Bila diperhatikan fesyen tudung dulu dan kini banyak betul bezanyakan? Dulu, pilihan kita tak banyak. Pergi mana-mana kedai tudung pun yang paling banyak ialah tudung bawal. Lepas tu siap ada gred pulak tu. Selalunya gred nombor 1 untuk yang harga paling mahal dan terbaik, gred nombor 2, kasar sikit texturenya dan begitulah seterusnya. Tapi sekarang ni pilihan tudung lebih meluas. Tepuklah handbag, tanyalah selera gitu (boleh tak camgitu? Hehe). Ada tudung sarunglah (yang macam Ekin pakai tu), tudung satin (yang ni Yuna suka pakai dulu-dulu, sekarang tidak lagi), tudung pashmina (yang dipopularkan oleh Hana Tajima), tudung syria, tudung bawal kosong (i suka tengok Dian Pelangi gayakan tudung macam gini), tudung shawl dan macam-macam lagiklah. Cantik-cantik semua fesyen tudung sekarang ni, rambang jugaklah mata nak buat pilihan.
Macam mana pun dalam banyak-banyak jenis tudung. I lebih suka kenakan tudung pashmina atau pun shawl. Bukan sebab Hana Tajima pakai tudung pashmina nampak cantik, walaupun diakui dia sememangnya cantik. Hehe. Tapi i rasa macam kurang berkemampuan nak beli tudung yang jenis sarung. Ada sesetengah harga tu sampai cecah RM90.00 sehelai (mak aihh). Pernah jugak i beli sehelai dua waktu sales (mampulah beli bila dah diskaun, harga jadi RM35.00) tapi sampai rumah i rasa frust sebab ketat (ok, confused jugak secara tiba-tiba muka jadi lebar) Nak tetas jahitan dekat leher, i teringat tudung kawan i yang berbulu dekat leher gara-gara kepakaran dia (eh, berbulu sebab benang hokeh). Sudahnya i simpan je mana tau, satu hari nanti muka i jadi kurus ke. Hehe.
Pengalaman macam ni buat i rasa serik, yelah membazir je beli tapi tak dapat pakai pun. Jadi i mula belajar lilit-lilit dengan pashmina / shawl melalui tutorial Youtube dan gambar. Bila dah biasa pakai tudung guna pashmina / shawl, i sampai dah tak ingat macam mana gaya lilit yang i buat. Semua ikut keselesaan i je. Lagipun pada i, harga pashmina / shawl ni lebih murah berbanding tudung sarung. Hanya RM5.00 dan RM10.00 je sehelai dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kalau beli banyak (selalunya i share dengan kawan beli ramai-ramai) boleh dapat harga lagik murah. Yang penting waktu sesi tawar-menawar, kenalah pandai pujuk rayu sikit tokey kedai tu. Tak salahkan mencuba. Manalah tahu berjaya ke, boleh save duit, dapat beli corak pashmina / shawl lain pulak (eh, ke situ pulak dia eh... hehehe). Kalau korang nak tau, walaupun pashmina / shawl ni murah, tapi bila kena gaya ikatan dan pakaian yang sesuai. Pashmina / shawl boleh nampak eksklusif tau (hamboi... cakap macam pakar fesyen aje. Tihihi).
Takpelah, yang penting apa pun jenis tudung yang kita pakai kenalah ikut syariat dalam islam dan yang paling penting menutup aurat. I tak nak cakap pasal hukum islam lebih-lebih, takut... sebab i pun bukanlah manusia sempurna. Kata orang, tak cukup lagi ilmu didada. I teringat ceramah Ustaz Kazim Elias baru-baru ni dekat office i. Kata Ustaz Kazim, "sekarang ni, semua orang, tak kira sesiapa pun berlumba-lumba nak keluarkan pendapat mengenai Islam. Tapi bila bab mengenai ekonomi, bola atau politik, kita tahu untuk serahkan pada yang pakar menjawabnya. Takde pulak kita suruh makcik yang jual karipap ke yang bagi pendapat. Sampaikan pendapat Islam yang dikeluarkan oleh mufti pun kena pertikaikan. Astaghfirullah". Agak-agak korang apa maksud sebenar yang nak disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias tu. Renung-renungkan dan selamat beramal.