Blogger templates

Showing posts with label Photoshoot. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot. Show all posts

May 24, 2012

Majalah Nur Februari 2012

Hai dan assalamualaikum semua. Ikutkan i macam segan je nak keluarkan entry ni (kui-kui-kui). Walaupun sis Rasp dah pernah bercerita dalam blognya pasal gambar i yang keluar dalam Majalah Nur Februari 2012 untuk segmen RapiDiri bertajuk Solekan Ekspress ke Pejabat (terima kasih Kak Rasp yang selalu sangat beri sokongan dekat i *terharu). Tapi sebab ada kawan-kawan i yang bertanyakan pasal hal ni dan teringin nak tengok macam mana muka i disolek sepuas hati. I rasa, korang baca dekat entry ni jelah eh? Nak bawa majalah Nur yang ada muka i ni ke sana-sini, i memang tak sanggup. Terus-terang i cakap, i rasa pelik tengok muka i kena mekap (sesiapa yang mengikuti blog i rasanya tahu yang i bukan jenis bermekap sangat pun. Kadang-kadang tu selamba pergi berjalan mana-mana dengan muka pucat lesi. Haha!) Oh, lupa nak bagitahu, entry ni susulan daripada entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/tips-photoshoot-dan-menjadi-model.html dan ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/dapat-keluar-majalah.html. Sebenarnya i cuba nasib untuk pencarian Covergirl (hamboi kau, kihkihkih), rupanya dapat rezeki yang lain pulak.

Macam mana pun i anggap pengalaman photoshoot bersama Karangkraf untuk majalah Nur ialah satu pengalaman yang menarik untuk hidup i. Yelah, kita ni bukan 'retis' yang senang-senang muka tercetak dekat majalah kan? Hehehe... jadi bila terpilih tu, dalam segan-segan i nekadkan hati je pergi. Peluang bukannya datang berkali-kali dan i pun tak pernah sangka pun orang-orang di Karangkraf sudi jemput i (terima kasih Noraznina Ismail). Banyak benda-benda baru yang i tahu dalam masa satu hari menghadiri photoshoot 'sebenar' di studio Karangkraf. Dunia yang nampak 'cantik' dan macam senang je nak sediakan semua ni untuk tatapan pembaca sama je kelam-kabut macam dekat pejabat i (hahaha...) Tapi i seronok sebab dapat tahu benda baru.

Yang tak bestnya, dalam sampai 3 hingga 4 kali berulang-alik dari bilik mekap ke tempat photoshoot, duduk termenung tunggu giliran nak guna set sambil tengok model untuk majalah Rapi dan Pengantin buat photoshoot (kagum tengok aksi dorang!), tahan muka sampai 3 jam kena solek (aik, tadi kata ekspress??!! Hahaha...), bersembang dengan Kak Ann Karim (jurumekap / jurusolek i yang baik dan best sangat!), tukar pakaian sebab pakaian yang i bawa tak bertepatan dengan konsep majalah, dengar jurumekap lain bergossip pasal 'artis' oppss... syhhh... keh-keh-keh, ikut arahan daripada Noraznina Ismail macam mana nak bergaya (duhh... model tak reti bergayalah katakan), tunggu jurugambar yang tiba-tiba hilang entah kemana, berkenalan dengan sorang model perempuan (alahai lupa pulak nama dia tapi dia memang humble dan baik sangat dengan i) dan macam-macam lagi yang i lalui. Tahu tak apa yang tak bestnya? Yang tak bestnya cuma satu je perkara. Entah macam mana, i boleh terlupa nak ambil gambar untuk tunjukkan korang suasana sebenar dalam Karangkraf (dan juga untuk simpanan i). Duhh... ruginya... Yang lain-lain pada i, adatlah kehidupan. Mana ada sempurna setiap masa kan? Tapi i memang happy sangat-sangat hari tu, sekurang-kurangnya i dapat merasa masuk ke dunia baru daripada dunia yang i lalui setiap hari (ala-ala macam guna alat doraemon masuk dunia lainlah pulak. Hahaha)

Sesiapa yang tak pernah pergi Karangkraf, nak datang ke sini samada untuk photoshoot atau nak dapatkan diskaun untuk kebanyakan majalah keluaran Karangkraf. Inilah alamat Karangkraf :-

Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam
15/5 off Persiaran Selangor
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor

Nombor Telefon : [03] 5101 7303
Nombor Faks : [03] 5101 3893

Waktu urusniaga / operasi : Bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam dari hari Isnin hingga hari Jumaat


Sudi-sudilah tengok gambar i yang lain dari yang lain. Sampai hubby pun dah tak cam muka i. Hehehe.... Apa-apa hal pun, i rasa i lebih selesa dengan muka tanpa mekap kot.




Dalam bilik mekap / solek Karangkraf

Bergambar dengan Kak Ann Karim yang kecil molek.

Bergambar dekat lobi Karangkraf. Cantik lah area menunggu ni.

p/s : terima kasih untuk korang yang sudi baca entry i tiap-tiap hari. Untuk korang yang tinggalkan jejak dekat sini i cuba sedaya-upaya melawat korang satu persatu k. Dan selamat berkenalan untuk mereka yang baru mengikuti i (lambai-lambai tangan).

May 6, 2012

Youtube Photoshoot / Gambar Pra Perkahwinan Awal dan Scha

Lorrr... baru tahu rupa-rupanya ada siaran langsung untuk majlis pernikahan / perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dekat Astro Ria (channel 104) dan Astro Awani (channel 501) bermula dari pukul 9:00 malam hingga 9:30 malam pada 4 Mei 2012, hari Jumaat, 2 hari lepas (aiseyy... Nilah jadinya kalau tak sempat nak bukak Twitter). Jadi, i cubalah selak-selak dekat Youtube mana tahu ada sesiapa yang baik hati dah upload sedutan dari rancangan Astro Ria / Astro Awani sekitar majlis pernikahan / perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tu. Tapi sampai hari ni, i tak jumpa lagik Youtube yang i nakkan.

Entah macam mana i terjumpa Youtube lain pulak, Youtube sekitar Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Photoshoot Pre-Wedding (Pra-Perkahwinan) berkonsepkan Best Man Win yang dilakukan oleh krew / photographer Candidsyndrome.com. Seronok tengok teknik / cara dorang ni buat fotografi untuk Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Tengok realiti, macam biasa je suasana / keadaan tempat gambar yang diambil tapi hasilnya kebabomm! Cantik dan style sangat. Cuma kalau korang tanya komen i, i rasa lagik cantik kalau gambar pre-wedding ni dorang buat berwarna-warni. Baru nampak keseronokan macam nak kahwin. Ni macam malap je i tengok, macam fotografi untuk poster filem pun iye jugak (hamboi... berani kau komen Saiful Nang? Kihkihkih...) Kalau tak percaya apa i cakap, jom tengok antara hasil gambar pre-wedding yang i pinjam dari Facebook Saiful Nang Fan Club dan Youtube sewaktu photoshoot dijalankan.

Boleh tak kalau i cakap tengok Youtube sewaktu dorang buat photoshoot lagik best / ceria daripada tengok gambar yang terhasil (kihkihkih).

Kemaskini / Update terbaru :
Memang takde pun siaran langsung ditayangkan dekat Astro berkaitan pernikahan / perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Astro bagitahu ada terdapat gangguan teknikal berhubung isu ini. Kenyataan lanjut, korang boleh baca dekat sini ---> Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha










p/s : Seronok betul kahwin zaman sekarang. Zaman i kahwin dulu takde pun nak buat photoshot pre-wedding ni :P

Feb 11, 2012

Dapat Keluar Majalah

Semalam i ada ceritakan pengalaman i menghadiri photoshoot untuk majalah Karangkraf bagi pencarian covergirl kan? (Entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/tips-photoshoot-dan-menjadi-model.html) Agak-agak korang i berjaya tak?

Alahai i tak berjaya pun korang. Takde rezeki pun nak jadi covergirl. Ramai lagik yang paling layak terutama dari segi pengalaman, kerjaya profesional dan education background (latar belakang pelajaran). Kebiasaannya covergirl yang terpilih tu kena ada satu pakej lengkap termasuk extra bonus yang takde dekat orang lain. Tapi takpe, i tak kisah langsung walaupun tak terpilih. Sekarang pun i bukan setakat jadi covergirl je jadi RATU untuk anak-anak i gitu. Hehe...

Macam mana pun selang beberapa minggu, i dapat panggilan telefon daripada Karangkraf untuk menjawab beberapa soalan dan berikan pandangan i berkaitan "Awal tahun duit melayang. Ke mana hilangnya duit...". Yang kelakar tu, waktu Karangkraf telefon, i tengah bercuti di Kota Bharu, Kelantan. Baru je lepas mandikan anak-anak i pulak tu. Ok, korang boleh bayangkan macam mana suasana kelam-kabut i nak menjawab semua soalan-soalan yang dorang keutarakan (duhh...). Nasib baiklah dalam telefon untuk masuk majalah je kalau live ni, confirm terserlah suara panik i (kehkehkeh). Bila dah diberi peluang macam ni, i cuba jawab sebaiknya. Tapi serius tau korang, i rasa, soalan exam pun lagi senang i nak jawab daripada soalan yang spontaneous macam gini. Gugup habis! Hehe...

Jadi kalau korang pun diberikan apa-apa peluang, i nasihatkan jangan takut untuk cuba. Mungkin peluang tulah yang akan jadikan pengalaman korang lagik menarik. Biasanya peluang tu datang hanya sekali je, rugi tau kalau korang sia-siakannya. Alamak, nasihat serupa macam orang-orang tua gitu... Haha... Takpun anggap je nasihat ni datangnya dari seorang kawan untuk seorang kawan (hah, baru sedap sikit dengar... Kihkihkih).

Ikutkan bukan main banyak soalan yang i kena jawab waktu Karangkraf telefon. Sekali bila keluar majalah, seciput ni aje?! Hepp... lagik mau complain, at least muka pucat i tu dapat jugak keluar dekat majalah dorang. Hehehe...


p/s : I rasa pakai kamera sendiri ambil gambar takdelah pucat macam gini rupa i (-____-") (tak pedulik, i memang nak salahkan kamera dekat Karangkraf jugak... Hahaha...)

Feb 10, 2012

Tips Photoshoot dan Menjadi Model Muslimah

Korang suka bergambar? I rasa kalau tanya mana-mana perempuan atau lelaki zaman sekarang ni confirm semua suka bergambar. Lebih-lebih lagik bila ada camera handphone yang boleh ambil gambar sendiri. Camwhore budget retis sampai handphone tu tengok korang pun rasa nak muntah (tunjuk hidung comel sambil berkata dengan malu-malu kucing, "sayalah tu").

I rasa teabiat suka bergambar ni dah muncul sejak umur i baby lagik. Ni pun gara-gara hobi ayah i yang suka mengambil gambar. So, model tetap tak berbayarnya ialah i lah. Takkan tiang lampu kot. Hehehe... Dan yang best, orang yang aturkan pose untuk i sejak kecil lagi ialah ibu i sendiri. Hebatkan? Kalaulah zaman dulu ayah dan ibu i bukak studio fotografi mesti sekarang ni dah canggih habis! Kalah Annas Easkey (ishh... Takde kaitan langsung dengan cerita i ni. Hehe). Walaupun i ni peminat setia siri America's Next Top Model (hamboi kau!), suka bergambar dan kategori pantang nampak kamera tapi i takdelah sampai nak jadikan hobi i ni kerjaya. Hakikatnya i memang malu gilos nak tengok muka sendiri terpampang dekat mana-mana (oh tidak!)

Entah macam mana baru-baru ni, i tergerak hati nak join satu photoshoot pencarian covergirl majalah anjuran Karangkraf sebagai ikon muslimah. Memandangkan majalah tu pun majalah muslimah jadi i rasa macam berkeyakinan sebab tak perlulah rasanya i nak bagi aksi atau pakai pakaian pelik-pelik waktu photoshoot (erkk! Takut... hehe). Alhamdulilah hubby i pun beri keizinan untuk i pergi. Ikutkan dia memang dah tahu, i dah lama simpan niat nak cuba tapi selalunya niat cubaan i tu mesti i reject sebab tak berani. Cuma kali ni je i nekadkan hati. Bukanlah nak jadi covergirl sangat pun tapi just nak kutip pengalaman untuk diri sendiri. At least i dah tahu situasi sebenar bila photoshoot.

Syarat-syarat yang majalah ini perlukan pun simple je. Bekerjaya dan berpenampilan menarik (smart casual), usia 23 hingga 35 tahun, tinggi 160 cm ke atas dan berkeyakinan tinggi (ok, checked! Semua memenuhi syarat. Ecehh... Hehe). So, pukul 10:00 pagi i dah tiba di Karangkraf lengkap dengan blazer gitu. Macam attend meeting dengan client pulak rasanya. Hehehe. Tapi... huhuhu... i kena tegur sebab muka plain sangat macam tak pakai mekap. Aduhai... I ingatkan mekap simple yang biasa i apply dekat muka ni ok je. Memanglah tak nampak hot tapi natural beauty hape?! (ceh-ceh). Bila tengok sekeliling i, semua orang berwarna-warni, baju dah macam nak pergi parti muda-mudi gitu. Mekap? Fuhh... Bulu mata panjang melentik hokeh. Pipi siap ada shading biar nampak ramping. Lipstick pulak, merahnya Mak Ngah. Serius, i macam nak cabut lari balik rumah je. Rasanya i lah yang paling tak cantik kat situ (adeh!) I kuatkan semangat, buat macam biasa je. Bagi senyuman dekat semua orang dan mulakan perkenalan. Takpelah, tak cantik pun takpe, yang penting i buat yang terbaik. Ada rezeki, adalah tu. Takde rezeki, i bukannya rugi apa-apa pun.

Jadi berdasarkan dari pengalaman i (yang tak seberapa ni), i nak bagi tips untuk korang yang pertama kali nak menghadiri photoshoot dan nak jadi model muslimah.

  1. Pastikan korang memenuhi kesemua syarat yang dikehendaki. Kalau dinyatakan ketinggian untuk 180cm sahaja. Jangan gatal-gatal nak pakai high heel tinggi melangit supaya dapat cecah 180cm. Hehe.
  2. Telefon penganjur atau mereka yang bertanggungjawab sebelum tarikh photoshoot diadakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sebelum menghadiri sessi photoshoot. Jadi korang lebih bersedia dan takkan kelam-kabut. Contoh soalan, adakah pakaian disediakan untuk saya atau bawa sendiri? Jenis pakaian? Contoh pakaian? Warna pakaian yang dicadangkan? Dan soalan penting ialah samada mekap disediakan atau pun tidak? (Inilah soalan yang i lupa nak tanya... huwaaa).
  3. Pilih pakaian berwarna terang dan bersesuaian antara satu sama lain. Jangan pulak pilih warna sedondon. Contoh: Tudung merah, baju kurung merah, kasut merah dan handbag pun merah (pengsan!)
  4. Pastikan pakaian yang dipakai longgar dan menepati ciri muslimah. Kalau nak senang pakai blazer atau pun kot (macam i. Hehe...).
  5. Pakailah kasut tinggi yang bertutup supaya nampak kemas dan menepati syarat muslimah.
  6. Mekap umpama pengantin memang digalakkan untuk menghadiri sessi photoshoot sebab cahaya dari lampu flash yang besar yang menghala ke muka korang tu boleh pudarkan warna mekap.
  7. Pakailah aksesori yang cukup simple dan tidak sarat. Cukup sekadar seutas rantai labuh dan gelang sebagai penyeri.
  8. Belajar bergaya di hadapan cermin rumah samada membuat rujukan melalui majalah atau pun internet. Jangan bergaya sambil juih-juih bibir depan jurukamera sudah! Hehe. Biasanya jurukamera jarang bagi direction sangat, dia nak korang terus-terusan bergaya. Jadi korang dah kena bersiap-sedia.
  9. Dapatkan serba sedikit info mengenai majalah, produk atau butik yang korang hadiri untuk photoshoot. Sekurang-kurangnya mereka tahu, korang memang serius dengan photoshoot yang dilakukan.
  10. Buangkan sifat malu, rendah diri, takut dan tak bergaul dengan orang lain. Cuba-cubalah beramah mesra dengan mereka yang lain, ringankan mulut dengan senyuman dan tunjukkan diri positif korang. Dengan cara ni, rasa berdebar korang berdepan dengan kamera akan berkurangan.


Ok, selamat maju jaya korang, i harap info i ni dapat membantu korang menjadi model muslimah yang berjaya (mana tahu kan?). Nanti dah berjaya jangan lupa belanja i makan pulak. Haha... Gurau je lah. Tapi kalau nak belanja betul-betul apa salahnya. I sudi je. Tihihi...

Nak tau i berjaya ke tak? Boleh pergi entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/dapat-keluar-majalah.html



p/s : Muka model yang nervous. Kihkihkih...