Blogger templates

Showing posts with label Permainan Lego. Show all posts
Showing posts with label Permainan Lego. Show all posts

Apr 21, 2013

Happy Birthday / Selamat Hari Lahir #7 Abang Long

15 April 2013 (Isnin) genaplah Abang Long berusia 7 tahun. Mama macam tak percaya yang anak sulong mama papa dah makin membesar, dah mula berfikir macam 'orang' besar, dah boleh diharapkan untuk bantu mama papa dan dah boleh berdikari sendiri. Mama papa selalu doakan yang terbaik untuk Abang Long. Semoga Abang Long jadi anak yang bijak, yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat dan selalu mendoakan mama papa ye (amin...) Yang kelakar tu, Abang Long yang beriya ingatkan mama papa pasal harijadinya sewaktu nak pergi sekolah.

Ikutkan planning sebenar nak celebrate birthday Abang Long pada hujung minggu ni (hari nilah). Tapi rasa macam tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan Abang Long yang nakkan hadiah birthdaynya tepat pada harijadinya (alahai... serba-salah mama papa jadinya sebab tak prepare apa-apa langsung untuk Abang Long). Jadi lepas hantar ibu dan ayah mertua ke KLIA, i dan hubby bergegas terus ke Toy R Us di Empire Subang nak dapatkan koleksi Ninja Go yang Abang Long idam-idamkan. Sedihnya, hampir ke semua Toy R Us i dan hubby telefon untuk tanyakan stok Ninja Go tapi kesemuanya sold out (duh...) Masalahnya, hadiah side-kick untuk Kak Ngah dan Adik, mama papa dah dapat dah (standardlah sorang dapat hadiah, lagi dua pun nak hadiah jugak. Hahaha). Yang tinggal sekarang ni hadiah utama untuk birthday boy aje. Lorrr... macam mana ni? Dan-dan lah pulak boleh sold-out Lego Ninja Go ni. Nyesal tak borong Ninja Go waktu pergi Legoland dulu.

Akhirnya i ajak hubby ke Subang Parade (bersebelahan je dengan Empire Subang). Manalah tahu, ada Lego Ninja Go ke dekat Parkson. Kalau takde kenalah buat last-minute plan lain pulak. Tapi nampaknya memang bukan rezeki Abang Long nak dapat hadiah Lego Ninja Go. Tengah i dan hubby pening kepala fikirkan hadiah apa yang sesuai nak belikan untuk Abang Long. I ternampak koleksi Lego Galaxy Squad 70704. "Yes! Inilah hadiah yang Abang Long sukakan". Instinct mama berkata-kata. Tak nak fikir lama-lama i dan hubby terus ambil keputusan hadiahkan Abang Long koleksi Lego yang terbaru. Sebelum balik rumah, i sempat belikan dekat vending machine untuk tambahan koleksi kad Lego Ninja Go favourite Abang Long. Kiranya kad ni sebagai pemujuklah. Yelah, tak dapat real Lego Ninja Go, dapat kad sebagai back-up pun jadilah. Hati birthday boy kenalah jaga. Hehehe... By the way Abang Long memang excited sangat dengan semua hadiahnya. Berkobar pasang sendiri lego sampai lewat tidur.

Kalau korang nak tahu, hadiah side-kick yang i belikan dekat Toy R Us untuk Kak Ngah ialah Paint Your Own Kitty Bank (harga RM25.90) dan untuk Adik pula ialah Mini Dinosaurs dari koleksi Animal Zone (harga RM18.95). Hmmm... janji semua happy dan mama papa pun puas hati.

Love-Love-Love!













p/s : celebrate birthday pakai baju tidur je. Sempoi kan? Hehehe...

Jan 28, 2013

Lego Minifigures #1

Susulan daripada perjalanan kita orang ke Legoland buat pertama kalinya pada 26 Oktober 2012, i tak pernah lagi tunjukkan dekat korang kan? Macam mana rupa 'orang' Lego Minifigures yang Abang Long dan Kak Ngah ciptakan. Tak sangka betul yang anak mama papa ni kreatif orangnya. Cuma yang tak berapa best, Kak Ngah merungut sebab Lego Minifigures untuk gaya perempuan tak banyak pilihan yang dia boleh buat berbanding Lego Minifigures untuk gaya lelaki (untungla... Abang Long. Hehehe).

Macam mana pun disebabkan mama papa dah tetapkan setiap sorang cuma boleh beli tiga 'orang' Lego Minifigures je (harga 1 Lego Minifigures RM9.00, kalau beli 3 Lego Minifigures dapatlah harga RM25.00 untuk 1 set. Darab pulak dengan 2 set sama dengan RM50.00 *terus pengsan*) nak tak nak Abang Long dan Kak Ngah kenalah buat pilihan Lego Minifigures yang paling the best among the best untuk dibawa balik ke rumah.

Teringin nak tengok lain-lain koleksi permainan Lego. Klik sini ---> Permainan Lego




p/s : i masih di kampung, dapat update entry dengan 500MB je (huhuhu.... sorry korang, kena jimat-cermat data seboleh mungkin). Balik nanti i melawat dan jawab soalan korang pulak ok. Oh, by the way lepas ni, i tunjukkan koleksi terbaru Lego Minifigures yang baru i beli. Maklumlah... 25 dan 27 Januari 2013 kita orang berseronok sakan dalam Legoland Malaysia (yes, puas hatiku! Hehehe).

Jan 26, 2013

Lego Fun With Vehicles - 4635

Asyik tunjuk pemainan Lego Abang Long dengan Kak Ngah aje kan, permainan Lego untuk Adik takde ke? Dah namanya buy 1, get 2 more, mestilah untuk Adik tak ketinggalan jugak. Ikutkan Adik bukanlah jenis memilih / choosy sangat sebenarnya, apa rupa bentuk Lego yang mama papa pilih, dia redha je (bagus kan Adik ni? Tak peningkan langsung kepala mama papanya). Yang penting, Lego yang dibeli mesti menepati ciri-ciri idaman Adik iaitu Lego jenis kenderaan / vehicles (peminat F1 lah katakan). Takkanlah mama papa nak beli Lego jenis Princess kot ye pun (hehehe.... automatik nanti Lego bertukar milik dekat Kak Ngah). Macam mana pun proses pembinaan terpaksa dilakukan oleh papa selaku General Manager Project (eceh...) Manakala mama selaku Reporter cum with Cameraman je.

Anyway inilah koleksi pertama Lego milik Adik iaitu Lego Fun With Vehicles - 4635. Harganya ialah RM129.90 dekat Toy r Us. I tak sure kalau dekat tempat lain harganya maintain sama atau lebih murah (tapi kalau korang tahu ada tempat yang jual Lego dengan harga murah, share lah dengan i ye. Tak baik kedekut simpan sorang-sorang tau). Untuk korang yang tengah cari hadiah untuk budak-budak lelaki berumur 4 tahun ke atas, i rasa inilah set Lego yang paling sesuai sekali. Sebab apa? Sebab dalam Lego Fun With Vehicles - 4635 ni je dah complete 5 jenis kenderaan pelbagai guna. Dahlah tu, selain dari kenderaan yang terdapat pada kertas instruction yang diberikan, korang jugak boleh create / cipta kenderaan jenis lain. Wahhh... best kan? Sebab tulah dekat kotak Lego Fun With Vehicles - 4635, dia ada mention perkataan Build and Rebuild (dah bina boleh bina lagi). Untuk dapatkan tambahan instruction untuk bina kenderaan yang lain bagi Lego Fun With Vehicles - 4635, korang klik pada link ini ---> Creative Lego dan pergi ke Building Instruction. Dekat situ ada disediakan 3 jenis kenderaan lain untuk korang download dekat komputer.


Apa yang ada dalam kotak Lego Fun With Vehicles - 4635

- 2 minifigures orang Lego.
- Tayar.
- Alatan workshop / bengkel.
- Kenderaan seperti kereta, trak, kereta lumba dan lain-lain.
- Lego brick separator / Alat memisahkan brick Lego.
- Termasuk 525 komponen brick Lego pelbagai warna.


Nak tengok lain-lain koleksi permainan Lego boleh pergi sini ---> Permainan Lego











p/s : minggu ni minggu kami jalan-jalan. Hoorey!!

Jan 17, 2013

Lego City Police Dog Van - 4441

Ada sesiapa antara korang (yang rajin jengah i dekat sini) yang minat dengan Lego tak? Kalau sebelum ni, i dah pernah tunjukkan permainan Lego Friends Emma's Horse Trailer Playset - 3186 milik Kak Ngah. So hari ni, i nak kongsikan entry mengenai Lego City Police Dog Van - 4441 milik Abang Long. Al-maklumlah, ada tiga orang anaklah katakan. Kalau sorang nak Lego, yang lagi dua pun join nakkan benda yang sama (alahai dah macam ada anak kembarlah pulak. Hehehe...) Kiranya kalau part kita orang membeli buy 1, kena get 2 more pay (kan syok kalau buy 1, get 2 free. Kihkihkih).

Walaubagaimanapun untuk permainan Lego, biasanya i dan hubby memang mengalah untuk belikan. Kalau agak-agak harga tu tak menepati budget belanjawan kita orang waktu tu. I down grade kan lah sikit spesis lego yang dorang nak. Walaupun Abang Long biasanya pandai buat ayat, "please papa mama, Abang nak satu saja...." Masalahnya 'satu saja' yang Abang nak tu, bukannya harga bawah RM50.00 tapi atas RM500.00. Tersangkut air liur mama jadinya. Daripada situ, kejadian tawar-menawar terpaksa dijalankan. Dan macam biasa, korang agak-agak siapa yang menang? Of course lah mama menang kan? Hehehe...

Lego City Police Dog Van - 4441 ni ialah sebahagian daripada group / kumpulan di bawah genre / tema Lego City. Maksudnya kalau korang berjaya kumpul keseluruhan Lego di bawah tema Lego City ni, korang dah boleh cipta satu bandar besar Lego dengan pelbagai kenderaan dan situasi di dalam bandar (best kan?) Tapi nak mengumpul semua tema Lego City memerlukan 'ongkos' yang banyak (erk!!!) Nampaknya Lego City Abang Long lambat lagilah boleh membangun. Hehehe... Setakat ni, mama papa baru belikan 3 jenis Lego City je. Takpe... slow-slow nanti banyaklah tu kan?


Apa yang ada dalam kotak Lego City Police Dog Van - 4441

1 penjahat dengan crowbar, 1 polis hutan bertopi dengan gari, 2 ekor anjing garang, gua lombong emas / gold mine, beberapa ketulan emas (wow!!), 1 kereta sport penjahat dan 1 van polis yang siap ada lokap.


Ringkasan / Kisah Lego City Police Dog Van - 4441

Anggota polis hutan secara diam-diam mengekori perompak ke lombong emas di mana perompak sedang berusaha menyembunyikan emas yang dicurinya. Setelah menyedari kehadiran polis hutan, perompak cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh anjing polis. Kemudian, anjing polis membawa perompak kepada polis hutan untuk digari. Polis hutan akhirnya mengunci perompak di belakang van polis sebelum perompak melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

Olahan oleh : Reenaonline

Agak-agak kalau ada antara korang yang hilang instruction book / buku arahan menyambung semua part / bahagian Lego City Police Dog Van - 4441. Jangan risau, korang boleh dapatkan daripada laman web ini ---> http://www.brickinstructions.com

Selamat berlego semua!






Jangan jadi orang jahat, kan dah kena tangkap. Ish-ish-ish...
Harga RM159.90

p/s : Untuk lego ni Abang Long siapkan sendiri. Happy sangat dia. Good job sayang!

Dec 22, 2012

Lego Friends Emma's Horse Trailer Playset - 3186

 Korang perasan tak? Selalunya barangan permainan Lego banyak tertumpu untuk budak-budak lelaki kan? (Nyampah!) Kalau ada pun untuk budak perempuan kebanyakannya Lego jenis Duplo untuk umur antara 2 hingga 5 tahun (alahai kesiannya budak perempuan). Mungkin Lego sangkakan budak perempuan bukannya gemar kerja-kerja pasang siap macam construction berbanding barangan mekap yang boleh menambahkan kejelitaan dorang menjadi princess. Tulah sebabnya kenapa Lego concentrate buat permainan untuk budak lelaki je (eceh macam fahamlah sangat perasaan Lego tu, tah-tah semua tukang buat dia lelaki). Eee... tapi tak bolehlah macam tu kan, tak adil betul! Ikutkan ramai je budak perempuan yang minat dengan Lego termasuk 'budak' perempuan ni (eh! Budak ke? Keh-keh-keh).

Demi mentransferkan perasaan minat Lego i terhadap Ariana iaitu anak kedua i. I happy sangat bila Lego dah keluarkan satu collection series yang dipanggil Friends. So, bila abang Long dan adik Damien berebut nakkan Lego dekat Toys R Us, Ariana pun dah boleh join sekali beli Lego. Tak payahlah mama papa terasa serba-salah nak keluarkan duit lagi beli barangan Barbie yang tak sampai 2 hari, rambut Barbie boleh bertukar jadi hantu gara-gara kecantikan melampau (haishhh... sakit mata mama tengok). Kalau nak buat sepah pakai Lego pun at least, masa kemas i dah sediakan sorang satu bekas untuk masukkan kesemua Lego yang dah tak nak main. Hah... kan senang.

Hmmm... kalau korang nak tahu hari ni harijadi i yang ke 32 tahun (nak bunyi umur sedap terbalikkanlah jadi 23 tahun. Kui-kui-kui). Ish, rasa macam nak pergi Toys R Us untuk hadiahkan Lego dekat diri sendiri. Hadiah dari hubby masih on the way lagi (jauh sangat 'benda' tu nak terbang sampai). Korang agak-agak apa bendanya? Jeng-jeng-jeng. Kita sama-sama tunggu.

So, inilah set Lego Friends Emma's Horse Trailer Playset - 3186. Nanti mama pinjam main bolehkan sayang? Hihihi... mama nak feeling-feeling umur 6 tahun. Ok, bye!








Harga RM139.90

p/s Thanks atas komen korang dekat entry-entry i yang sebelum ni, i cuba reply satu-satu dan blogwalking jengah korang. Hari kerja susah sikit nak reply komen dan buat blogwalking sebab kesuntukan masa. I harap korang faham dan i cukup-cukup hargai semua komen korang. Thanks again ye.

Jun 15, 2009

My Boy Turn 3 Years Old

Last 15th April 2009... Danish genap 3 tahun...
Sian dia... sebab takde main tiup-tiup lilin pon
Disebabkan condition aku pon tak bape sihat lagik dan besday Danish pon jatuh
time aku & hubby keje...
So... kita orang just beli present yang dia nak... set Lego Duplo...
Suke btol Danish... bile dapat feveret toys dia...
Kopak la jugak duit papa dia bape ratus hinggit...
Takpela skali-skala.... (skali-skala ke?? *ahaks*)
Anyway.... sayang.... jangan noti-noti k....
Share.... main toys same-same dengan adek (plus papa... hehe).