Blogger templates

Showing posts with label Idola. Show all posts
Showing posts with label Idola. Show all posts

May 11, 2008

Bila Che Det Kembali



saya bukanlah orang yang cukup arif dengan dunia politik ini. dan politik bukanlah tajuk utama perbincangan diantara saya dan juga rakan-rakan yang lain. walaubagaimanapun, pergolakan yang berlaku di dalam kerajaan kita ini (Malaysia) sedikit sebanyak menjadikan saya 'celik mata' dengan keadaan sekeliling.

mungkin sebab utamanya, saya dilahirkan & dibesarkan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir. apa sahaja yang berlaku kepada kerajaan Malaysia dahulu (contohnya waktu inflasi) dapat diatasi dengan mudah. rakyat tidak perlu bersusah-payah memikirkan masalah-masalah yang timbul, semuanya diberi perhatian oleh Tun dan diambil sebagai satu tanggungjawab. malah semua masalah yang berlaku mendapat respon dari Tun dengan kadar segera.

sikap & tanggungjawab Tun ini menjadikan saya merindui dengan ketokohan beliau. dan kewujudan blog Tun benar-benar mengubat kerinduan saya padanya. saya rasa belum ada tokoh yang setanding Tun Dr Mahathir. suara dan kelantangan beliau dalam memberi pendapat sekurang-kurangnya membantu suara-suara kecil ini. bagaimana pula dengan pendapat anda?