Blogger templates

Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Mar 27, 2013

Home Sweet Home / Rumahku Syurgaku #1

Kalau sebelum ni i wujudkan entry ringkas yang bertajuk - Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat bagi menghargai hari-hari yang i lalui. Dan untuk entry yang ini pula, i nak kongsikan dengan korang. Gambar-gambar perhiasan rumah samada baru atau lama yang ada disekeliling i (suka tak?) Lagipun semua perhiasan ni memainkan peranan penting dalam membentuk mood gembira, ceria dan keseronokan selepas ber'perang' dengan dunia luar. Takkanlah balik rumah pun nak tunjukkan muka tension-tension kan? Tak syoklah macam tu. Agak-agak kalau tengah tension tu cuba korang tengok muka sendiri dekat cermin. Sanggup ke? Hehehe...

Selain daripada perhiasan rumah, insya-Allah i akan tunjukkan juga dekorasi / hiasan dalaman rumah yang berjaya i lakukan. Ikutkan banyak plan dari tahun 2012 yang i dah rancangkan dengan hubby untuk future project Home Sweet Home kami. Macam mana semuanya bergantung dari segi ongkos, masa dan tenaga. Macam mana pun, i harap kawan-kawan semua doakanlah segalanya berjalan lancar ye.

Untuk entry pertama bagi Home Sweet Home / Rumahku Syurgaku. Terimalah dari i....






Description / Keterangan gambar dari atas ke bawah :

1. Sejak akhir-akhir ni i suka sangat dengan hiasan bunga untuk diletakkan dalam rumah. Tak kiralah samada bunga plastik atau bunga hidup. Adakah jiwa makcik-makcik mula menguasai diri i? Hahaha... no comment please... Pattern pasu bunga yang unik / lain dari yang lain ni juga antara barangan kesayangan i yang baru.

2. Dua buah pasu / vase bunga yang berisi pelbagai bunga hidup ni i dapat daripada majlis perkahwinan sebelah keluarga hubby i. Cantikkan kan? Tapi tak tahulah sampai bila bunga ni boleh bertahan. Huhuhu...

3. Bunga rose plastik ni pula menjadi hiasan untuk ruang shelf di meja makan i. Simple je kan?

4. Manakala empat buah lantern / bekas lampu dari Ikea ni merupakan antara koleksi terbaru kami. Selain daripada berfungsi sebagai lampu kecemasan bila black-out tengah-tengah malam. I suka sangat dengan gaya klasik moden yang ada pada bekas lampu ni.


"Never make your home in a place. Make a home for yourself inside your own head. You'll find what you need to furnish it - memory, friends you can trust, love of learning, and other such things. That way it will go with you wherever you journey."

Quote / Petikan dari Tad Williams