Blogger templates

Showing posts with label Tips Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu Mengandung. Show all posts

Feb 2, 2012

Tips Untuk Mendapatkan Anak Perempuan Atau Lelaki

ENTRY / BACAAN INI ADALAH INFO UNTUK MEREKA YANG BERNIKAH SAHAJA.
TERIMA KASIH :)

Awal-awal entry, korang dah terpaksa baca ayat amaran dekat atas. Hehehe... sorry tau, sebab nanti ada yang salah sangka, kononnya blog peribadi i tiba-tiba boleh muncul entry 18sx. Ish-ish-ish. Bukan apa, i nak bagitau yang entry ni adalah atas permintaan kawan baik blogger i (you-know-who-you-are). Dah lama sebenarnya i janji dengan dia, tapi i asyik tak dapat tunaikan je sebab terlampau sibuk dengan urusan pejabat dengan rumah. Memandangkan hari ni i ada masa terluang sikit jadi i cuba taip entry ni sebaik mungkin. Info yang i dapat ni adalah melalui buku bacaan, i harap kawan baik blogger i dan korang semua akan dapat sedikit pengetahuan yang berguna untuk dikongsikan bersama.

Sumber gambar : Google

Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection). Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 - 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio).

Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-

FAKTOR MAKANAN
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali.

Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

FAKTOR MASA
Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

FAKTOR KEDALAMAN
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.

FAKTOR KEMUNCAK
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki.

FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI)
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

FAKTOR KEDUDUKAN
Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.


Kesemua sumber info ini adalah menerusi buku Pa&Ma (Volume 1) 40 Minggu Nan Indah. Buku ni merupakan antara koleksi peribadi dalam simpanan i termasuk buku-buku lain keluaran Karangkraf. Nak tengok buku Karangkraf yang i ada. Korang picit entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/12/koleksi-buku-pa-semasa-mengandung.html


p/s : Sharing is caring

Nov 10, 2009

Rendam Air Garam


~PERINGATAN : NIH CITE UNTUK ORANG POMPUAN AJE K... ORANG LELAKI TAKLEH NYIBUK~

APEKEBENDANYE TUH??
Ini adalah baldi yek kengkawan....

ADA APE DENGAN BALDI TUH??
Haha... nih semua gara-gara aku mendapat soklan dari MAY dekat entry aku yang sebelum nih
"mcm mana berendam dlm air garam tuh? duduk dlm bath tub ke? kalo xde bath tub mcm mana lak? basuh je blh x?"
So... untuk menjawab soklan May tuh... aku kenala tunjuk pic tuh...
ikutkan aku rase cam tak chomey je pic tuh...
maklumla... pic toilet umah aku plak tuh... duhh...
~malu beb....~
Tapi... demi nusa & negara & takmo hampakan May so kenala show-op...
Hihi... harap-harap May bole paham k...
Nak buat skali tutorialnye... errr... memang tak dapek den nak nolongla...
memang mencarik maut & pasal tuh... ekekekek....

hohoho.... malu punye pasal sampai terlupe nak bagitau cara-cara nak buat air garam..
iyerr puan-puan begini caranye:-
1. BELI GARAM KASAR SEBANYAK 500 GRAM @ BANYAK MANE YANG KITE NAK GUNA
2. AMBIK SEGENGGAM GARAM KASAR TUH & LARUTKAN DIA DEKAT DALAM BALDI/BESEN TUH BERSAMA-SAMA AIR SUAM (SLALUNYE AKU PAKAI AIR WATER HEATER PART YANG PALING PANAS SKALI)
3. LEPAS DAH LARUT KESEMUA GARAM TERSEBUT... IYEE.. SILALAH LAKUKAN SESI RENDAMAN SELAMA 10 MINIT.
4. RENDAMAN AIR GARAM INI PALING BERKESAN DILAKUKAN STIAP PAGI & PETANG SELAMA 2 MINGGU.

Nov 3, 2009

Set Bersalin Yang Aku Guna



Untuk berpantang kali nih... aku betol-betol ikut rutin makan jamu-jamu set bersalin yang aku ade tuh.
Bukan ape... umo pon dah meningkat *ehemmm... terase tuo dah mokcik*
So, kenala jaga bab-bab luaran & dalaman nih.
Takmola esok-lusa badan dok sakit-sakit je memanjang...

PRODUK HAPE YANG AKU PAKAI KALI NIH??
Untuk pengetahuan korang, set bersalin aku kali nih ialah keluaran Syarikat Radix...
mengandungi :
1. MINYAK BARUT - sapu kat perut dan badan sebelum nak pakai bengkung
2. MINYAK BABY - sapu dekat tapak kaki, perut & belakang baby
3. MINUMAN HERBA - untuk mengembalikan kesihatan & kesegaran
4. UBAT PERIUK - untuk sembuhkan luka-luka dalaman
5. KAPSUL WANITA (A & B) - dimakan lepas minum ubat periuk
6. UBAT BASUH - untuk kegunaan luar
7. SPIRULINA - sebagai pelawas & penghadaman

*ekceli produk nih adek aku yang hadiahkan... tenkiu bro... so aku tak sure berape regenye*

OK TAK PRODUK NIH DENGAN AKU??
Kalo sebelum nih waktu Danish aku pakai produk AMWAY dan Ariana plak aku pakai produk MUSTIKA RATU.
Tapi ape yang aku perasan dua-dua produk sebelum nih tak serasi btol dengan aku.
Danish dengan Ariana slalu sangat kena cirit-birit stiap kali aku makan jamu-jamu yang ade tuh.
Dah tu... aku nih pulak bukannye gemor bebeno pakai pilis *yang calit-calit kat dahi tuh*
atau pun sapu rempah-ratus kat badan sebelum pakai bengkung tuh.
Apetaknye punyela aku rase terseksa stiap kali aku nak bagi b/feed...
abes berterabur satu bilik habuk-habuk kering bekas rempah ratus yang ade kat badan aku tuh.
Akibatnye dua-dua produk nih terbio macam gitu aje.

Tapi alhamdulilah... kali nih aku rase serasi sangat-sangat dengan produk yang aku gunakan sekarang.
Damien pon orait je b/feed dengan aku.
Dah tu, ubat-ubat dia taklerr sepahit mane... kiranye okiela untuk aku telan dengan relaxnye
tanpa perlu memicit hidungku yang tak mancung nih... chewah...

PRODUK LAEN YANG AKU PAKAI??
Pastu aku tambah beli Pek Tungku Herba keluaran Leesa.
Tujuannye untuk melancarkan pengaliran darah nifas dan melegakan otot-otot yang push waktu bersalin.
Regenye : RM 40.00

INI JE KE YANG AKU PAKAI MACAM TAK CAYE AJE??
haha... sebenarnye selain ubat-ubatan jamu nih aku still amek supplementary ubat
yang laen macam obimin dan pil kalsium... nih doktor aku kat SDMC yang bagi.
Pastu untuk cucian kat bahagian tutttt... selain gunakan herba...
aku buat cucian air garam... maksudnye berendam dalam air garam.
ha... nih pon doktor & nurse kat SDMC yang ajar kat aku.
Tujuannye untuk cepat pulihkan bahagian stitches dan memudahkan pengaliran darah nifas.
Alhamdulilah lepas 5 hari, aku dah bole bergerak macam biase...

Aug 18, 2008

Apa Itu Epidural??

Aku asyik sebut pasal epidural aje dalam blog aku ni. Maybe ada yang tak tahu apa itu epidural & cara-cara pembiusannya. Lepas tu, ada yang bagi comment dalam blog aku pasal complication epidural ni. So dekat sini aku pastekan cerita pasal epidural dari website yang aku jumpa ni
http://www.papisma.org/nota/panduan/epidural.pdf . Hope dapat membantu sape-sape yang nak tau info berkaitan epidural ni.

"Teknik moden yang di yakini oleh doktor-doktor pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin sehingga hampir 100% ialah teknik pembiusan epidural. Teknik ini melibatkan suntikan
khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak.

Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit. Teknik ini memerlukan kepakaran dan latihan khusus dan hanya mampu dilakukan oleh Doktor bius yang telah mendapat latihan yang secukupnya. Sekiranya pembiusan ini dijalankan oleh doktor bius yang terlatih maka hampir tiada komplikasi yang bakal di alami oleh pesakit. Namun begitu sekiranya ianya dilakukan oleh doktor yang tidak terlatih maka ia boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk untuk beberapa hari, ketidak stabilan tekanan darah, jangkitan kuman pada selaput saraf tunjang dan kelumpuhan sementara pada kedua-dua belah kaki.

Ibu-ibu yang hendak bersalin terutamanya anak sulung dan merasa takut dengan kesakitan bersalin bolehlah meminta perkhidmatan epidural daripada doktor bius di hospital berkenaan. Walau bagaimanapun tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Bertanyalah kepada bidan atau doktor bersalin semasa anda sedang mengandung berkenaan khidmat pembiusan epidural di hospital tersebut sekiranya anda ingin mendapatkannya."

Aug 17, 2008

Antara Epidural, Gas Pelali & Ubat Penahan Sakit

Kalau orang tanya aku, lepas anak no. 2 nanti, aku nak bersalin guna cara mana? Aku rasa aku pun tak tahu nak jawab yang mana satu samada guna epidural ke atau sedut gas yang aku tak tahu apa functional nya. Cuma yang pasti kalau boleh aku tak nak go for ceasarean. Takut woo... kena masuk operation theatre. Lagi satu, aku ni jenis tak reti duduk diam. Maunya lepas ceasarean tu aku bergerak over sangat, nanti bertambah-tambah masalah jadinya. Aku rasa aku boleh tanggung lagi sakit nak bersalin kot dari nak tanggung sakit lepas ceasarean. Tapi masa anak first dulu, aku nyaris-nyaris juga nak termakan hasutan kakak ipar aku untuk buat ceasarean. Berkali-kali dia bagitau aku, "Tak sakit, bekas jahitan tu pun kecik aje, tak nampak langsung." Tapi bila aku tengok member office aku yang bersalin guna ceasarean susah nak turun berat badan dan asyik mengadu sakit dekat tempat yang dipotong especially waktu batuk, aku rasa aku dah buat satu tindakan yang tepat. Eh! jangan salah faham tau tapi macam mana pun aku tak underestimate orang yang kena deliver cara ni. Yela... perkara bersalin ni bukan perkara yang suka-suka boleh tentukan, depends atas tuan punya badan kan? So, untuk 2 jenis cara bersalin yang dah aku lalui, apa yang aku boleh simpulkan:-



1. Kalau guna kaedah epidural -


  • Aku lebih relax sepanjang contraction yang datang (siap tidur dengan nyenyaknya lagi). Tak perlu tahan sakit sebab dari paras pinggang sampai ke hujung jari kaki aku tak rasa apa-apa (lebih kurang macam paralyse lah). Nak gerakkan kaki sikit pun tak boleh.

  • Dan sebab sakit contraction tu terlampau kuat & bukaan aku baru 2cm. Aku rak rasa apa-apa pun waktu doktor masukkan ubat bius bersama-sama dengan tiub halus ke tulang belakang aku. Tiub halus ni ditinggalkan dekat tulang belakang aku sepanjang proses nak bersalin & dikeluarkan sejurus selepas selesai. Memang macam ngeri bunyinya tapi alhamdulilah aku ok & selamat.

  • Cuma untuk proses meneran baby. Aku kena dapat guide dari doktor sebab aku tak tahu bila contraction datang. Part ni, memang leceh sangat sebab memang tak rasa apa-apa langsung. Frust jugak bila dua kali teran, aku dah termengah-mengah (lagipun ini first experience aku, so aku tak tahu macam mana nak bayangkan macam mana nak push baby keluar). So nak tak nak kena episotomy & doktor terpaksa vac baby aku.

  • Bila kesan bius hampir hilang, perlahan-lahan aku rasa macam aku baru ada kaki. Memang macam pelik sangat.

  • Alhamdulilah aku tak kena apa-apa komplikasi untuk epidural ni. Cuma rasa macam lenguh sikit dekat tulang belakang waktu awal-awal. Tapi sekarang ni dah ok.

2. Manakala kalau guna kaedah gas pelali & suntikan ubat penahan sakit -


  • Suntikan penahan sakit hanya tahan untuk 4 jam sahaja. So disebabkan selepas tempoh 4 jam tu, aku masih belum deliver baby dan bukaan baru 5cm. Jadi pada aku, suntikan ni tak berkesan langsung apataknya aku kena tanggung contraction yang semakin kuat. Cuma sekurang-kurangnya aku dapat rest sekejaplah sebelum tu.

  • Dan sepanjang tempoh bukaan dari 5 ke 10cm aku gunakan gas pelali. Setiap kali contraction datang aku dikehendaki sedut gas ni. Tapi yang peliknya aku sedut macam mana sekalipun tak rasa pun contraction tu kurang.

  • Untuk proses kali ni aku rasa lagi mudah nak keluarkan baby, aku macam tahu-tahu je bila dan macam mana aku nak push baby. Tak payah nak tunggu doktor bagi instruction aku dah push baby dengan terrornya. No episotomy & no vac, 2 kali teran je baby dah keluar. Bangga jugaklah aku...hehe

Tapi antara kedua-duanya, kaedah no. 2 lah yang aku paling terasa sakitnya. Betapa tuhan jadikan perempuan ni walaupun mempunyai naluri yang lembut tapi dalam apa jua kepayahan dia masih boleh laluinya kan? Aku still lagi macam tak percaya aku masih mampu tersenyum selepas lahirkan baby.