Lambat pulak i pos entry baru untuk hari ni, selalunya pagi-pagi sebelum subuh mesti dah masuk entry baru kan? Kalau korang nak tahu, ada cerita disebalik kenapa i lewat nak pos entry ni, takpe nanti i cerita ok. Sebelum tu, nak cerita dulu pasal projek kek yang i buat untuk hubby dan anak-anak i minggu lepas. Projek kek yang paling ringkas / simple untuk orang-orang yang sentiasa sibuk dengan macam-macam aktiviti (senang cakap macam i dan korang di sana yang sewaktu dengan i. Hehehe...) Ikutkan ni kali kedua i buat kek cotton cheese / cotton cheesecake ni. Dan i memang cadangkan sangat untuk korang cuba buat sebab hasilnya memang super sedap! Kalau korang teringin nak buat untuk keluarga ke, mak mertua ke, kawan-kawan pejabat ke atau sekadar nak show-off dengan boyfriend korang betapa korang memang terror / pandai buat kek (selain daripada pandai makan kek je... Hihihi...) Inilah resepi yang sepatutnya korang salin dan simpan elok-elok dalam diari. Dengan jaminan 100% daripada i, korang akan dapat pujian yang membanggakan (eceh-ceh... Hehehe...) Tak percaya?? Hah... siapa yang tak percaya tu, korang memang rugi besar tau (bunyi macam nak bagi hadiah RM sejuta je kan?)
Tanpa berlengah lagik, i nak kongsikan resepi Kak Alma dalam dapur comel i untuk kawan-kawan kesayangan semua (terima kasih sangat Kak Alma untuk resepi yang best ni!) Lepas ni korang tak payah susah-payah pergi kedai kek semata-mata nak dapatkan cheesecake. Korang pun boleh buat sendiri (hoorey!)
Tanpa berlengah lagik, i nak kongsikan resepi Kak Alma dalam dapur comel i untuk kawan-kawan kesayangan semua (terima kasih sangat Kak Alma untuk resepi yang best ni!) Lepas ni korang tak payah susah-payah pergi kedai kek semata-mata nak dapatkan cheesecake. Korang pun boleh buat sendiri (hoorey!)
Bahan-bahan (untuk saiz kek 8 inci)
BAHAN A :
250 gram cream cheese (i guna jenama krim keju Philadelphia)
50 gram mentega
100 ml susu segar (macam biasa i guna jenama Dutch Lady Full Cream)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gram tepung kek / tepung superfine
20 gram tepung jagung (cornflour / cornstarch)
BAHAN B :
140 gram gula (gula biasa je)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon (i letak 3 sudu kecil)
Cara-cara :
Untuk adunan A : Cairkan cream cheese, mentega dan susu dengan teknik double boiler (sama macam cara i cairkan coklat dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/chocolate-fondue-coklat-fondue.html). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian ambil satu bekas lain dan isikan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon. Campurkan ke semua bahan ini dengan aduan cream cheese yang telah sejuk dan gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sahaja atau whisk).
Untuk adunan B : Dalam bekas lain pula, pukulkan putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai ianya bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang telah gebu dan kacau dengan senduk / whisk sampai sebati. Sediakan tin / bekas kek yang bulat berukuran 8 inci. Griskan keliling tin / bekas kek dengan sedikit mentega. Salutkan juga dengan kertas baking / baking paper pada bahagian tepi tin / bekas kek (i tak salut pun dengan kertas baking). Tuang kesemua adunan kek dalam tin / bekas kek.
Bakar kek kira-kira sejam, dengan cara au bain-marie (waterbath), pada suhu 160ºC (atau 325ºF). Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu macam mana, buatnye ringkas sahaja. Lepas letakkan adunan dalam tin / bekas kek, balut bahagian bawah tin / bekas kek hingga separuh tinggi tin / bekas kek dengan aluminium foil. Ini sebagai double protection agar air tak masuk ke dalam tin / bekas kek terutama sekali yang guna springfoam pan. Tak nak balut pun boleh jugak cuma cara ini sebagai langkah berjaga-jaga. (Kalau korang tanya cara i pulak, i tak balut pun).
Letakkan tin / bekas kek di atas dulang pembakar, tuangkan air pada dulang pembakar, seelok-eloknya ½ tinggi tin / bekas kek tu, lepas tu masukkan ke dalam oven untuk dibakar. Tunggu dengan sabar selama sejam dan sedia untuk dihidangkan kepada mereka yang tersayang.
Agak-agak kalau tak berapa faham dengan cara-cara yang dinyatakan dekat atas, korang bolehlah tengok gambar yang i sertakan dekat bawah. Selamat berjaya kawan-kawan.
![]() |
| Nilah teknik double boiler. |
![]() |
| Asingkan putih telur dan kuning telur. |
![]() |
| Adunan B yang dipukul sampai 'bertanduk' hehehe... |
![]() |
| Rupa adunan yang dah ready nak masuk dalam tin / bekas kek. |
![]() |
| I beli bekas kek love ni dekat Daiso. Comel kan? |
![]() |
| Teknik yang ni pulak dipanggil waterbath. |
![]() |
| Yeay!! Dah siap dah. |
![]() |
| Jangan rebut-rebut, i bagi sorang sikit ok. |
![]() |
| Yang ni i bakar guna bekas kek springfoam pan. Hah... kan cukup untuk korang semua. |
p/s : Sebab i macam tak sempat nak blogwalking rumah korang hari ni. Jadi i hadiahkan sorang sikit kek cotton cheese ni. Jemput makan, jangan malu-malu ye. Hihi...









