Hari tu korang dah tengok Street Market Set kan? So, hari ni aku nak tayang Garden Barbecue Set pulak *hamboii~show-off sungguh kau ini yek? haha~* Yang bestnya bila korang beli Garden Barbecue Set ni, korang akan dapat percuma satu figure kucing jantan yang bernama Maurice Chantilly.
Mengikut apa yang tertera dekat kotak mengenai Maurice Chantilly ni :Maurice Chantilly is famous for his barbecue parties and marvelous hospitality. The food is always delicious and plentiful and Maurice loves to chat and tell funny stories.
Korang juga akan menjumpai pelbagai khazanah kiut-miut dekat dalam kotak ni antaranya set barbecue comel *siap ada alatan-alatan memasak barbecue lagik*, kerusi dan meja berpayung *parasol*, pinggan-mangkuk, jug air, gelas, makanan dan juga minuman. Alahai... semuanya comel-comel belaka tau. Kalau aku ada lampu ajaib macam Doraemon tu, aku kecikkan badan aku semata-mata nak bermain dekat dalam dunia Sylvanian Families ni hihi~ Seronoknya rasa :)
So, jom, aku bawa korang menikmati dunia comel Garden Barbecue Set ni.
p/s : Macam mana? Best tak? Rasa macam nak join makan barbecue tu sekali tak? haha~ Ok, bye-bye korang, nanti aku tunjuk set yang lain pulak hokeh :)





