Usia dari 1 tahun hingga 5 tahun adalah merupakan usia di mana kanak-kanak aktif meneroka apa yang ada disekeliling mereka. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan adakalanya sesetengah aktiviti yang mereka lakukan boleh sakit jantung ibu bapa jadinya. Pada usia beginilah juga, mereka mudah mendapat kecederaan akibat dari kelasakan mereka sendiri. Kadang-kadang perkara macam ni pun boleh mewujudkan dilema kepada ibu bapa. Yelah, bila terlampau mengongkong semua pergerakan mereka, mereka akan jadi pasif, takut-takut dan tak berani nak cuba sesuatu perkara. Bila diberikan kelonggaran bermain ada je perkara yang tak diduga terjadi (haishh... sabar jelah kan?)
Lagipun kebanyakan kajian mengatakan kanak-kanak yang membesar dengan aktif dan ceria adalah kanak-kanak yang bijak. Di sinilah peranan ibu bapa diperlukan dalam membimbing keperibadian mereka menjadi insan yang baik (Insya-Allah). Macam mana pun korang janganlah risau sekiranya anak-anak korang terjatuh (selagi tak bahayakan dirinya) sekurang-kurangnya mereka dapat belajar dan menimba pengalaman yang baru. Apa yang penting, korang awasi mereka daripada melakukan perkara yang merbahaya.
Bila dah terjatuh, mestilah luka dan berparutkan? Korang ingat lagi kisah anak ketiga i yang jatuh sampai terkoyak kelopak mata? (scary gila kan?) Apa yang buat i risau sangat ialah disebabkan kecederaan ni berlaku dekat bahagian mata. Alhamdulilah, berkat doa kawan-kawan semua, mata kanan adik dah pun pulih sepenuhnya (syukur sangat). Cuma sampai sekarang ni, i masih sapukan lagi ubat parut Strivace dekat kelopak mata adik (macam yang pernah i ceritakan dekat SINI). Ubat parut ni kalau korang nak tahu, memang dicipta untuk kanak-kanak jadi bolehlah gunakan dengan penuh keyakinan gitu. Malah i perasan, parut dekat kelopak mata adik pun dah semakin pudar dan nampaknya adik dah kembali handsome seperti sedia kala (eceh! Hehehe).
Kalau ada antara korang yang tercari-cari ubat parut untuk kanak-kanak, i suggestkan korang cuba dapatkan ubat parut ni k. Mana tahu sesuai untuk anak-anak korang jugak.
p/s : Hari ni dekat Putrajaya berlangsungnya Hot Air Balloon Fiesta 2013 (dari 28 hingga 31 Mac 2013). Huhuhu... dah berapa kali terlepas nak pergi. Tapi bila fikirkan kesesakan yang bakal ditempuhi. Ok, terus rasa happy duduk depan tv tengok movie :P

