Hari ni i nak tunjuk dekat korang, gambar-gambar yang i ambil dengan hanya menggunakan mode dial yang ada pada kamera Nikon D5100. Dan trick (err... ini macam teknik memanipulasikan gambar dengan cara mudah) yang boleh korang buat tanpa perlu menggunakan aperture atau shutter speed.
Pertama sekali sebelum nak teruskan pembebelan i, i nak bagitahu dulu, i bukanlah jurugambar profesional. Manalah tahu, bila buat entry macam gini, ada pulak photographer terasa macam "ek eleh... ini pun kau nak cerita. Budak tadika pun tahulah hoi!". I cuma nak berkongsi cerita je dengan orang-orang yang mungkin sama-sama baru nak belajar gunakan kamera DSLR. Kalau ada sesiapa yang pernah baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/buku-digital-fotografi.html. Korang mesti faham, macam mana i rasa complicated / sukar sangat berdepan dengan kamera DSLR, lebih-lebih lagik nak dapatkan buku fotografi yang betul-betul dapat guide / beri panduan dengan cara yang mudah tanpa perlu memeningkan kepala i. Uishh... serius tau, i tak minat benda-benda yang peningkan kepala ni. Seboleh-bolehnya nak elakkan. Hidup kena happy selalu (eh, dah melalut dari topik).
Mari kita teruskan ye kawan-kawan. Korang tahu mode dial atau camera dial tu apa? Mode dial atau camera dial ni kalau dalam bahasa melayu, i tak pasti dorang panggil apa. Mungkin dail kameralah kot (hehehe...) Tapi senang cakap mode dial ni ialah benda bulat yang berada di bahagian atas kamera korang, terdiri daripada pelbagai jenis mode pilihan untuk scene (babak) tertentu yang boleh korang pilih bagi memastikan gambar yang dihasilkan lebih menarik. Ianya juga menawarkan akses kepada penggunaan setting / tetapan manual. Sekiranya korang tak suka dengan setting mode yang dah ditetapkan pada mode dial tersebut, korang boleh ubah mengikut daya kreativiti korang pada bahagian menu. Di bawah ini adalah rupa sebenar mode dial Nikon D5100.
Sekarang, jom i perkenalkan lima mode yang biasa i gunakan pada mode dial Nikon D5100 untuk mendapatkan effect (kesan) yang lain dari yang lain daripada sekadar menggunakan set auto sahaja. Untuk kesemua contoh gambar di bawah, tiada sebarang editing dilakukan dan i gunakan lensa kamera standard Nikkor AF-S DX 18-55mm f/3.5-5.6G VR.
Yang bentuk icon BUNGA pada mode dial dekat atas tu ialah untuk mode CLOSE UP / MACRO. Bagi mendapatkan hasil seperti gambar dekat bawah ni. Korang tukar mode dial kepada CLOSE UP, zoomkan lensa kamera pada subjek yang ingin di ambil, tekan punat shutter perlahan bagi memastikan subjek jelas kelihatan pada view finder dan kemudian, bila berpuas hati, tekan terus shutter untuk mengambil gambar subjek tersebut.
Mode CLOSE UP / MACRO ini bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
- subjek kecil yang latar belakangnya dipenuhi subjek besar;
- subjek yang tidak bergerak;
- mendapatkan tekstur lengkap subjek;
- effect (kesan) blurry (kabur) atau out-of-fokus akan terjadi pada pandangan belakang subjek.
I memang suka gunakan macro mode sebab ianya hampir sama dengan style bokeh effect.
Bentuk icon ORANG BERLARI tu pulak ialah untuk mode SPORTS. Bagi hasil gambar seperti di bawah, korang tukar mode dial kepada SPORTS, zoomkan lensa kamera pada satu-satu keadaan atau persekitaran yang bergerak, tekan punat shutter untuk beberapa saat bagi menghasilkan beberapa shoot gambar dan lepaskan punat shutter bila selesai mendapatkan gambar yang diinginkan.
Mode SPORTS ini bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
- contohnya, air, benda, orang, kenderaan atau apa sahaja yang bergerak pantas;
- apabila korang inginkan moment atau suasana gambar yang kelihatan lebih hidup dan menarik.
Contoh gambar-gambar lain yang i ambil dengan penggunaan mode sports ada dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/funfair-alor-setar-kedah.html
Manakala bentuk icon KANAK-KANAK PAKAI TOPI pada mode dial ialah untuk mode CHILD. Di mana subjek gambar yang diambil melibatkan kanak-kanak. Sebagaimana kita ketahui, bukan mudah sebenarnya nak ambil gambar kanak-kanak sebab mereka suka bergerak tanpa disangka-sangka. Jadi dengan menggunakan mode CHILD masalah sebegini dapat dikurangkan dan aksi / gambar yang diambil kelihatan lebih menarik. Ini kerana kamera akan memfokus terus kepada muka kanak-kanak tersebut.
Mode CHILD ini bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
- yang melibatkan kanak-kanak;
- aksi spontan kanak-kanak.
Tengok i dapat ambil gambar anak i tengah meloncat dengan lebih tinggi dan anak i berlari (yeay!)
Untuk bentuk icon GUNUNG pula pada mode dial, ialah merujuk kepada mode LANDSCAPE. Jadi untuk korang yang suka dengan keindahan suasana satu tempat / lanskap yang menarik dan ingin diabadikan di dalam bentuk gambar, korang pilihlah mode LANDSCAPE. Kebiasaannya mode LANDSCAPE akan menaikkan warna hijau dan biru pada gambar untuk memberi kesan lebih hidup.
Mode LANDSCAPE bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
- apa jua permandangan yang luas seperti bandaraya, gunung-ganang, pantai, alam sekitar dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, untuk bentuk icon WANITA PAKAI TOPI pada mode dial ialah bermaksud POTRAIT. Melalui POTRAIT, gambar subjek yang diambil akan kelihatan lebih outstanding (jelas) di mana ton kulit subjek menjadi lebih lembut dan kelihatan natural. Manakala latar belakang subjek menjadi sedikit kabur (blurry) dan menghasilkan effect seakan-akan makro.
Mode POTRAIT bersesuaian untuk pengambilan gambar :-
- yang memberi perhatian kepada wajah / muka subjek.
Ok, itu aje untuk hari ini. I harap dapat berkongsi info dengan korang semua. Kalau korang ada info yang lagik best, jangan segan-segan bagitau i. Mekasih!
p/s : Ambil gambar memang seronok tapi selalu terjadi, muka sendiri yang takde dalam gambar (duhh...)






