dan dilestarikan sehingga sekarang. :)

    ReplyDelete
  17. salam
    Baru tau ada pantai minyak beku..thanks sudi kogsikan disini.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)