Blogger templates

Showing posts with label Dian Pelangi. Show all posts
Showing posts with label Dian Pelangi. Show all posts

Apr 15, 2012

Siapa Dian Pelangi / Dian Wahyu Utami

Kalau korang tengok di bahagian side bar i, ada dua link atas nama Dian Pelangi yang i letakkan dekat situ. Selain Hana Tajima, i jugak merupakan antara peminat Dian Pelangi. I suka tengok cara beliau menggabungkan kombinasi warna antara tudung dan pakaian beliau. Ringkas tapi nampak menarik. Begitu jugak dengan gaya shawl / pashmina / tudung bawal yang dipakai oleh Dian Pelangi. Semua nampak sesuai je dengan pakaian yang dikenakan. Warna-warna yang dipilih walaupun ada antaranya dalam kategori berani tapi i tengok dia tahu bagaimana untuk seimbangkan kesemua warna tersebut daripada nampak serabut. Blog Dian Pelangi merupakan antara sumber rujukan dan inspirasi i untuk menggabungkan pelbagai pakaian lama yang i ada sebelum ini dengan diri i yang baru.

Siapa Dian Pelangi ?

Dian Pelangi ialah seorang pereka pakaian muslim (fashion designer) yang baru berusia 21 tahun (mudanya!) Nama sebenar beliau ialah Dian Wahyu Utami. Dilahirkan di Palembang, Indonesia pada 14 Januari 1991. Ayahnya mempunyai perusahaan tekstil, manakala ibunya pula merupakan pemilik butik pakaian. Sejak kecil Dian telah diberi pendidikan yang berteraskan kepada tata busana / pakaian dan agama bagi menerajui butik ibunya. Memulakan persekolahan seawal usia 2 tahun dan menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Rendah (Junior High School) pada usia 12 tahun. Dian kemudian melanjutkan pelajaran di SMK 1, Jurusan Tata Busana di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia kerana mengikuti ayahnya yang kebetulan pada masa itu membuka perusahaan tekstil di sana.

Setelah lulus, pada usia 16 tahun, Dian Pelangi diberi tanggungjawab oleh kedua ibu bapanya untuk mengelolakan butik ibunya yang terletak di Jakarta. Beliau juga turut melanjutkan pelajaran di ESMOD Jakarta. Setahun selepas itu (pada usia 17 tahun), Dian sempat mengambil kursus Bahasa Arab di Cairo, Egypt untuk menambah pemahaman beliau mengenai agama Islam dalam berpakaian. Beliau boleh menguasai bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab dengan baik.

Dian adalah merupakan anggota termuda dari APPMI (Asosiasi Perancang Pengusaha Mode Indonesia). Pada bulan Mei 2009 dilihat sebagai sejarah awal Dian Pelangi untuk mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat antarabangsa. Di mana untuk pertama kalinya, Dian mengadakan pertunjukan fesyen di Melbourne, Australia bersama Kementerian Pariwisata Indonesia. Kemudian pada bulan Ogos 2009 bersama APPMI, pada bulan Oktober 2009 pula mengadakan pameran di Abu Dhabi. Diikuti pula dengan “Jakarta Fashion Week” pada bulan November 2009. Dan pada bulan April 2010 pula di London.

Gaya rekaan Dian Pelangi yang edgy, berjiwa muda dan penuh dengan warna serta pendekatan promosi yang berbeza telah menarik perhatian CNN. Dian kini sedang bersiap sedia untuk mengembangkan sayap perniagaanya secara global. Sebagai pengasas kepada Hijabbers Community (satu komuniti wanita berhijab yang berusia dari 20 hingga 30 tahun), Dian ingin mengubah persepsi / pandangan / tanggapan orang ramai terhadap busana / pakaian muslimah dan hijab yang dianggap sebagai citarasa kuno, tua dan kampung. Malah ada juga segelintir yang beranggapan dengan bertudung / berhijab seseorang itu tidak boleh berjaya dalam kehidupan dan karier.

sumber : VIVAnews.com


Korang teringin nak berkenalan lebih dekat lagi dengan Dian Pelangi. Klik aje dekat link bawah :-

Twitter Dian Pelangi
Facebook Dian Pelangi


Antara gaya Dian Pelangi yang i suka




Youtube A Day in The Life of Dian Pelangi




p/s : Anyway, untuk pengetahuan korang Butik Dian Pelangi dah ada dekat Malaysia (hoorey!)

Mar 30, 2012

Tutorial Tudung Bawal

Assalamualaikum semua...

Rasanya kalau sesiapa yang mengikuti blog i selama ini. Mesti dah tahu kan, yang i lebih suka mengenakan tudung shawl jenis pashmina berbanding jenis tudung yang lain (boleh baca cerita i dekat sini, kenapa i suka pakai pashmina berbanding tudung yang lain ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/fesyen-tudung-terkini.html). Tapi kadang-kadang tu, timbul jugak perasaan nak cuba style tudung yang lain terutama sekali tudung bawal (biasalahkan... perempuan dan fesyen memang tak dapat dipisahkan gitu. Hehehe). Ikutkan sebenarnya tudung bawal ni antara trend tudung pertama yang i kenal, waktu zaman i belajar di UiTM. Seronok i rasa bila tengok trend tudung bawal ni dah kembali. Automatik serta-merta teringat kenangan zaman belajar dulu (eceh!)

Dua orang yang pada i, cukup terror menggayakan tudung bawal ni ialah Datin Norjuma (nak baca kisah i memborong tudung AidiJuma, boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tudung-aidijuma.html) dan Dian Pelangi. Walaupun cara dorang menggayakan tudung bawal ni simple tapi nampak cantik dan ayu je. Mulalah timbul rasa pelik, macam mana dorang boleh pakai tudung bawal ni dalam keadaan statik. Maksud i tudung tu tak bergerak ke sana-sini dan nampak elok je terletak di kepala. Kalau i, mau berserabut tudung bawal tu jadinya. Faham-faham je lah tudung bawal ni tergolong antara kategori tudung yang licin. Pengalaman pertama selepas bertahun tak mengenakan tudung bawal, serius buat i kecewa sangat. Duhh... rasa terseksa sangat sebab tudung i asyik nak melurut ke depan bila i tunduk buat kerja pejabat. Berkali-kali i terpaksa ulang-alik ke tandas semata-mata nak betulkan tudung dan rambut yang mula nak menjalar keluar (aiseyman... tension betul).

Tapi dari pengalaman pertama ni, i tak putus asa tau kawan-kawan. Jadi, i cuba biasakan dan sesuaikan diri pakai tudung bawal untuk jangkamasa seminggu. Lama-kelamaan, i dah rasa ok dah pun. Apa yang penting, kalau korang tak nak tudung bawal korang bergerak ke sana-sini, korang pakai tudung bawal dengan anak tudung syria jenis cotton. Yang penting pilih yang takde awning, korang pilih yang jenis melekap dekat dahi. Jadi tudung bawal korang akan terus statik je dekat kepala (gitulah... hehehe).

Sesiapa yang teringin nak menggayakan tudung bawal ala Dian Pelangi pulak, bolehlah rujuk dekat link ini ---> http://dianrainbow.blogspot.com/2010/07/dian-style-hijab.html. Dian Pelangi dengan baikhati akan tunjuk korang step by step tutorial tudung bawal gaya beliau (best kan?)


KEMASKINI / UPDATE TERBARU
Nak mengenali siapa Dian Pelangi sebenarnya, boleh baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/siapa-dian-pelangi-dian-wahyu-utami.html

Ini antara gambar i waktu menggayakan tudung bawal. Gambar pertama terasa macam back to UiTM gitu. Hehehe...

Dian Reena yang kelaparan. Kihkihkih

p/s : Tetiba bila pakai tudung bawal terasa macam muda 10 tahun pulak (eceh!)