Blogger templates

Showing posts with label Cute Food Divider. Show all posts
Showing posts with label Cute Food Divider. Show all posts

Jan 15, 2013

Cute Collection Items / Koleksi Barangan Comel #1

Cute Food Divider / Pembahagi Makanan Comel
Cute Food Utensils / Perkakas Alatan Makanan Comel
Cute Lunch Box Containers / Bekas Makanan Comel
Hello Kitty Chopstick
Hello Kitty Hand Soap Dispenser
Hello Kitty Flower Fertilizer Cap
Hello Kitty Pencil Case

Untuk pengetahuan korang, barang-barang dekat atas ni merupakan antara koleksi peribadi milik i dan Kak Ngah (alololo... comel tak? Comel tak kami? Amboi... menyempat lagi tanya soalan 'masuk bakul angkatkan kami'... weee...). Kebanyakan daripada barangan ni i dapatkan randomly maksudnya ada yang i beli dekat Kedai Daiso, Tokutokuya dan Guardian. Harganya pun berbeza-beza iaitu dari RM4.90 hingga RM15.00 untuk satu item.

Macam Cute Food Utensil, Cute Lunch Box Container dan Hello Kitty Pencil Case actually i dah beli lama dah, tapi i simpan untuk Abang Long dan Kak Ngah bila dorang dah start bersekolah. So, sekarang ni barangan ni semua dah selamat jadi hak milik Abang Long dan Kak Ngah bermula 1 Januari 2013 (untunglah dorang...)

Sesiapa yang mengikuti blog Reenaonline sejak tahun 2008 rasanya dah sedia maklum dengan hobi i dan pelbagai koleksi barangan comel yang pernah i poskan dalam entri sebelum ni dekat tag Hello Kitty, Kedai Daiso, Kawaii Eraser, Koleksi Permainan dan lain-lain lagi. Jadi, kalau ada antara korang yang minat dengan barangan comel, sudi-sudilah picit pada link tag yang i bagitahu tadi untuk menambahkan feeling kecomelan korang.


p/s : Tak kisahlah walaupun koleksi barangan comel ni i beli dengan harga murah (bawah RM5.00) sekalipun, semuanya tetap jadi kesayangan i sampai bila-bila (eh-eh sentimental lah pulak... hehehe).