Blogger templates

Oct 17, 2016

RESEPI : SOTONG MASAK HITAM SEDAP DAN RINGKAS

Hai korang! Resepi datang lagi... Hahaha! Sebenarnya i pun tak pasti dekat mana asal-usul masakan Sotong Masak Hitam ni tau. Tapi memang kebanyakan orang Johor memang tahu masakan jenis ni dan i sendiri dah makan sejak kecik lagi. Jangan salah sangka tau, resepi Sotong Masak Hitam ni takde kaitan dengan resepi Sotong Masak Kicap walaupun kedua-duanya berwarna hitam. Hehehe...

Apa yang menyebabkan masakan ni jadi warna hitam ialah disebabkan ink hitam dari sotong ni sendiri. Macam tak logik je kan, ada ke makan ink sotong?!!! Hahaha! tahu mesti korang nak sebut disgusting lah tu! Relaxlah tak yah nak show-off sangat muka pelik you all tu, hahaha... belum cuba belum tahu tau. Dah cuba masak lepas tu makan hambik ko, dua kali tambah nasi pun tak cukup. Tapi seriously memang sedap. Nak masak pun taklah leceh mana. Yang penting selalunya bila masak Sotong Masak Hitam ni, i selalu buat sup sayur atau cendawan. Nak lagi best tambahlah dengan sambal belacan sekali. Meletop! Kebabom sangat... Sampai nak bagi jiran sebelah rasa masakan pun macam tak sanggup nak lepaskan lauk-pauk ni semua. Ok, jom tengok apa bahan-bahannya dan cara nak masaknya.

BAHAN-BAHAN :

7-8 ekor Sotong sederhana besar (dibersihkan dengan asingkan kepalanya dari badan - bukan buang tau! Kemudian baru buangkan tulang serta kantung pasirnya tapi JANGAN BUANG selaput ink hitam yang terdapat pada sotong. Lepas tu, potong kecil.
1 cawan air (anggaran)
1 batang Serai diketuk
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DIKISAR
1 ulas Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
1 batang Cili Merah (kalau suka pedas lebihkanlah sebatang lagi)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Tuang sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan. Tumis bahan yang dikisar dan masukkan air. Biarkan sebentar sehingga pecah minyak dan masukkan sotong.

2. Gaul kesemua bahan. Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan serai. Gaul sekali lagi sehingga sebati. Agak-agak dah mendidih, pekat dan likat, bolehlah padamkan api dapur.

3. Yeay! Siap... kan dah kata kejap je masaknya... Hehehe...


Kalau rasa tak berapa nak nampak macam mana 'kacang goreng'nya masakan ni. Boleh je tengok dekat video yang i buat ni k. Selamat memasak semua!





Oct 13, 2016

JALAN JALAN KUALA LUMPUR BIRD PARK / TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Setiap kali hujung minggu macam tak sah kalau takde plan bawa anak pergi jalan-jalan especially waktu cuti sekolah. Hehehe... dah macam rutin pulak sejak 2 tahun ni. Tak kisahlah even jalan dekat area rumah sekalipun atau setakat pergi tengok wayang cerita terbaru. Tapi itulah yang kita orang akan buat (dan terus buat! Tihihi). Ni jelah salah satu family activity yang secara tak langsung boleh tambah pengalaman dan belajar banyak benda baru. Anak-anak-anak memang faham yang mama dia yang sorang ni tak suka kalau dorang duduk hadap gadget atau tengok cerita kartun lebih dari 2 jam sehari.

Walaupun si Abang Long dan Kak Ngah dah mula keluarkan ayat-ayat memujuk yang kawan-kawan dorang dah ada handphone. Sorry bebeh! Mama tetap tak berganjak dari keputusan yang boleh ada smart handphone bila umur 18 tahun je. Bila mama sebut macam ni terus keluar ayat, "Yeay, Abang lagi 8 tahun je lagi." Tengok positif kan anak i. Hehehe. Even buat group Whatsapp bersama kengkawan sebaya pun cuma boleh pakai nombor Papa je (take it or leave it! Perghhh! Military habis! Hahaha) Bukan apa, pada i kalau tak control dari sekarang, nak tunggu jadi buluh Lemang baru nak sekat itu ini. Haishh! Memang payahlah. Lagipun banyak lagi dunia dekat luar sana yang boleh explore, belajar, tengok dan fahami. Hidup ni bukan senang nak jadi senang tau (tarik napas...)

Tengah fikir-fikir location mana lagi tempat yang kami tak pergi lagi dekat Kuala Lumpur atau Selangor, tiba-tiba i teringat Kuala Lumpur Bird Park. Best jugak bawak dorang jalan-jalan tengok binatang, lagipun dua orang anak i, Kak Ngah dan Adik memang jenis suka sangat dengan binatang. Sikit-sikit nampak je binatang yang cute mesti jerit dekat mama, "comey!....comey! Comelkan Mama?" Dan selagi mama cuma tersenyum dengan keletah dorang dan tak sebut jawapan "iyee....." Selagi tu jugak diulangnya tanya. Ni belum bawak pergi Johan's and His Cat ni. Hehehe... Silap-silap suara dorang je yang berkumandang.

INFO / ULASAN / REVIEW BERKAITAN KUALA LUMPUR BIRD PARK / TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

1. Lokasi Kuala Lumpur Bird Park ialah berhampiran dengan Taman Tasik Perdana, Planetarium dan Muzium Islam. Susah-susah korang gunakan Waze je k.

2. Harga tiket bagi Dewasa yang ada i/c biru Malaysia ialah RM27.00 dan Kanak-kanak pula ialah RM13.00.

3. Apa yang menariknya bila masuk ke Kuala Lumpur Bird Park korang akan disambut dengan pelbagai jenis burung yang bebas berkeliaran. Ada jugak beberapa burung yang diletakkan di dalam sangkar.

4. Selain tu, kalau korang nak beri makanan kepada ikan-ikan dekat kolam, korang boleh beli melalui vending machine. Sorry, i tak ingat berapa ringgit satu bekas kecil makanan ikan tu sebab kita orang tak beli pun. Hehehe...

5. Terdapat pecahan 3 atau 4 bahagian di dalam Kuala Lumpur Bird Park ni. Yup! Boleh tahan besar jugaklah kawasan dia. Alang-alang dah bayar mahal kenalah ronda sehabis-habisnya. Tempat rehat atau wakaf banyak juga disediakan dekat sini. Jadi, kalau kaki lenguh berjalan bolehlah berehat betulkan urat kaki semua.

6. Pastikan korang bawa baju hujan, topi, payung dan bekalan air waktu masuk ke sini. Kang, tak pasal-pasal basah lencun bila hujan turun. Takkan nak keluar dari situ terus balik rumah kan? Rugi wooo.... Bekalan air pulak untuk korang hilangkan dahaga. Memang ada gerai-gerai kecil yang jual makanan ringan dan minuman dekat dalam Kuala Lumpur Bird Park ni tapi korang umpama macam dah bertukar jadi makhluk pelancong asinglah kena bayar mahal dari harga dekat luar.

7. Kawasan dia memang cukup luas dan selesa, cuma kalau sesiapa yang datang sini dengan anak yang masih kecil i tak berapa suggest untuk korang masuk. Bukan apa, ada beberapa laluan dia yang tak berapa sesuai untuk bawa stroller, ditambah lagi kalau datang waktu musim hujan. Kesian dekat baby tau nanti dorang banyak menangis daripada bergelak gumbira. Silap-silap korang pulak yang menangis!

8. Untuk keseluruhan i bagi 3.6 bintang bagi Kuala Lumpur Bird Park. Not bad jugak kalau nak bawa anak-anak belajar pasal burung dan binatang. Mak dan ayah macam biasalah layankan aje. Yang penting dorang happy.

Kalau nak tengok gambar bolehlah browse dekat instagram i bernama @iamreena dengan hashtag #reenajalanjalankualalumpur. Sambil-sambil tu, korang boleh tengok jugak video yang i buat untuk kenang-kenangan anak-anak-anak i. Bolehlah bayangkan macam mana keadaan sebenar Kuala Lumpur Bird Park bila korang nak pergi nanti.




Oct 11, 2016

RESEPI : CENDAWAN GORENG RANGUP

Hari tu i ada upload gambar Cendawan Goreng dekat Facebook i untuk snack makan malam depan tv. Sambil tu acah-acah tanya kengkawan i samada dorang nak resepi ke tak? Ramai pulak yang bagi komen 'nak'. Sambil tu share jugak dekat group page masak-masak yang i join, beriya nak share ramai pulak yang complain kata tak boleh nak tengok! Hukalohhh! Hahaha! Patutlah dorang tak boleh tengok. Rupa-rupanya i terlupa nak tukar privacy untuk posting Resepi Cendawan Goreng i dekat Facebook tu daripada private kepada public. Tihihi sowiii...

Nak beli dekat luar pun boleh tahan mahal Cendawan Goreng ni kan? Kengkadang tu, bila dah beli... punyalah sejuk dingin nak makan. Hadoiii... buat keciwa je. Ni, i beli Cendawan Tiram ni waktu offer dekat Tesco cuma RM1.99 je satu paket. Apalagi... terus borong 5 paket. Kemain tamaknya! Hahaha! Biar puashati goreng puas-puas.

So, untuk kengkawan blog i. I letakkan Resepi Cendawan Goreng Rangup ni special untuk korang pulak k. Yang penting masak sedap-sedap. Hehehe... Kalau best, sharelah dekat kengkawan lain. Takmo copy paste tau! Berdosa!



RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP

Bahan-bahan :

2 paket cendawan (diracik guna tangan)
2 biji telur (dipukul)
1 kotak tepung jenama Kentucky atau tepung serbaguna jenama Nona

Cara-cara :

1. Panaskan minyak pada kuali.
2. Tuang telur yang dipukul pada cendawan yang diracik tadi. Gaulkan perlahan-lahan dan ketepikan.
3. Masukkan sedikit cendawan yang bergaul telur pada bekas lain. Gunakan penyepit. Tuangkan sedikit demi sedikit tepung Kentucky/tepung serbaguna pada cendawan tersebut supaya ianya bersalut sekata.
4. Kemudian, gorengkan pada minyak yang panas. Ulang proses no. 3 sampai semua cendawan habis digoreng.

Selamat mencuba.