Blogger templates

Showing posts with label Rutin Harian Ibu Bekerja. Show all posts
Showing posts with label Rutin Harian Ibu Bekerja. Show all posts

Jul 21, 2013

Rutin Harian, Blog dan Lego

Tiba-tiba blog Reenaonline jadi statik tak pasal-pasal. Apa sudah jadi? Merajuk kah? Letih kah? Atau bosan kah? (Ok, part bosan tu adalah sikit-sikit. Kehkehkeh). Eh, bukan bosan dengan korang tau (jangankan sikit, banyak pun takde. Serius! Cuba tengok muka suci i ni. Hehehe). Tapi terasa macam bosan hadap rutin harian sama hari-hari yang sepanjang masa penuh dengan kesemputan (erk!) Standardlah manusia... Mana pernah tak bosan. Buka Facebook pun kadang-kadang boleh jadi bosan tau. Betul tak? Tapi dalam bosan-bosan tu adalah jugak skodeng status orang lain jugak. Eh.... kantoi di situ. Hehehe...

Jadi jalan terbaik untuk melegakan perasaan bosan i dengan rutin harian, i kenalah korbankan sebahagian dari masa keperluan i berblogging untuk penuhi waktu rehat i bersama keluarga (of course suami dan anak-anaklah yang paling utama). Lagipun ramai antara korang yang sedia maklum, i banyak kendalikan urusan keluarga bersendirian (atau bersama hubby) ditambah pulak dengan urusan kerja di pejabat. Nak tak nak i kenalah wujudkan sikit ruang pernafasan untuk diri sendiri (fuh-fuh-fuh)... Rasanya working mom (especially yang takde maid) yang bekerja di Kuala Lumpur boleh rasai kot macam mana kecohnya kehidupan harian yang i lalui (gila tak stress... hehehe).

Anyway terima kasih tak terhingga untuk korang yang masih sudi jenguk-jenguk dekat sini (hai! Kawan-kawan baru... nampak tak tangan i yang melambai-lambai ni?) Ada sekali tu, i approve comment sampai 80 lebih bila dah dua bulan tak buka blog (mak aihhh... terasa glamour sekejap diri yang tak berapa glamour ini. Hehehe). Ada sesetengah komen buat i rasa tersenyum, ada sesetengah tu buat i rasa dihargai dan ada sesetengah tu, i perasan soalan yang dikeutarakan tu dah terang-terang i dah cerita details dekat entry tu. Haaa... tak baca habis lah tu ye? Heppp... biasa dia ni. Hehehe... Cuma tak bestnya part blogging ni i terasa macam susah nak jawab komen-komen yang korang utarakan dekat sini. Maksud i, kan best kalau blogger boleh buat notification untuk iphone. Dalam pada masa yang sama bolehlah buat i alert wujudnya comment korang semua dekat dalam blog, i boleh approve dalam sekelip mata then terus jawab pakai iphone je.

Bukanlah tak nak open comment macam tu je untuk korang semua, cuma i takde keyakinan untuk terima semua bentuk comment yang mungkin 'tak syok' untuk dibaca (ish... taknak-taknak-taknak... bak kata Professor Izi... hehehe). Yang kelakar tu, i siap terfikir nak buat fanpage Reenaonline supaya korang semua boleh share idea / sembang-sembang / drop comment dekat situ. Eh, part kelakarnya tu part mana eh? Part nak buat fanpage lah... budget retis lah sangat Senah oiii... hahaha! Kesudahannya, takpelah... biarlah i hidup secara low-profile macam gini (tapi kalau korang insist nakkan i buat fanpage Reenaonline, insya-Allah i cuba pertimbangkan. Eh, nak ke?)

Agak-agak ada private comment / message nak tanya tu... korang boleh je emel dekat i. Tapi bila emel tu, i harap ejaan tu biarlah ejaan dalam buku sekolah ye kawan-kawan (tak kisah Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris ke). Lepas tu, ayat tu biarlah yang boleh i faham. Kadang-kadang tu i perasan salam takde, isi kandungan pun tak pasti apa sebenarnya yang nak sampaikan, tiba-tiba terus wujud soalan. Lagilah makcik ni pening. Apa sebenarnya yang korang nak ni? Huhuhu... maklumlah i ni 'orang tua' (yang tak berapa tualah sangat) tak reti nak translate ejaan-ejaan dan ayat-ayat pelik ni. Keep it simple and easy to understand. Bila i happy jawab soalan then korang pun mestilah happy dapat reply dari i. Ye tak?

Sebagai permulaan entry setelah lama berehat panjang dari blogging, korang nak tahu apa aktiviti baru bila i bosan dengan rutin harian (sebab asyik ulang-ulang buat benda sama je hari-hari... nangis...) Taraaa... shopping lego dan main cantum-cantum dengan anak-anak i. Hobi yang i akui menerbangkan RM (huwaa... bye-bye RM) tapi sedikit-sebanyak menggembirakan diri pembeli yang bernama Reena ni. Tak percaya? Korang cubalah beli pulak. Eh, hehehe... terhasut pulak.

Teringin nak tengok koleksi lego i... korang bolehlah melawat page Instagram i ---> iamreena. Ada antara korang peminat-peminat lego jugak, ada idea macam mana nak kemas / susun atur lego korang atau nak show-off dekat i koleksi lego korang yang jenis rare ke. Meh-meh kita share info dan gambar-gambar. Sekarang ni, dengan rasminya i dah jadi group member Brickfan Of Malaysia (BOM). Seronok, bersembang lego dengan dorang semua dekat dalam ni. Kiranya satu bahasa lah, taklah terasa macam ayam cakap dengan itik... hehehe... Yang paling best kadang-kadang tu i siap dapat beli lego dengan harga lagi murah daripada harga pasaran tau. Inilah kelebihan bila kita dapat kenal dengan ramai orang (ewahhh...) Apa yang penting kenalah respect each other. Tak mahu... gaduh-gaduh.


Damien pun happy dengan Lego.... (cuba kalau letak gambar mama buat pose macam ni, sure over... Hehehe)
Sebahagian dari kotak lego yang dah dibuka... Ni baru sebahagian... gulp!

p/s : Ok, i nak masak untuk berbuka. Happy sangat sebab dapat bersembang dengan korang semua. Walaupun baru tiga bulan macam dah bertahun pulak lamanya i tak jenguk blog ni. Rindu dekat korang semua. Nanti kita sembang lagi k.

Mar 16, 2013

Tips / Rutin Harian Ibu Bekerja

Assalamualaikum, selamat pagi kawan-kawan. Wah-wah lama gila kan i tak membebel dekat blog. Ikutkan hari-hari ada je benda yang i terfikir nak share kan dengan korang semua tapi sedar-sedar hari yang i lalui setiap hari akan habis macam tu aje. Tup-tup dah meloncat dari satu hari lain, ke hari lain dan sampailah ke hari ni (huwaaa... macam mana i nak documented semua aktiviti i dalam blog kalau satu hari pun i rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda?) Kalaulah dalam satu hari ada 48 jam kan ke best. Lambatlah sikit jadi tua kan? Kehkehkeh... Tua pulak yang dirisaukannya.

Maklumlah bukan senang jadi wanita bekeluarga dan bekerjaya ni kawan-kawan (ewah-ewah, tak boleh blah bila sebut perkataan bekerjaya tu... hahaha!) Yelah... untuk orang yang bekerjaya 'mewah' tu at least bolehlah uruskan segala-gala beban tu dengan mudah. Orang yang bekerjaya 'kurang mewah' (macam i ni) kenalah banyak sikit guna tulang kudrat nak uruskan macam-macam especially yang berkaitan dengan anak-anak-anak (hehehe... 3 orang lah katakan tu yang bunyi macam echo tu). Phewww.... bertambah sikit tugas rasmi kerja tu bila budak-budak ni semua dah mula bersekolah. Tolong! Tolong! Superman! Eh... Hahaha... tiba-tiba macam berharap sangat ada superpower yang boleh lajukan semua kerja dekat rumah. Motiflah sangat panggil Superman kan? (Takpelah mama panggil SuperPapa jelah eh? Hehehe...)

Ok, memandangkan i pernah dapat komen berbunyi macam dekat bawah ni daripada entri Persiapan Anak Masuk Ke Sekolah pada penghujung tahun 2012.

salam reena.. selamat tahun baru :)


nak request entry boleh tak? rutin setiap hari bila anak3 nak ke sekolah? dari mereka bgn smp laa tido if u dun mind.. i huru hara setiap pg siapkan dua anak.. nk tgk pengalaman org lain mcm mana settle kan anak3 unt mengelakkan i stress pg2..

I akan kongsikan beberapa tips dan rutin harian yang i lakukan dalam menguruskan anak-anak. Terus-terang i cakap semuanya bergantung kepada pengurusan masa dan tahap kerajinan individu masing-masing (dan juga pasangan mereka. Hehehe). Jom intai apa yang i buat sepanjang hari biasa!

4:30 pagi hingga 4:45 pagi
- Bermulalah rutin harian i

4:45 pagi hingga 5:45 pagi
- Basuh botol susu dan segala 'alien' yang ada dalam sinki.
- Sediakan sarapan pagi / bekalan untuk Abang Long dan Kak Ngah ke sekolah.
- Sediakan susu untuk Adik.
- Sediakan beg bekalan untuk dibawa ke rumah pengasuh.
- Uruskan beg pakaian untuk Abang Long, Kak Ngah dan Adik.
- Mandi.

5:45 pagi hingga 6:30 pagi

- Mandikan Abang Long dan Kak Ngah dan persiapkan mereka untuk ke sekolah.
- Sementara Abang Long dan Kak Ngah bersarapan, masa untuk mama pulak bersiap untuk ke pejabat.
- Solat
- Masukkan segala barangan untuk dibawa ke rumah pengasuh ke dalam kereta.

6:30 pagi hingga Petang
- Hantar anak-anak ke rumah pengasuh.
- Cium-cium-cium Abang Long, Kak Ngah dan Adik.
- Bergegas ke pejabat (jammed-jammed-jammed... bluerghhh).
- Kemudian, kerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan. Hehehe... #workisfun

Petang hingga 10:00 malam
- Race balik kerja
- Ambil anak-anak dari rumah pengasuh.
- Solat.
- Pantau kerja sekolah Abang Long dan Kak Ngah
- Masak-masak.
- Basuh baju dan sidai baju (dikerjakan oleh hubby. Thanks papa, ilebiu! Hehe).
- Makan malam.
- Kemas meja makan, basuh segala 'alien' dalam sinki dan atas dapur.
- Lipat baju.
- Layan budak-budak comel bercerita sambil tengok tv lebih kurang dalam setengah jam.
- Buat susu dan tidurkan anak-anak.

10:00 malam - 12:00 tengah malam
- Periksa buku dan kemaskan beg sekolah Abang Long dan Kak Ngah.
- Gosok pakaian sekolah dan pakaian pejabat.
- Susun dan aturkan beg dan pakaian untuk ke sekolah, pejabat dan rumah pengasuh.
- Solat.
- Pitam!

Agak-agak korang ada yang luar biasa ke rutin harian i? Tak ajaib mana pun kan? Hehehe... Cuma part-part macam berblog tu selalulah tercicir dalam senarai rutin harian i. Kalau sempat menaip pun, kebanyakannya i gunakan bantuan apps Blogger dalam iPhone dan iPad. Kemudian edit balik untuk masukkan gambar semua dalam MacBook (tu pun kalau berkesempatan macam hujung minggu ke...) So, korang janganlah sedih ye, kalau i senyap je tak kunjung balik. Kadang-kadang serba-salah jugak nak buat entri baru. Apataknya serba-salah sebab korang penat-penat komen tapi i tak dapat kunjung balas. Bila tak buat entri baru pulak, selalu sangat i dapat emel dan mesej dari kawan-kawan yang tanyakan entri terbaru i (adehhh...) Macam mana pun, i hargai setiap komen korang. Korang memang best!

Walaupun penat uruskan macam-macam, seronok sebenarnya tengok dorang ni semua membesar depan mata. Kiranya apa yang anak-anak perlukan, lakukan dan inginkan, mama papa akan lebih alert / peka untuk sediakan. Dan i seboleh-boleh mungkin akan paksa diri untuk selesaikan semua kerja-kerja rumah serta sebarang keperluan anak-anak dengan tenang (walaupun sesetengah keperluan tu berulang-ulang kali i kena buat. Contohnya, "mama, tolong ambilkan air", "mama, tolong bukakan lampu", "mama, tolong ambilkan books", dan macam-macam lagi). Lagipun i perasan, bila banyak perkara yang i dan hubby kongsikan dengan anak-anak samada lakukan kerja rumah sama-sama, beritahu mereka tentang realiti hidup, beri nasihat untuk apa tindakan yang dorang buat dan berbincang tentang macam-macam aktiviti yang dorang lakukan dekat sekolah. Anak-anak lebih pandai berdikari, boleh keluarkan pendapat mereka sendiri, senang dibawa berbincang dan yang paling utama menghormati mama papanya (alhamdulilah).

Mama papa precious!

Nak baca tips lain yang i pernah kongsikan pasal anak-anak dan keluarga, korang boleh baca dekat entri yang ini ---> Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga.

Biasalah takde kejayaan datang tanpa usaha, dan takde kesenangan datang tanpa kepayahan. Untuk korang dan anonymous yang request entry ni, macam biasa pesanan dari i.

"Kita enjoy saja!"


p/s : Senyum selalu....