Korang kenal Cath Kidston? Dia bukan pemenang anugerah Juara Lagu baru-baru ini mahupun seorang tukang masak yang memenangi Masterchef Malaysia ye kawan-kawan. Tapi Cath Kidston ialah seorang designer / pereka yang membuka sebuah kedai kecil di London pada tahun 1993. Memulakan perniagaannya dengan menjual pelbagai fabrik vintage, kertas dinding dan juga perabut lama yang dicat semula dengan warna-warna terang. Tujuannya hanya untuk mengingatkan kembali zaman silamnya sewaktu kanak-kanak. Tapi kini, produk Cath Kidston telah muncul dengan meluasnya dan pelbagai barangan telah diwujudkan melalui label Cath Kidston yang terdiri daripada barangan rumah, pakaian wanita dan aksesori.
Untuk keterangan lanjut mengenai Cath Kidston, korang sila klik sini :
http://www.cathkidston.co.uk/default.aspx
Untuk keterangan lanjut mengenai Cath Kidston, korang sila klik sini :
http://www.cathkidston.co.uk/default.aspx
Sebenarnya, i mula-mula jatuh cinta dengan barangan Cath Kidston bila terjumpa satu kedai beg di Sungei Wang (rasanya adalah 3, 4 tahun lepas). I minat sangat dengan semua design beg yang ada nama Cath Kidston dekat situ. Nampak klasik dan menarik gitu. Sebab dah rambang mata nak memilih, i tak beli langsung satu beg pun dekat kedai tu. Tapi i balik rumah dan terus google pasal Cath Kidston. Dari situlah i tahu mengenai Cath Kidston dan jatuh cinta dengan semua barangan keluarannya. Masalahnya i rasa kebanyakan barang atas brand Cath Kidston dekat Malaysia ni bukan barang original dari produk Cath Kidston sendiri. Sebabnya harga untuk barangan Cath Kidston kalau di convert dari duit Pound Sterling (GBP) ke Ringgit Malaysia (MYR). Mau kering jugaklah poket bulan-bulan. Apataknya 1 GBP bersamaan dengan 5 MYR hokeh (pitam!) Contoh kalau handphone case iphone 4 ialah berharga £24.95. Bila darab dengan 5, jadilah harga Malaysia ialah RM124.75. Perghh!! Memang hanya mampu beli yang non-original (imitation) jelah nampaknya (oppss!! Hehehe). Tapi kalau korang tahu dekat mana tempat yang boleh i dapatkan barangan Cath Kidston yang original dekat Malaysia dengan harga yang best. Bagitaulah ye, mana tau ada rezeki lebih ke. Bolehlah i borong satu-dua.
Lepas mengenali Cath Kidston i terus mendaftar di website Cath Kidston dan request a magazine dekat websitenya (tak payah bayar pun. Free!!). Korang tengok gambar dekat bawah yang ada anak panah warna pink tu, picit pada request a magazine dan isi butir-butir yang dikehendaki. I sangkakan majalah yang i request tu, i takkan terima. Maklumlah i bukannya duduk dekat London pun (tunjuk gaya tangan ke dada). Tapi alhamdulilah selang 2 bulan kemudian (sampaikan i pun dah terlupa pasal majalah Cath Kidston ni), majalah tu tiba dengan selamatnya ke pangkuan i (yeay!!)
![]() |
| Kalau tak jumpa mana arah anak pink, korang pergilah buat check mata. Hehehe |
Ok, nak kasi korang nampak dengan lebih jelas macam mana tertarik menariknya barangan Cath Kidston ni. Apa kata, korang tengok gambar dekat bawah. Ada perasaan macam dah mula jatuh cinta dengan barangan Cath Kidston tak? Hahh... i nampak ada yang dah tunjuk muka kagum dekat situ. Hehehe. Gambar ni jugak telah menambahkan tahap berangan i untuk memiliki dapur yang bersuasana Cath Kidston (tenung gambar sambil sengih-sengih). Kalau korang baik, doa-doakanlah i ada dapur macam gini tau. Hehehe (mekacih!!)
![]() |
| Sumber : Google |
Ohh, last but not least, i nak tunjuk koleksi kotak yang i kumpul daripada Daiso, ada gaya macam Cath Kidston jugak tak? Iras-iras je kot. Hehehe... Tapi nilah kotak kesayangan i yang cuma berharga RM5.00 sahaja. Murah habis!! Hehehe...
p/s : i suka vintage style yang colorful! Korang?










