Pages

Mar 25, 2013

Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

Dekat entri sebelum ni ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/bahulu-seri-geliga-kuala-kemaman.html, i dah janji dengan korang nak cerita pasal tempat-tempat makan area Kuala Kemaman dan Cherating lagi kan? Selain daripada main terjah je mana-mana kedai makan / restoran / warung yang i nampak ok untuk kita orang cuba dekat area Cherating ni. I tetap berusaha minta bantuan Encik google yang handsome untuk dapatkan idea atau pandangan orang lain melalui pengalaman dorang menikmati makanan sepanjang berada dekat Cherating. Bukan apa, alang-alang nak keluarkan duit, kenalah pastikan duit yang dilaburkan tu berbaloi dengan rasa makanan yang nak dicuba.

Tapi biasalahkan, lain tekak, lain ceritanya. Sekejap, i baca, kisah orang yang makan dekat restoran dotdotdot, punyalah puji melantun-lantun. Sekejap, bila i selak kisah dekat blog orang lain pulak, bertempat di restoran yang sama. Punyalah pemilik blog ni condemn sampai i sendiri dapat rasakan betapa hazabnya dia makan restoran dotdotdot tadi. Dah tu kalau boleh, 7 keturunan dia pun jangan harap dia benarkan jejak kaki ke sini. Kesudahannya, i dapat pelbagai versi hanya untuk satu je kedai makan yang i nak cuba (argh... tensionnya!) Eh, i pulak yang tension. Cubanya pun, tak lagik ni. Hehehe.

Malas dah nak buat survey lagi, i belasah je pergi kedai makan / restoran / warung dekat Cherating yang dapat paling banyak pujian dan paling sedikit kejian berdasarkan rating orang ramai dalam blog masing-masing. Asyik survey je memanjang, habuk pun tarak. Angin yang kita orang dapat nanti. Hehehe... So, korang agak, apa kata survey i pulak untuk Warung Awang Ikan Bakar ni atau juga dikenali dengan nama WAIB. Jeng-jeng-jeng. Kenalah baca dekat bawah ni.

Alamat Warung Awang Ikan Bakar (W.A.I.B) :-

No. 83, Warung Awang Ikan Bakar
Kampung Kubang Ikan
26080 Cherating
Kuantan, Pahang

No. Telefon (untuk tempahan) : 019-9648421 / 09-5819558

Waktu operasi : Dari pukul 5:00 petang hingga 2:00 pagi

*i tak sure Warung Awang Ikan Bakar cuti hari apa. Sebelum datang tu, apa kata korang telefon dulu*

Lokasi : Terletak di laluan utama antara Cherating ke Kuala Kemaman (di bahagian kiri jalan). Lebih kurang perjalanan 5 minit dari simpang yang menunjukkan papan tanda Pantai Cherating ke Warung Awang Ikan Bakar. Manakala dari arah Impiana / Suria Beach Resort ke warung ini (laluan untuk ke bandar Kuantan) juga mengambil masa 5 minit (arah warung ini automatik akan berada di bahagian kanan korang).

Facebook Warung Awang Ikan Bakar : picit SINI

Pendapat / Ulasan / Review mengenai Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

1. Siapa yang baru pertama kali nak datang dekat sini, mesti tak berapa perasan papan tanda besar yang tunjukkan nama Warung Awang Ikan Bakar. Maklumlah lampu papan tanda ni pun tak secerah mana, lokasinya pun betul-betul terletak di selekoh jalan. Macam mana korang nak fokus kan? Jadi, korang memang kena harapkan mata co-driver yang berada dekat sebelah korang.

2. I tak tahulah samada nasib memang dah sedia malang ke atau hari tu berduyun orang KL sama-sama turun Cherating dengan i bersempena Cuti Hari Wilayah. Sampai je kita orang dekat warung ni, i tengok ada 4 meja lain tengah tunggu order dengan muka 'panas'. Pukul 8:30 malam i tiba dekat sini, pukul 9:45 malam baru makanan kita orang sampai. Hambik kau! Slow gila! Tu baru giliran meja ke-5 tunggu makanan. Kalau giliran kita orang yang ke-10, silap-silap ada gelas terbang muncul dekat sini. (Oppss... Hehehe...) Anak-anak i pun dah pucat lesi muka tahan lapar. I rasa kalau teringin nak makan dekat sini lagik (KALAU ye...) I tengok dulu, andai kata ada satu family je yang tengah makan, i akan singgah. Lebih dari satu family, confirm i cari kedai makan lain.

3. Perkara pertama yang korang kena buat bila berada dekat sini ialah terus pilih ikan, sotong, udang atau makanan basah lain yang korang nak order untuk masak-masak. Kalau korang duduk dekat meja sambil harapkan orang tu datang layan nak ambil order, toksah mimpilah dia nak datang cepat-cepat.

4. Pilihan makanan kita orang untuk hari tu ialah Tomyam Campur (yang i nampak kuah je yang banyak tapi isinya kurang), Kailan Ikan Masin (sayur kailan langsung tak masak! Ikan masin pun jangankan batang hidung, lubang hidung pun i tak nampak. Adeh...), Siakap 3 Rasa (biasa je... tak best pun) dan Sotong Goreng Tepung (ini je satu-satu menu yang boleh terima akal rasanya). Untuk rasa kesemua makanan, kebanyakannya lebih banyak TAK sedap dari yang sedap. Huhuhu... macam mana tu? Harga keseluruhan ialah RM61.70 (murah kan?) Kalau makanan ni semua best, mesti i recommend sangat supaya korang cuba. Tapi sebab nan hado, tak cuba pun takpelah korang. Eh! Hehehe...

5. Terus-terang i cakap, kebersihan kedai ni berada pada tahap kurang memberangsangkan. Dan kalau korang nak tahu, i paling tak gemar dengan kedai makan yang ada banyak kucing. Fuhhh... terasa memang tawakal habis kita orang waktu telan makanan masa tu (huwaaa!)

6. Kesimpulannya i bagi rating 2 bintang je untuk Warung Awang Ikan Bakar, Cherating. Walaupun menu Sotong Goreng Tepung dia memang kena dengan citarasa tekak kita orang tapi banyak kelemahan yang perlu dorang perbaiki.

So, agak-agak ada yang nak cuba ke? Terpulanglah kan... I bagitahu mengikut pengalaman i je. Mana tahu pengalaman korang lepas ni lagi best daripada i ke. Siapa tahu kan? Hehehe...






Kailan Ikan Masin yang macam kunyah rumput. Eh!


Sotong Goreng Tepung 


p/s : Habis je makan, hubby terus warning. Next time kita makan tempat lain jelah. Erk!


8 comments:

  1. kalu dah mcm tu gaya mmg tak lalu la nak mkn. rasa mcm baik masak megi jek. reena, buat la entry ttg nikon5100 lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah sangat tu sampai sanggup makan maggi je. Hahaha :) Insya-Allah kalau berkesempatan dan idea datang mencurah-curah, kita buat lagik entry Nikon D5100 ye.

      Delete
  2. Yang, aku g Cherating dulu aku makan kat kedai mana ntah x pulak aku tgk nama dia..Tp Chili's Crab dia tersedappp di dunia..Hahahahaha~ Tapi nampak gaya cam kedai ko post ni pon ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Wahhh... Chili Crab tersedap di dunia ke Yang? Perghhh... tapi waktu kau makan tu ramai orang ke tak eh? Kena fikir 10 kali ni kalau aku nak jejak kaki balik semula. Hahaha!

      Delete
  3. mesti sedih kalau perut dah lapar tahap gaban tp makanan tak sedappp, mahal dan paling bengang service lembab.. memang tak akan ku jejaki kedai tu lagi..

    kalau service tip top dan sedap, mahal sikit pun boleh pejam mata sikit kan, janji puas hati dan kenyang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal FAR, mungkin bukan rezeki kita kot time tu. Huhuhu!

      Delete
  4. Salam, selain kedai nieh kedai ape lg yang menarik untuk sarapan ngan dinner? first time nak g cherating ngan anak bini, kalo boleh bagi recommendation mane2 kedai yang best? lagi satu tempat2 yang boleh dilawati sekitar Cherating nieh.. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya dan tinggalkan komen. Hmmm... Saya takde specific kedai mana yang sesuai untuk makan sarapan, lunch atau dinner di Cherating sebab perasan kebanyakan kedai makan di Cherating dah kurang menepati citarasa tekak. So, kebiasaannya walaupun stay dekat Cherating tapi saya sekeluarga akan sarapan atau minum petang di Chukai, Kemaman. Nama kedainya Hai Peng Kopitiam. Manakala untuk dinner kami makan di Sara Thai Kitchen, laluan ke Kuantan dari Cherating. Harap dapat membantu ye. Selamat bercuti.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)