Blogger templates

Showing posts with label Coach. Show all posts
Showing posts with label Coach. Show all posts

Nov 7, 2010

Perbezaan Di antara Coach Original dan Coach Fake *Tipu*


Baru-baru ni aku sibuk dok cari branded handbag. Tak taulah kenapa tetiba perasaan ni cam rasa gatal-gatal je nak simpan satu-dua branded handbag sebagai collection *kehkehkeh*. Maklumlah sekali-sekala nak melaram, apa salahnya kan? Cuba korang tanya mana-mana perempuan dalam dunia ni sekalipun, kompom ramai yang simpan angan-angan nak memanja-manjakan diri dengan brand macam Louis Vuitton, Gucci, Coach, Calvin Klein, Chanel, Armani dan macam-macam lagiklah brand yang kebanyakan outletnya wujud dekat Pavillion ni. Masalahnya brand-brand macam ni biasanya kalau kita lalu atau tengok pintu kedai dia pun, automatik kita dah rasa ngeri sampaikan nak telan air liur pun kena slow-slow sebab takut tercekik. Orang tak mampulah katakan ;) *err~ ada tak korang rasa perasaan macam tu ke aku sorang je yang rasa haha~ :P* 

Apetaknya nama pun dah branded *berjenama gitu* so harga satu barang dekat dalam outlet tu je dah sama macam duit gaji kita dapat bulan-bulan *tah-tah terlebih kot... kehkehkeh :P* Yang hebatnya pasal barangan branded ni, tang feelnya. Especilly bila bergaya dengan barangan branded ni boleh buat kita rasa macam "Wow, lihatlah aku bergaya dengan LV ni, ko hado?" Camanepun kalau setakat nak beli untuk bergaya lebih hebat depan orang lain, tapi bila balik rumah pulak dok pening kepala sambil makan maggi pun tak best jugakkan? Lainlah kalau betul-betul terlebih-lebih mampu macam Paris Hilton tu, syioklah jugak membelinya. *haisshhh~*

Habis untuk orang-orang yang tak mampu, tapi berangan nak pakai barangan branded, tak boleh nak beli ke? Haha~kenalah guna alternatif lain. Maklumlah barang-barang branded yang ada kat Malaysia ni semuanya dah kena tax/cukai sebab tulah harga dia melampau sampai tahap macam nak gantung diri. So, cara terbaik kalau korang nak dapat barangan branded ni, selain dari kirim kawan yang tinggal dekat oversea. Cari jelah blog-blog yang ada jual 100% Authentic brand yang korang nakkan ni. Kadang-kadang ada sesetengahnya yang jual lagik murah dari dekat outlet tu sendiri. Cuma yang penting korang kenalah buat research sikit untuk ketahui design-design mana yang latest, baru ataupun lama. Tapi kalau barang yang kita beli sememangnya branded kompom takde orang pun pedulik *except untuk orang-orang memang kaki branded* kalau design dia ketinggalan 2-3 tahun kebelakang. Biasalahkan, bila beli direct terus dari oversea, ada sesetengah designnya takde jual pun dekat Malaysia. So, kira kelebihanlah untuk korang sebab korang pakai barang yang tak masuk market Malaysia *chewah, itu pada pandangan akulah :)*

Cuma yang penting, bila beli through internet ni, korang kenalah jaga-jaga sikit sebab takut terbeli yang bukan original/authentic (fake design). Contoh dekat sini, aku nak ajar korang bagaimana untuk mengetahui samada barangan tersebut adalah orginal atau pun tidak especially untuk brand Coach je. Kenapa aku bagi contoh brand Coach ni, hehe~ sebab aku suka design Coach yang tak macam orang tua *kofkofkof*. Anyway untuk brand lain, korang boleh tengok dekat blissbag [dot] com (link dia aku ada letak dekat bawah).

Ini antara tips untuk membezakan antara Original/Authentic Coach & Bukan Original (fake) :-

1. Seperti yang korang sedia maklum, Coach kebiasaannya menggunakan signature 'C' untuk sebarang keluaran begnya. So, korang boleh perhatikan huruf 'C' pada Coach yang tidak ori (fake) selalunya tidak bercantum/selari pada setiap sambungan/jahitan kemasannya. Lain pulak, dengan Coach yang ori, dimana setiap 'C'nya akan bercantum walaupun pada bahagian sambungan.




2. Setiap susun atur 'C' pada Coach tidak ori (fake) hanya memaparkan satu/single corak 'C' untuk setiap arah. Tetapi untuk Coach ori ianya melibatkan dua/double corak 'C' bagi setiap arah.



3. Adakalanya Coach tidak ori (fake) menggunakan huruf yang seakan-akan dengan 'C' sebagai contoh huruf 'O' ataupun 'G'. Jadi telitikan perkara ini sewaktu korang membelinya.


4. Perhatikan juga Sleeper Bags atau Dust Bags yang biasanya disertakan sekali apabila korang membeli beg Coach. Dust bags bagi Coach yang ori sepatutnya berwarna coklat gelap dengan tali yang berwarna merah dengan perkataan Coach di atasnya.




5. Tag berlogo Coach (yang biasanya ada rantai besi bersambung padanya) untuk Coach ori, ianya mestilah sepadan dengan warna beg Coach tersebut dan bukan diperbuat dari plastik keras. Malah logo Coach yang dipamerkan padanya juga adalah timbul (stamped) dan bukan sekadar dicop pada bahagian atasnya. Walaubagaimanapun ada sesetengah beg Coach tidak disertakan sekali dengan tag logo ini mengikut design tertentu, jadi korang kenalah buat research/kajian mengenai beg yang korang inginkan tu sebelum membelinya.


6. Nombor siri (serial number) untuk setiap beg Coach yang ori ada dipaparkan di bahagian dalam beg Coach, yang penting korang kena pastikan terdapat 4 nombor selepas tanda sengkang/dash. Tulisannya juga hendaklah berhuruf besar, timbul dan mestilah berbahasa Inggeris *kalau bahasa melayu, kompom tak ori tu kehkehkeh*.



7. Selain itu, korang boleh menilai sendiri bagaimana rupa beg Coach yang tak ori (fake) berdasarkan pada kekemasan jahitannya, keadaannya yang tidak kukuh/tegap, pengunaan material yang murah, terdapat lebihan gam pada bahagian tertentu dan gaya beg itu sendiri yang tidak memaparkan ciri-ciri original *chewah~ :P*



Akhir sekali kawan-kawan, bershoppinglah secara bijak. At least, bila beli barang yang ori tu kita tahu kualiti dia boleh tahan bertahun-tahun (ni kalau tak kena tipu terbeli yang fakelah hehe~). Daripada korang melabur beli yang fake, lepas tu pakai tak sampai 2bulan dah tertanggal. Baik korang kumpul duit beli yang ori, at least hati pun gumbira. Betul tak? ;)

p/s : Bila dah baca entry aku ni, hah~ jangan korang abeskan duit laki korang sudah. Haha~


credit to : bagbliss [dot] com