Yeaa, i join contest lagik (menangnya tak jugak. Haha). Tarikh tutup contest: 16hb Oktober 2011.
Comelkan header dekat atas ni. Pink pulak tu, warna kesukaan i (i likeee) hehe. Actually secara tetiba terjumpa link contest dekat blog Uchi, si kumbang yang rajin bebeno tinggalkan komen dan melawat blog i ni (mekasih dik oiii..) So, bila tengok gaya contestnya yang simple macam contest Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu yang i pernah join sebelum ni. Di mana korang hanya perlukan idea-idea merepek untuk menyedapkan cerita. So, mulalah terasa cam nak mencuba nasib. Dahlah tu tuan punya blog contest : Mari Bercerita iaitu JUE & HANIE pun sudi singgah ke sini tinggalkan komen, lagiklah buat i rasa bersemangat nak menceburkan diri ke contest dia orang ni. Syaratnya dalam setiap penceritaan yang korang nak buat kena selitkan unsur-unsur tajuk filem dekat bawah ni. Sebab i dah kering idea nak bercerita (pengsan nak karang), i belasah buat pantun je (boleh ye tuan blog Jue & Hanie *kelip mata comel*). So, terimalah pantun dari mak budak ni. Haha. Join contest macam bebudak remaja. Belasah!
Nasi Lemak 2.0. | Karipap Karipap Cinta | Congkak | Flat 3A | Al-Hijab | Buli | Libas | Bini Biniku Gangster | Cicakman | Adnan Sempit | KL Gengster | Gerak Khas The Movie | Hikayat Merong Mahawangsa | Geng : Pengembaraan Bermula | Jangan Pandang Belakang | Hantu Kak Limah Balik Rumah
Makan Nasi Lemak 2.0 bikin perut maju ke depan,
Dibedal bersama-sama dengan karipap-karipap cinta,
Majulah congkak demi masa depan,
Supaya Flat 3A jadi kebanggaan negara.
Siapa suruh kau pergi bukak Al-Hijab kau,
Sekarang membebel dekat aku asyik kena buli,
Sekali aku libas siku hitam kau, baru kau tau,
Tu belum panggil bini biniku Gangster join sekali.
Hensem sungguh si Cicakman bila melekat dekat dinding,
Tak pasal-pasal Adnan Sempit segan nak tengok cermin,
Tapi bila KL Gengster datang sergah, Cicakman dah terkencing-kencing,
Nak tak nak kena panggil Gerak Khas The Movie buat gaya ultraman.
Tak payah buat cerita Hikayat Merong Mahawangsa kaulah dekat situ,
Aku dah tau kau tu Geng: Pengembaraan Bermula,
Dah tau salah, jangan pandang belakang nak sorok muka tu,
Kang aku suruh Hantu Kak Limah Balik Rumah kau, baru padan muka.
-HABIS-
p/s: jadi mak budak kena enjoy selalu, baru nampak mak dengan anak macam sebaya. Hamboii.. Haha.
