Blogger templates

Showing posts with label Maysaa. Show all posts
Showing posts with label Maysaa. Show all posts

Jan 24, 2012

Tudung Hana Tajima / Tudung Maysaa

Kalau sebelum ni i ada cerita mengenai Siapa Hana Tajima? So hari ni i nak cerita pasal Tudung keluaran Hana Tajima iaitu Tudung Maysaa. Eh, nak sebut tudung ke hijab ni? Takpelah, dua-dua sama je ertinyakan? Trend sekarang panggilan tudung macam dah lapuk dek zaman. Bunyi hijab lebih urban gitu (kononnya). Tak kisahlah mana-mana pun janji tujuannya sama untuk melindungi aurat wanita.

Sejak Yuna menggayakan tudung / inner dari Maysaa, i mula tertunggu-tunggu bilalah Satin Wrap Band Snood dan Chiffon Scarf Snood ni akan ada semula stoknya di Maysaa. Puas i hantar komen ke Facebook StyleCovered atau Facebook Maysaa semata-mata nak dapatkan jawapan segera untuk kedua-dua item ini. Tapi bukan jawapan yang i dapat, rupa-rupaya semua berpusu-pusu bertanyakan soalan yang sama macam i. Wahh... Nampak sangat semua pun dah tak sabar menunggu dah ni (seksanya penantian. Eceh-ceh). Sudahnya, hari-hari i follow perkembangan website Hana Tajima iaitu StyleCovered. Pantang ada info sikit pasal update terbaru Maysaa. Mesti cepat-cepat i check untuk availability skaf / tudung / inner yang i nak sangat tu. Bukan apa, i takut terlepas. Dah tak larat nak tunggu lama-lama lagik. Huhuhu-Waaa.

Maysaa Satin Wrap Band Snood. Harga RM60.00
Maysaa Chiffon Scarf Snood. Harga RM95.00
Bila Hana Tajima tunjukkan Vimeo preview antara warna-warna baru untuk Satin Wrap Band Snood dan Chiffon Scarf Snood yang akan dikeluarkan di Maysaa. Excitednya i waktu tu tak tahu nak cakap macam mana. I budget mesti tak lama lagi stok skaf / tudung / inner idaman i akan muncul kembali (eee... Tak sabar tau).

Sampailah satu hari tu, macam biasa i main-main masuk website Maysaa. Eh-eh, kenapa macam layout bahagian scarves ni lain macam je. Apakah? Wahh, tak sempat nak habis soalan. I terus sign-in untuk order semua Satin Wrap Band Snood dan Chiffon Scarf Snood yang i berkenan (punyalah laju, line Streamyx pun tak pantas macam i tau. Hehe). Tengah-tengah seronok order, lorr rupa-rupanya pembayaran dekat website Maysaa kena guna Paypal. Duhh, i dah lupa pulak password Paypal. Hmm.. elok sangatlah tu. Apa i nak buat ni? Tetiba i teringat, rasanya i macam pernah baca yang Maysaa terima pembayaran melalui akaun Maybank. Cepat-cepat i cari balik link yang i pernah baca.
No. Akaun Maybank : 564735801772
Nama pemegang akaun : Adam Aubrey

Lepas buat pembayaran, i emel terus kepada enquiries@maysaa.com untuk inform mereka mengenai payment yang i dah buat. Takut jugak waktu tu kalau duit yang i transfer through Maybank hilang atau yang paling tension tak wujud pun akaun Maybank tu (wuhuu... Jangan main-main, bukan murah pulak tu)

Butir-butir yang i emel ialah :-
1. Full Name :
2. Contact No. :
3. Order lists :
4. Total payment (including delivery charge)
5. Delivery Address :

I sertakan sekali bukti pembayaran yang i buat (i capture pakai kamera je) dan i bagitahu mereka yang i dah buat pembayaran melalui akaun Maybank.

Jadi, i nak bagi tips dekat korang, sekalipun korang dah buat bayaran melalui Maybank. Pastikan korang dah sign-up nama korang dekat website Maysaa dan isi semua butir order yang korang nak, cuma tinggalkan atau jangan teruskan untuk buat bayaran menerusi Paypal je. Yelah, kan ke korang nak buat bayaran dekat Maybank kan. Kenapa kena buat macam ni? Sebab, Maysaa tetap akan kemaskini (update) order processing korang di website mereka terutama sekali untuk bahagian tracking number shipment.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, korang emel je ke enquiries@maysaa.com sebab dorang akan layan korang sebaik mungkin. Jangan risau, semua pertanyaan korang akan dibalas dengan pantas.

Dan yang paling best, dalam masa satu hari je order yang i buat dah sampai (sayang Maysaa ketat-ketat). Seronok sangat sebab besok je i dah boleh melaram dengan jayanya (tihihi). Hebat kan? Macam mana pun, i nak ingatkan korang periksa dulu semua order yang korang terima sebelum korang buang segala tagging label mak nenek yang ada tu. Sekiranya ada kerosakan atau korang rasa macam tak puas hati dengan order korang tu, korang boleh pulangkan balik dengan isikan form yang disertakan dengan order korang tu. Senang je kan?

So, nak tengok apa yang i order? Jom!







Eh, Reena Tajima. Kih-kih-kih


p/s : Sekarang ni banyak betul tudung Maysaa celup kan? Kesian Hana Tajima.


Jan 23, 2012

Siapa Hana Tajima

Mak aihh bila google pasal tudung Hana Tajima. Kemain, ramai betul yang mencarinya ye? Tak dapat jadi comel macam Hana Tajima janji dapat pakai tudung dengan gaya comel Hana Tajima pun jadilah kan? Hehe...

Selama ni mati-mati i ingatkan Tudung Hana Tajima ni nama brand tudung. Bila i tengok orang pakai shawl style 'ikan pari terbang' (officemate i yang bagi nama gelaran ni. First time officemate i sebut perkataan ni, i dah terbeliak mata terkejut lepas tu baru tergelak. Lorr, ada ke patut dia gelar macam tu keh-keh-keh. Lambat pulak pick-up time tu. Adehh). Dorang mesti akan buat ayat, "Wah, cantiklah kau bila pakai tudung Hana Tajima." Eh, i confuse sebab bila tengok jenis tudung, i tengok pashmina biasa je. Apa benda Hana Tajima tu? Kenapa pulak nak gelar tudung tu Hana Tajima? Nak tanya lebih-lebih, i pulak belum bertudung waktu tu. Takut nanti soalan i buat dorang gelak besar je. Sebelum jadi macam tu, baik i senyap konon-konon faham sangat lah apa yang dorang bualkan.

Bila i dah pasang niat nak bertudung terus dalam waktu terdekat, i cuba ikut kawan-kawan office bershopping tudung cuma bila dorang tanya soalan bila i akan bertudung? I hanya mampu bagi jawapan Insya-Allah. Entahlah, i sendiri takde jawapan specific bila tarikh atau masa sesuai yang i akan mula bertudung. I tak nak jadikan perkara tudung ni sekadar isu menutup kepala sahaja. I nak niat i selari dalam tuntutan agama yang sebenar iaitu menutup aurat. Dan yang penting dari hati yang betul-betul ikhlas, tak nak main-main.

Jadi satu hari tu, i ternampak gambar Yuna dengan shawl dan satu tudung inner cantik warna hitam. "Eh, cantiklah inner yang Yuna pakai nampak kemas je", hati i dah excited nak tahu Yuna pakai inner brand apa? Bila google sekali lagi i jumpa nama Hana Tajima. Eh, Hana Tajima lagik?! Rupanya inner design yang Yuna pakai direka oleh Hana Tajima. Siapa sebenarnya Hana Tajima ni? Punyalah popular Hana Tajima ni dekat Malaysia, i baru tahu pasal dia ni pertengahan tahun 2011. Duhh, ketinggalan habis.

Dari blog dan website, akhirnya barulah i tahu nama sebenar Hana Tajima ialah Hana Tajima-Simpson. Dia ni seorang muallaf. Ayahnya berbangsa Jepun dan ibunya adalah berbangsa British. Dia mula menganut Islam sewaktu berumur 17 tahun dan bertudung selepas mengucapkan kalimah syahadah bagi membezakan dirinya yang dahulu, dengan dirinya yang baru. Dia juga adalah fashion designer dan pengasas kepada label Maysaa yang mengetengahkan konsep modest fashion. Di mana sesuai digayakan oleh wanita muslim mahupun non-muslim. Sebagai seorang muslimah di negara Barat, hijab sering menjadi pandangan sinis kebanyakan pihak. Jadi, dia ingin mencipta sesuatu pakaian yang membantu mana-mana muslimah untuk kekal memotivasikan diri sebagai seorang beragama Islam (terharu dengan semangat dia). Akaun tumblr dan website sebenar milik Hana Tajima ialah http://hanatajima.tumblr.com/ dan StyleCovered. Kalau tengok gaya Hana Tajima ni mesti ramai sangkakan Hana Tajima single lagik tapi sorry guys, dia dah berkahwin sebenarnya.

Sweet sangat kan? Gambar daripada StyleCovered

Artikel yang paling menarik i nak kongsi dengan korang mengenai Hana Tajima ialah daripada http://chicwannabe.wordpress.com/2011/06/22/a-liltle-more-about-hana-tajima-simpson/

Hana Tajima converted to Islam when she was 17. Frustrated by the lack of variety in Islamic clothing for converts she founded Maysaa, a fashion house that designs western-inspired clothing that conforms to hijab.  ”It’s true that I never decided to convert to Islam, nor was there a defining moment where I realised I wanted to be Muslim.  My family aren’t particularly religious.  I was interested in religion, but very disinterested in how it related to my life.  I grew up in rural Devon where my Japanese father was the ethnic diversity of the village.  It wasn’t until I studied at college that I met people who weren’t of the exact same background, into Jeff Buckley, underground hip-hop, drinking, and getting high.
I met and became friends with a few Muslims in college, and was slightly affronted and curious at their lack of wanting to go out to clubs or socialise in that sense.  I think it was just the shock of it, like, how can you not want to go out, in this day and age.
“It was at about that time that I started to study philosophy, and without sounding too much like I dyed my hair black and wore my fringe in front of my face, I began to get confused about my life. I was pretty popular, had good friends, boyfriends, I had everything I was supposed to have, but still I felt like ‘is that it?’  So these things all happened simultaneously, I read more about religion, learned more about friends of other backgrounds, had a quarter life crisis.  There were things that drew me to Islam in particular, it wasn’t like I was reaching for whatever was there.  The fact that the Qur’an is the same now as it ever was means there’s always a reference point. The issues of women’s rights were shockingly contemporary.
The more I read, the more I found myself agreeing with the ideas behind it and I could see why Islam coloured the lives of my Muslim friends.  It made sense, really, I didn’t and still don’t want to be Muslim, but there came a point where I couldn’t say that I wasn’t Muslim.“Telling my family was the easy part.  I knew they’d be happy as long as I was happy, and they could see that it was an incredibly positive thing.  My friends went one of two ways, met with a lack of any reaction and lost to the social scene, or interested and supportive.  More the former, less the latter.”
Lain-lain info mengenai Hana Tajima, korang boleh tengok dekat link bawah :-
http://www.hijab-scarf.com/2010/08/exclusive-interview-with-mrs-hana.html
http://okashaskid.blogspot.com/2010/06/hana-effect.html

Patutlah ramai yang minat dengan Hana Tajima. Dia memberi inspirasi kepada ramai orang yang bertudung / berhijab supaya kelihatan cantik tapi masih mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah. Secara tiba-tiba i pun dah jatuh minat dengan Hana Tajima. Daripada mengenali Hana Tajima, i terfikir Islam itu mudah sebenarnya cuma kita sebagai hambaNya sahaja kerap melakukan kesilapan (astaghfirullah "I seek forgiveness from Allah"). Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Amin.

p/s : kadang-kadang ada sebab sesuatu perkara tu terjadi. Telitilahnya melalui hati, Insya-Allah mungkin kita akan dapat jawapannya :)