Blogger templates

Showing posts with label Smaland. Show all posts
Showing posts with label Smaland. Show all posts

Oct 20, 2012

Smales Ikea Malaysia

Dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/smaland-ikea-malaysia.html, i dah pernah bercerita mengenai keseronokan taman permainan di Ikea yang dikenali sebagai Ikea Småland. Macam mana pun untuk entry kali ini, i nak ceritakan bagaimana caranya untuk korang eh, anak-anak korang yang berumur antara 4 hingga 10 tahun (alooo... anak i yang kecil tak cukup umur lagi) mendaftar untuk jadi salah seorang warganegara Småland dan menyertai Sara (eh, siapa pulak si Sara ni?) di dalam Hutan Ajaib Småland (huhuhu! Apesal orang tua tak boleh join ni. Arghhh, tension la...)

SIAPAKAH SARA?

Kalau korang nak tahu, Sara ialah maharatu yang bertakhta dalam Hutan Ajaib Småland (hah... jangan main-main korang). Dia merupakan penjaga Hutan Ajaib Småland dan memang cukup pantang dengan orang yang tak suka pelihara pokok (eee... takut tak? Takut tak?) Umur Sara telah melebihi seribu tahun (dah tua dah rupanya Sara ni. Aik, tapi kenapa dia elok-elok je boleh tinggal dekat Hutan Ajaib Småland? "Orang tua lain" tak boleh pulak masuk sini. Marah i tau. Hehehe). Walau macam mana pun korang jangan risau, Sara ni lemah lembut orangnya, baik hati, bertimbang rasa dan suka membantu orang (macam ye-ye je Sara ni kan?). Untuk korang yang nak berkenalan dengan Sara lebih lanjut, bolehlah picit sini ya (manalah tahu berkenan buat bini ke? Eh! Hehehe) ---> http://www.smales.com.my/bm/about/sara.asp.

BAGAIMANA CARANYA MENDAFTAR SEBAGAI WARGANEGARA SMALAND?

Senang je sebenarnya. Pendaftaran hendaklah dilakukan di Bug House, Tingkat Bawah, Ikea Damansara. Pertama sekali, anak korang mestilah berumur di antara 4 hingga 10 tahun (untunglah, jadi budak kecik. Aik, nada cemburu nampak? Hahaha). Pastikan semasa pendaftaran tu, korang bawakan sekali sijil kelahiran atau MyKid. Masukkan butir-butir peribadi anak korang di Smales Shroom (tak kenal apa itu Smales Shroom boleh tengok gambar i dekat bawah ok?). Kemudian, gambar anak korang akan diambil oleh petugas Bug House untuk dimasukkan ke dalam passport. Selesai pendaftaran korang pergi ke Small Shroom sekali lagi untuk dapatkan pelekat / sticker kecil berwarna kuning untuk dilekatkan pada buku passport. Yeay, Siap dah! Dan yang bestnya pendaftaran ini adalah PERCUMA. Untuk sesiapa yang mendaftar sebelum 30 September 2012, korang akan terima satu landyard percuma.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh dapatkan dekat sini ---> http://www.smales.com.my/bm/about/rights-of-a-smale.asp


Jom tengok gambar anak-anak i yang happy jadi Prince dan Princess Småles (rakyat Småland dikenali dengan nama Småles. Haihh... dah macam Smurf pulak. Hahaha!)



Kisah Småland / Story of Småland
"Oh... macam ni cara nak mendaftar rupanya", kata Kakak kepada Adik.
Budak kecik yang tak sabar nak tambah warganegara. Rupa-rupanya tak cukup umur. Huhuhu...

Inilah Small Shroom / Mesin kupon. Daftar jom!
Yeay! Passport dah siap.
Saya sekarang warganegara Småland. Awak macam mana?
Passport Småland dan landyard kami. Hoorey!!

p/s : Untunglah budak-budak sekarangkan? Hehehe...

Feb 1, 2012

Smaland Ikea Malaysia

Cerita i dekat bawah ni ialah merupakan sambungan perjalanan i yang bersarapan dekat Mc Donald's. Manalah tau, korang pelik bila tengok dalam seminggu i berulang-ulang pakai baju yang sama. Tapi kalau ye pun, apa salahnya kan? Ishh... tak boleh... tak boleh... memang pelik. Hehehe.

Hari tu (5hb Januari 2012), i dan hubby ambil cuti sempena Danish (anak sulung i) memulakan hari pertama bersekolah di Qdees (tahun ni Danish dah masuk tahun kedua bersekolah dekat sini sebenarnya. Huhu... anak mama makin besar). Jadi, lepas habis breakfast dekat Mc Donald's, kita orang terus ambil Danish dekat Qdees dan bawa berjalan-jalan dekat Ikea. Saja kita orang habiskan masa bertiga dengan Danish je kali ni. Bagi dia happy puas-puas. Maklumlah bila ada adik-adik dia (Ariana dan Damien), banyak benda yang i kena larang dia daripada buat. Contohnya macam nak pergi ke Ikea Småland. Bukan apa, had umur Ariana dan Damien tak mencukupi untuk masuk ke Ikea Småland tu. Daripada berlaku banyak kekecohan dan tumpahan air mata semata-mata nak ikut si abang long bermain dekat situ, baiklah i explain secara baik dekat Danish yang dia tak boleh masuk ke Ikea Småland tapi digantikan ke Toys R Us (oh-oh... walaupun hakikatnya yang mama papa dia akan lebih meraung dalam hati bila tiba depan cashier Toys R Us sebab kena bayar 3 permainan pilihan masing-masing nanti. Pengsan!).

Korang nak kenal dan tau mengenai Ikea Småland. Jom ikut i.

Apa sebenarnya Ikea Småland?
Ianya ialah sebuah kawasan permainan di mana kanak-kanak akan merasai keseronokan seperti berada di dalam Hutan Sweden yang dipenuhi dengan keajaiban. Ada terompah besar yang boleh bersembunyi di dalamnya, buah-buahan berry yang besar yang boleh dipegang dengan tangan dan lain-lain lagi.

Mereka akan diawasi di sini dengan sebaiknya (oleh petugas di Ikea) sementara ibu bapa pergi membeli-belah. Terdapat juga kawasan hutan yang senyap dan tenang di mana mereka boleh menonton filem, membaca buku atau sekadar berehat di mana-mana pokok yang mereka gemari. Apa pun pilihan mereka, ini ialah satu pengalaman besar untuk mereka.

Caj pembayaran dan Masa (fee and time)?
Tiada sebarang pembayaran dikenakan (free of charge) dan masa untuk bermain di sini ialah satu jam sahaja.

Siapa yang boleh bermain di Ikea Småland?
- Kanak-kanak yang berusia dari 3 tahun hingga 10 tahun.
- Boleh bermain dengan selamat.

Cara-cara memasuki Ikea Småland?
1. Pilih satu kotak (cari plastic box yang warna merah) yang disediakan berhampiran dengan pintu masuk ke Ikea Småland. Satu kotak untuk seorang anak (1 box per child).
2. Isikan butir-butir peribadi melalui borang pendaftaran yang disediakan di situ. Pastikan nombor kotak (box number) yang di isi pada borang pendaftaran adalah sama dengan kotak yang diambil.
3. Beratur dihadapan pintu masuk, petugas Ikea akan memeriksa butir-butir pada borang pendaftaran yang diserahkan. Mereka akan menyerahkan satu pelekat (sticker) untuk dilengkapkan seperti nama dan nombor kotak. Sticker itu akan ditampal pada baju anak.
4.Kemudian, tangan anak dan ibu / bapa akan dicop (stamp) dengan nombor kotak yang sama sebagai pengenalan identiti.
5. Masukkan kasut dan stokin anak ke dalam kotak yang dipilih tadi. Dan anak anda akan membawanya sendiri masuk ke dalam Ikea Småland.
6. Petugas Ikea akan memberikan anda satu resit yang menunjukkan pukul berapa waktu untuk mengambil anak anda semula. Jangan hilangkan resit ini.
7. Bermulalah sessi perpisahan dengan anak selama sejam (huhuhu, selalunya ibu bapa akan rasa bersalah nak tinggalkan dorang waktu ni walaupun keinginan shopping membuak-buak. Hehe).

Perhatian :-
1. Ibu bapa dilarang memasuki ke dalam Ikea Småland (intai je boleh. Hehe)
2. Sila ambil anak anda di pintu keluar Ikea Småland yang berada di bahagian dalam Ikea di tingkat bawah.
3. Bawalah anak anda bermain di Ikea Småland pada hari biasa (bukan hujung minggu) untuk mengelakkan kesesakan.

Alamat Ikea Malaysia :-

No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Waktu operasi Ikea :-

Hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 9:30 pagi hingga 10:00 malam
Hari Jumaat hingga Ahad (atau cuti umum) pula, bermula dari pukul 9:30 pagi hingga 11:00 malam

Laman rasmi Ikea Malaysia :-
http://www.ikea.com/my/en/
(sebelum nak shopping tu, beleklah sini dulu)

Ok, jom tengok gambar kami yang happy dapat lepak Ikea waktu orang lain sibuk kena pergi kerja / sekolah. Hehe.

Eh, i pun join masuk Småland?! Taklah... ni gambar sibuk-sibuk dalam Ikea je. Hehe... 
Småland The Magic Forest!


Kena register dulu
Dah ready nak masuk


Nampak tak pakcik dalam bayang cermin tu, sampai tertidur tunggu anak dia. Hehe
Danish dapat kawan baru
Pintu keluar Småland

p/s : Bestkan? I rasa macam nak join masuk main sekali je. Hahaha