Bersempena dengan IKEA Sale / Jualan Murah IKEA dari 8hb hingga 25hb Mac 2012 (boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/jualan-murah-ikea-ikea-sale-2012.html) i dan hubby ambil keputusan untuk menukar interior ruang makan rumah kita orang. Hamboi, bila cakap macam gini, umpama macam bersaudara dengan Eric Leong (yang dalam rancangan Casa Impian) aje. Hehehe... Sebenarnya i sendiri takde konsep tertentu dalam menghias rumah i. Mana-mana perabot atau hiasan rumah yang cantik, kena dengan susun atur rumah i dan tak berserabut itulah yang selalunya menjadi pilihan i (kebanyakannya semua barangan IKEA lah. Hehehe).
Memandangkan i ada tiga orang anak kecil yang berumur 3, 4 dan 6 tahun dan tiada bantuan daripada pembantu rumah (maid). Jadi i amat pentingkan ciri-ciri ruang rumah dalam keadaan simple (ringkas), selamat, mudah bergerak dan fleksibal. Faham-faham jelah macam i ceritakan dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/bila-berkongsi-dunia-dengan-anak-kecil.html. Bukan senang sebenarnya bila berkongsi dunia dengan anak kecil. Korang kena pandai sesuaikan perabot yang tertentu untuk menyimpan dengan pantas segala barangan mainan (toys) dorang terutama sekali bila ada tetamu yang secara tiba-tiba muncul di rumah korang.
Setiap kali mencipta sesuatu ruang dalam rumah i dengan membuat tambahan perabot atau aksesori, i tak mengambil sikap terburu-buru. Selalunya i akan lukis secara kasar ruangan tersebut dan membuat beberapa lakaran dengan beberapa tambahan perabot (nak tengok draf lukisan i, korang boleh tengok dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/selamat-hari-kebangsaan-2010.html) Dengan cara ini, i dapat suai padankan (mix and match) perabot sedia ada dengan perabot baru yang i beli. Rumah kan syurga untuk diri kita dan keluarga jadi penting sebenarnya untuk pastikan rumah sentiasa dalam keadaan cantik, kemas dan tersusun. Yelah, hari-hari mengadap kerja yang berserabut dekat pejabat takkanlah balik rumah pun nak mengadap benda yang berserabut lagik (adehh... stress tau. Hehehe).
Walau macam mana pun, i suka meng'google' melalui internet, membaca dan melihat melalui pengalaman orang lain yang menggunakan barangan / perabot IKEA untuk menghias rumah mereka (boleh klik dekat link ini ---> http://www.ikeafamilylive.com/) serta menonton beberapa rancangan televisyen (tv) mengenai interior design (rekabentuk hiasan dalaman) rumah yang berkeluasan kecil. Daripada sini, i kutip dan dapatkan idea untuk terapkan konsep mereka dengan keadaan susun atur rumah i.
KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca idea dan inspirasi i melalui barangan IKEA, boleh picit link ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/idea-dan-inspirasi-ikea.html
KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca idea dan inspirasi i melalui barangan IKEA, boleh picit link ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/idea-dan-inspirasi-ikea.html
Jadi, sekarang i nak tunjukkan rekabentuk hiasan dalaman ruang makan rumah i sebelum dan selepas dibuat pengubahsuaian. Melalui gambar dekat bawah, korang boleh nampak yang i tukarkan lamp shade IKEA bulat biasa yang berwarna putih kepada lamp shade LIVING CABIN yang berwarna-warni. Manakala meja makan HOMELIFE untuk 6 orang yang mempunyai kerusi jenis berpenyandar di bahagian belakang telah ditukarkan kepada meja makan IKEA bernama Bjursta untuk saiz 4 orang yang juga boleh diselaraskan kepada 6 hingga 8 orang (yeay, lepas ni bolehlah i ajak ramai orang makan dekat rumah). Manakala, untuk kerusi makan pula, i gunakan kerusi rendah jenis stool dan bench (bangku panjang) bagi mencipta ilusi supaya ruang makan i kelihatan lebih luas berbanding sebelumnya.
SEBELUM
SELEPAS
p/s : I nak panggil konsep ruang makan i sebagai konsep ruang makan comel bergayakan Jepun. Boleh gitu? Hehehe...






