Blogger templates

Showing posts with label Uniqlo. Show all posts
Showing posts with label Uniqlo. Show all posts

Jan 28, 2012

Pembukaan Uniqlo One Utama, Malaysia

Pejam-celik-pejam-celik dah setahun usia Uniqlo di Malaysia. Kejap je kan? Jadi bersempena dengan usianya yang setahun jagung, Uniqlo telah membuka cawangan barunya di One Utama, Damansara pada 4hb November 2011 (yeay!). Tarikh 4hb November ini adalah sama dengan pembukaan Uniqlo di Fahrenheit iaitu pada 4hb November 2010 (entry pasal Fahrenheit ada i ceritakan dekat sini). Jangan tanya i kenapa Uniqlo pilih tarikh ni untuk pembukaannya di Malaysia. I pun tak tahu. Agaknya adalah tu yang specialnya pasal tarikh ni.

Uniqlo di One Utama merupakan cawangan ketiga Uniqlo selepas Fahrenheit dan KLCC. Semenjak kemunculan Uniqlo di Malaysia, i dan hubby suka habiskan masa shopping pakaian kami dekat sini. Selain pakaiannya yang simple dan up-to-date. I suka dengan Uniqlo sebab selalu berikan harga terbaik. Kalau korang nak tau, bila-bila masa Uniqlo akan turunkan harga pakaiannya tanpa disangka-sangka. Macam mana pun tawaran hanya sah untuk sementara waktu sahaja / for limited time only. Contoh macam flannel shirts yang i pakai dekat entry ni http://www.reenaonline.com/2012/01/sambutan-hari-jadi-di-pizza-hut-pizza.html. Harga sebenarnya ialah RM79.90 tapi bila diturunkan harga, ianya jadi RM49.90. Murahkan? So, i nak ingatkan korang, andaikata korang nampak baju yang korang berkenan dengan harga yang rendah waktu tu. Baik korang cepat-cepat beli sebab bila korang lambat. Samada korang akan mengalami keadaan di mana saiz yang korang nak tu takde atau pun warna yang korang nak tu dah kehabisan stok (pengalaman sebenar ni hukhukhuk).

Di bawah ini alamat Uniqlo :-

Uniqlo One Utama Store (Old Wing)
G135 & F136, One Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7726 0296

Uniqlo KLCC Store
Lot C19, 20, 21, Concourse Level
Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2166 3350

Uniqlo Fahrenheit 88 Store
Fahrenheit 88
Lot G1.01.00, Ground Floor
179, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2145 8852

Nak tau sebarang promosi dekat Uniqlo atau nak buat sebarang pertanyaan berkaitan Uniqlo, korang boleh LIKE Facebook Uniqlo. Admin Uniqlo atau Uniqlo Fan sendiri akan sedia membantu korang.

Memandangkan i dan hubby merupakan antara berjuta peminat Uniqlo diseluruh dunia. So, pada 4hb November 2011, kita orang ambil peluang pergi ke pembukaan Uniqlo di One Utama. Tepat pukul 9:30 pagi, kita orang dah terpacak dekat Shopping Complex. Hebatnya kan? Hehe. Barisan yang beratur nak masuk ke Uniqlo pun dah panjang (adehhh..). I sangkakan i berjaya dapatkan special tote bag Uniqlo untuk 300 orang yang pertama yang datang ke pembukaan Uniqlo, One Utama. Rupa-rupanya 300 special tote bag ni diedarkan sewaktu pembayaran dibuat. Duhh, nak beratur masuk tu takde hal lagiklah (sebab dah sampai awal, ecehh) tapi ditambah dengan part nak kena beratur untuk try dekat fitting room dan lepas tu beratur untuk bayar lagi, confirm bila sampai giliran i je terus tote bag tu habis. Malas nak kelam-kabut semata-mata nak dapatkan special tote bag Uniqlo, i ambil keputusan shopping dalam suasana yang relax. Walaupun i tengok suasana waktu tu semua orang macam dah tak boleh nak kawal diri. Lebih kurang macam dalam filem Confessions of a Shopaholic tu (bezanya i dapat tengok live hokeh! Hehe).

Apa-apa hal pun, walaupun kena tempuh perjalanan (beratur) yang panjang hari ni tapi i puas hati sebab dapat shopping pakaian yang i nak dengan harga yang berbaloi-baloi. Penjimatan yang berlipat-ganda gitu tau. Sekali-sekala bersusah-payah bershopping, kira oklah tu. Hehe.


Muka orang belakang yang tension, kita orang happy je. Hehe

I dah tangkap 2 helai baju Hello Kitty ni! Limited offer RM49.90

Gambar ni diambil oleh Uniqlo. Cuba cari mana i?

p/s : i love Uniqlo!

Nov 9, 2010

Uniqlo Malaysia Dah Dibuka

Kalau tanya budak-budak muda dekat KL ni mana Outlet Baju yang happening sekarang?
Dorang mesti akan cakap UNIQLO.
Aik, budak-budak muda je ke? Ok, ada unsur-unsur nada ke'jeles'an melampau dekat situ.
Yelah, kebanyakannya orang-orang yang sebaya aku bila dah masuk age yang kurang happening pening dorang kureng sikit nak stylo-stylo ni. Tapi tak semua hokeh! *sambil tunjuk muka geleng-geleng kepala* Aku memang suka bab-bab fesyen ni cuma taklah over sangat. Janji fesyen tu dalam kategori simple, stylo dan moden. Kompom aku belilah! Tapi macam mana pun harga pun memainkan peranan penting jugak sebenarnya untuk selection aku~ Gila kau, kalau beli baju sampai sehelai je habis RM 500.00 semata-mata nak bergaya. Huhuhu~kalau dah sampai taraf Paris Hilton tu takpelahkan?

So, last week hari tu (4hb November 2010, Khamis) ialah Grand Opening Uniqlo dekat Fahrenheit 88, Kuala Lumpur. Kalau nak tau Fahrenheit 88 tu sebenarnya nama asal untuk KL Plaza. Alaa~ yang berdepan dengan Shopping Complex Pavillion tu. Sebab apa KL Plaza dah tukar nama jadi Fahrenheit 88, aku pun tak tau kenapa. Maybe bila member korang tanya nak lepak dekat mana, dan bila korang sebut Fahrenheit 88 tu nampak lagik stylo kot :P At least ada gaya gitu kehkehkeh.

Ada macam-macam offer yang Uniqlo buat sempena Grand Opening dia hari tu. Boleh dapat percuma tiket pergi ke Jepun, dapat free goodies untuk 500 customer yang awal dan macam-macam lagiklah. Kebanyakan baju-baju dia pun siap ada offer best lagik. Pada aku kalau tak sales pun, harga untuk baju Uniqlo ni dalam kategori affordable lagik (below RM 100), kompom tak jerut leher korang. Untuk student-student memang sesuailah. *Uhh~kenapa waktu aku jadi student dulu takde Uniqlo. Ni yang marah ni :P*. Uniqlo ni sebenarnya berasal dari Jepun *wahh~negara yang kusukai sebab ada Hello Kitty hiii~ :)* Nama pengasas dia ialah Kabushiki-gaisha yunikuro. Jadi korang paham-paham jelah orang Jepun ni, bab-bab kualiti dia memang bagi yang the best untuk harga yang best jugak.
UNIQLO’s “MADE FOR ALL.” Philosophy


It doesn’t matter who you are or where you live, Uniqlo makes clothes that transcend all categories and social groups. Our clothes are made for all, going beyond age, gender, occupation, ethnicity and all the other ways that define people. Our clothes are simple and essential yet universal, so people can freely combine them with their own unique styles, in any way they choose, every day of the year. Everything we do is rooted deeply in Japanese origin, always aspiring to excellence in quality, design and technology. However, we will always ensure that our clothes are affordable and accessible to everyone. Uniqlo is a way of thinking that’s about constant change, diversity, and challenging conventional wisdom. At UNIQLO, we believe that everyone can benefit from simple, well-designed clothes. Because if all people can look and feel better every day, then maybe the world can be a little better too. Made For All.
Nak tau lebih lanjut pasal Uniqlo, korang boleh picit link ni hokeh http://en.wikipedia.org/wiki/Uniqlo

Cantikkan butik dia? :) 

 Muka kepanasan *adehhhh*

Korang memang bersemangat!!

Memandangkan Fahrenheit 88 tu kira dekat jugak dengan opis aku. So, aku ingat nak join sekakilah untuk pembukaan Uniqlo tu *teruja aku tau* Ingatkan waktu lunch aku untuk hari tuh menjadi memori yang terindah. Rupa-rupannya, dah berduyun tiba manusia yang berkumpul dekat situ. Sampaikan aku siap dapat Swarm Badge untuk Foursquarelah hari tu *haishhh~*. Queuenya korang toksah ceritalah, dah macam ular kena palu, panjang nak mampuih. Sape yang queue time tu memang aku salute gila. Korang memang kaki shopping mengalahkan aku. Kalau tak sebab aku keje je hari tu, kompom aku pun salah sorang yang queue tu kehkehkeh~

p/s: Uniqlo selalu buat sales yang penting korang terjah website dia dekat sini k