Blogger templates

Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

May 17, 2012

Chocolate Fondue / Coklat Fondue

Tiba-tiba tekak ni macam teringin sangat nak makan coklat celup-celup (chocolate dip). Hahaha... dah macam nama Nini Coklat Celup pulakkan? Sebenarnya i tak tahu nak panggil apa. Tapi senang cakap macam strawberry chocolate yang Siti Nurhaliza suka makan tu. Hah, kalau sebut macam gini automatik korang confirm fahamkan? (tahu sangat dah... kehkehkeh). Memandangkan takde stok strawberry dekat dalam peti ais rumah jadi i gantikan dengan biskut, kiwi, pear hijau, badam dan tambahan cornflakes (hambik kau, segala macam i celup. Agak-agak celup dengan ayam goreng sedap tak? Erk! Hehehe...)

Ikutkan cara masakan untuk coklat celup-celup yang i buat ni lebih kurang sama je macam makan chocolate fondue dekat restoran mahal. Tapi cara i ni diberi pendekatan kepada versi jimat kos (boleh gitu? Hehehe). Yelah, korang tengoklah gambar yang i letakkan dekat bawah tu. Cuba korang bayangkan, korang pergi makan chocolate fondue dekat restoran high class dengan kuali berlapis-lapis macam gitu, mahu menangis korang tengok.

Nak beli bekas buat chocolate fondue atau chocolate fountain tu pun entah bila i boleh jumpa. Jadi waktu nilah kita kena bertindak dengan lebih kreatif demi menggembirakan tekak sendiri, hubby dan anak-anak i yang lain. Soal rupa, kita buat-buat tak nampak jelah. Hehehe... janji perut kenyang.

Jom tengok macam mana cara nak sediakan coklat celup-celup ni. Kalau tak faham, korang rujuk terus dekat gambar bawah ok.

Cara Penyediaan / Resepi Untuk Strawberry Coklat / Coklat Fondue Atau Lain-lain

1. Sediakan satu kuali besar yang agak dalam dan satu periuk kecil. Penuhkan separuh bahagian air pada kuali besar tersebut, buka api kecil dan biarkan sehingga mendidih (pastikan air yang dipenuhkan pada kuali tersebut parasnya tidak melebihi periuk kecil. Contoh, boleh tengok dekat gambar pertama).

2. Kemudian, ambil dua genggam chocolate chip / cip coklat dan masukkan ke dalam periuk kecil. Angkat periuk kecil berisi cip coklat tersebut dan rendamkannya di dalam air yang mendidih pada kuali besar tersebut.

3. Kacau chocolate chip sehingga cair. Agak-agak kalau terlalu pekat, korang tambahkan dua sudu besar susu segar (i guna jenama Dutch Lady Full Cream) sedikit demi sedikit. Yang penting, elakkan daripada coklat menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.

4. Sediakan lidi / pencucuk untuk memulakan proses celup-celup. Susun makanan / buah-buahan yang telah dicelup di atas paper baking. Pastikan coklat di dalam periuk kecil terus-terusan dipanaskan sewaktu sessi celup-celup dijalankan.

Macam mana? Senang je kan, nak buat coklat celup-celup ni. Korang cuba tau!


Pekat sangat ni.
Nampak gaya macam dah boleh celup-celup



Baki coklat celup-celup yang dah tak boleh nak celup lagik. I tuang terus dalam mangkuk ni. Habis cerita. Hehehe...

p/s : i baru teringat macam pernah nampak bekas Chocolate Fountain ada terjual dekat Tesco. Kalau i jumpa i bagitahu korang ok.