Blogger templates

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Oct 17, 2016

RESEPI : SOTONG MASAK HITAM SEDAP DAN RINGKAS

Hai korang! Resepi datang lagi... Hahaha! Sebenarnya i pun tak pasti dekat mana asal-usul masakan Sotong Masak Hitam ni tau. Tapi memang kebanyakan orang Johor memang tahu masakan jenis ni dan i sendiri dah makan sejak kecik lagi. Jangan salah sangka tau, resepi Sotong Masak Hitam ni takde kaitan dengan resepi Sotong Masak Kicap walaupun kedua-duanya berwarna hitam. Hehehe...

Apa yang menyebabkan masakan ni jadi warna hitam ialah disebabkan ink hitam dari sotong ni sendiri. Macam tak logik je kan, ada ke makan ink sotong?!!! Hahaha! tahu mesti korang nak sebut disgusting lah tu! Relaxlah tak yah nak show-off sangat muka pelik you all tu, hahaha... belum cuba belum tahu tau. Dah cuba masak lepas tu makan hambik ko, dua kali tambah nasi pun tak cukup. Tapi seriously memang sedap. Nak masak pun taklah leceh mana. Yang penting selalunya bila masak Sotong Masak Hitam ni, i selalu buat sup sayur atau cendawan. Nak lagi best tambahlah dengan sambal belacan sekali. Meletop! Kebabom sangat... Sampai nak bagi jiran sebelah rasa masakan pun macam tak sanggup nak lepaskan lauk-pauk ni semua. Ok, jom tengok apa bahan-bahannya dan cara nak masaknya.

BAHAN-BAHAN :

7-8 ekor Sotong sederhana besar (dibersihkan dengan asingkan kepalanya dari badan - bukan buang tau! Kemudian baru buangkan tulang serta kantung pasirnya tapi JANGAN BUANG selaput ink hitam yang terdapat pada sotong. Lepas tu, potong kecil.
1 cawan air (anggaran)
1 batang Serai diketuk
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DIKISAR
1 ulas Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
1 batang Cili Merah (kalau suka pedas lebihkanlah sebatang lagi)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Tuang sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan. Tumis bahan yang dikisar dan masukkan air. Biarkan sebentar sehingga pecah minyak dan masukkan sotong.

2. Gaul kesemua bahan. Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan serai. Gaul sekali lagi sehingga sebati. Agak-agak dah mendidih, pekat dan likat, bolehlah padamkan api dapur.

3. Yeay! Siap... kan dah kata kejap je masaknya... Hehehe...


Kalau rasa tak berapa nak nampak macam mana 'kacang goreng'nya masakan ni. Boleh je tengok dekat video yang i buat ni k. Selamat memasak semua!





Oct 11, 2016

RESEPI : CENDAWAN GORENG RANGUP

Hari tu i ada upload gambar Cendawan Goreng dekat Facebook i untuk snack makan malam depan tv. Sambil tu acah-acah tanya kengkawan i samada dorang nak resepi ke tak? Ramai pulak yang bagi komen 'nak'. Sambil tu share jugak dekat group page masak-masak yang i join, beriya nak share ramai pulak yang complain kata tak boleh nak tengok! Hukalohhh! Hahaha! Patutlah dorang tak boleh tengok. Rupa-rupanya i terlupa nak tukar privacy untuk posting Resepi Cendawan Goreng i dekat Facebook tu daripada private kepada public. Tihihi sowiii...

Nak beli dekat luar pun boleh tahan mahal Cendawan Goreng ni kan? Kengkadang tu, bila dah beli... punyalah sejuk dingin nak makan. Hadoiii... buat keciwa je. Ni, i beli Cendawan Tiram ni waktu offer dekat Tesco cuma RM1.99 je satu paket. Apalagi... terus borong 5 paket. Kemain tamaknya! Hahaha! Biar puashati goreng puas-puas.

So, untuk kengkawan blog i. I letakkan Resepi Cendawan Goreng Rangup ni special untuk korang pulak k. Yang penting masak sedap-sedap. Hehehe... Kalau best, sharelah dekat kengkawan lain. Takmo copy paste tau! Berdosa!



RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP

Bahan-bahan :

2 paket cendawan (diracik guna tangan)
2 biji telur (dipukul)
1 kotak tepung jenama Kentucky atau tepung serbaguna jenama Nona

Cara-cara :

1. Panaskan minyak pada kuali.
2. Tuang telur yang dipukul pada cendawan yang diracik tadi. Gaulkan perlahan-lahan dan ketepikan.
3. Masukkan sedikit cendawan yang bergaul telur pada bekas lain. Gunakan penyepit. Tuangkan sedikit demi sedikit tepung Kentucky/tepung serbaguna pada cendawan tersebut supaya ianya bersalut sekata.
4. Kemudian, gorengkan pada minyak yang panas. Ulang proses no. 3 sampai semua cendawan habis digoreng.

Selamat mencuba.



Apr 6, 2013

Resepi : Sambal

Sebenarnya i tak sure nak letakkan nama apa untuk resepi sambal yang i nak kongsikan dengan korang ni. Resepi Sambal Cili Padi Ikan Bilis kah? Sambal Cili Merah kah? Atau Sambal Cili Goreng kah? Haishhh... fikir punya fikir punya fikir, i letak jelah nama resepi sambal. Kalau dah bahan-bahannya ada cili hidup lepas tu, bila siap je bertukar jadi colour merah menyala mestilah berkaitan dengan sambalkan? Takkanlah air sirap kot. Hehehe... Tapi andai kata ada antara korang yang tahu nama real sambal ni ke. Apa kata korang pulak bagitahu dekat i. I ni cuma tahu masak je (ikut citarasa tekak sendiri), nama-nama resepi tak pernah langsung nak ambil kisah sangat. Janji hasilnya sedap. Kalau tak sedap takde maknanya i nak heboh dekat dalam internet ni hah. Hahaha!

Sambal ni, adalah favourite hubby dan anak i yang sulong. Nilah request dorang setiap kali bila i masak ubi rebus goreng untuk minum petang (nyam-nyam). Kalau korang nak ubah citarasa makan dengan makanan lain pun boleh jugak macam makan dengan nasi ke, cicah goreng pisang ke, cicah jemput-jemput ke. Perghhh... memang best tahap marvelous!

Jom kita tengok, apa benda yang kena ada sebelum terhasilnya sambal macam yang i masak dekat gambar bawah ni. Teringin nak lagik meletop sampai berasap telinga, korang tambah jelah kuantiti cili tu. Selamat mencuba semua!


Bahan-bahan :

5 batang cili merah (dibuang biji)
5 batang cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis (anggaran je, boleh tengok gambar dekat bawah untuk lebih jelas)
1/2 inci halia
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (agak-agak dalam setengah sudu kecil je)
Sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan


Cara-cara :

1. Kisar / blend cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan halia bersama-sama tiga sudu besar air (air ni bertujuan untuk memudahkan proses melumatkan segala bahan-bahan, kang berketul-ketul pulak jadinya).

2. Kemudian, panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaulkan kesemuanya dan letakkan gula, garam dan serbuk kunyit.

3. Tutup api selepas sambal kelihatan likat dan masak. Yeay! Ready untuk dibaham.

Senang gilakan?!! Hah, apa lagik. Takde alasan untuk katakan memasak itu leceh (ewah! Malas ye korang?). Finger click gitu tau. Tak percaya? Cuba buat. Hehehe.







p/s : lapar pulak tengok masakan sendiri (telan air liur).

Feb 12, 2013

Resepi : Badak Berendam

Assalamualaikum kawan-kawan!

Dah lama kita tak main masak-masak kan? So, kali ni i nak kongsikan dengan korang step by step resepi badak berendam untuk korang cuba. Kalau i boleh buat, korang pun mesti boleh punya! (Ewah.... semangat badak berendam gitu. Hehehe). Badak berendam ni kalau korang nak tahu, adalah antara kuih favourite i untuk berbuka sepanjang bulan Ramadhan. Tapi peliknya kalau bulan-bulan lain, takdelah i hairan sangat nak makan kuih ni. Nak sebut nama 'badak' pun tak teringat. Memandangkan stok badak berendam ni selalu sangat jadi masalah untuk i dapatkan dekat mana-mana pasar / bazaar Ramadhan especially yang betul-betul kena dengan tekak i yang rakus ni. Jadi i ambil keputusan nak cuba buat sendiri dekat rumah (baru puas hati ku!) Apa taknya bila beli kuih badak berendam ni asyik terjadi konflik dalam diri je. Yelah, karang kalau beli banyak-banyak takut tak sedap pulak. Bila dah belinya sikit, tak puas pulak makan sebab cepat sangat habis gara-gara sedap (hadoi! Masalah betul! Hahaha).

Sekarang bila dah terror buat sendiri (eceh-ceh-ceh). Rasanya, i dah tak hairan sangat dah dengan mana-mana kuih badak berendam dekat pasar / bazaar Ramadhan tu. Lagi best, badak berendam yang i buat ber colour pink gitu (kau hado? Hehehe). Lepas tu bila anak-anak i tanyakan apa nama kuih yang i buat ni, automatik otak i berikan nama cute - pinky hippo. Keh-keh-keh... Kang bila sebut nama badak berendam, letih pulak nak bersoal-jawab dengan dorang. "What is badak, Mama?" "Badak should live in a zoo" "Why we can eat this badak, Mama?" Adehhh... nanti badak tah ke mana, mama yang kelaparan tak dapat makan badak gara-gara menjawab soalan genius dorang nanti. So far, bila i sebut nama pinky hippo, dorang kekaguman dengan muka excited. Siap tak sabar nak tunggu macam mana rupa pinky hippo ni bila masak. Hahaha! Yes, teknik nama baru menjadi nampaknya. Senang kerja mama. Kihkihkih.

Macam biasa, jemput-jemputlah masuk dapur i yang tak seberapa ni. Anyway resepi ni i refer dari Kak Besah (thanks Kak, memang terbaik lah!) Ada 3 langkah yang perlu korang ikuti. Jom!


LANGKAH 1

Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :

Sebiji kelapa parut (ambil bahagian putih yang lembut je tau)
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :

1. Gula merah dimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat (agak-agaklah saiz yang sepatutnya untuk badak berendam korang. Jangan buat sama besar dengan badak sebenar sudah. Hehehe...)


LANGKAH 2

Bahan-bahan Untuk Kuah :

2 1/2 cawan santan
2 sudu tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-cara untuk buat Kuah :

1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, lebih kurang 10 minit dan ketepikan.


LANGKAH 3

Bahan-bahan (untuk 20 hingga 25 biji) :

2 cawan tepung pulut
Lebih kurang 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (i gunakan 1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil pandan flavour / perisa pandan jenama Nur)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
2 helai daun pandan disimpul
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.
2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
4. Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah (hoorey!)

Untuk gambaran lebih jelas bagaimana proses Badak Berendam dilakukan. Silalah lihat gambar di bawah.

Good luck!












p/s : Comel tak pinky hippo i? Hehehe...

Dec 20, 2012

Resepi : Lasagna

Semalam i dah bercerita pasal Cheese a.k.a Keju (dekat entri yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/rsmy-house-of-real-beriani.html). Dan hari ni i nak bercerita sekali lagi pasal makanan yang ada kaitan dengan Cheese jugak. Amacam suka tak korang? I tahu kalau sebut je perkataan Cheese confirm semua tunjuk muka teruja dalam kelaparan. Walaupun Cheese tu sebenarnya adalah penyumbang kepada tumBESARan, semua pakat buat-buat macam tak perasan je ayat tumBESARan tu. Keh-keh-keh... Cuma yang bestnya kali ni, kisah Cheese yang akan i ceritakan akan disertakan sekali dengan step-by-step memasak. So, demi Cheese... moh la kita ke dapur berperang dengan kuali bagai. Kiranya lepas kita bakar lemak, kita ternak balik semula lemak tu siap bagi triple extra large lagi. Heee...

Kalau korang nak tahu Resepi Lasagna ni i selidik dari Kak Ana (thanks Kak Ana) tapi i gubah sikit-sikit supaya jadi lebih simple / ringkas. Lagipun pada i, bila kita cepat habis masak, cepatlah kita kerjakan hasil masakan kita tu atau dalam erti kata lain yang kurang sopan, cepatlah kita melantak makanan tu (oppss... hehehe). Dah-dah, tak nak bebel banyak-banyak jom belek resepi lasagna simple yang super duper sedap dekat bawah ni. Good luck korang. Majulah perut demi lasagna tercinta. Sekian.

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

Bahan untuk Dicelur :

7 keping instant lasagna (dari jenama San Remo)

Bahan untuk Menggoreng :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 bungkus daging cincang 400 gram (i guna jenama Azmy)
2 biji tomato
Suku bahagian lobak merah diparut (kalau suka lebih, boleh lebihkan)
Beberapa helai daun sup
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar perencah pati ayam (i guna jenama Tumix)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan untuk Sos Putih :

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (i guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (i guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Bahan Tambahan Wajib untuk Menyedapkan Lasagna :

Sedikit Lada Hitam / Black Pepper yang ditumbuk kasar atau beli yang dah siap dalam botol
Sedikit Oregano (jenama McCormick)
1 bungkus Parutan Keju Mozzarela / Shredded Mozzarela (jenama Emborg)


Cara-cara :

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas (yang baru lepas mendidih). Pastikan kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.

2. Cincang bawang merah, bawang putih, cendawan butang, tomato dan daun sup. Manakala lobak merah diparut halus.

3. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cendawan butang, tomato dan daun sup yang dicincang tadi bersama dengan lobak merah dan daging cincang. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila masak (pastikan ianya tidak terlalu kering). Ketepikan.

5. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

6. Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. I gunakan sudip rata untuk elakkan lasagna daripada terkoyak.

7. Sediakan bekas untuk membakar lasagna. I gunakan bekas kaca berukuran 6" x 9" x 2.5". Untuk pengetahuan korang, bahan-bahan yang disediakan di atas akan menghasilkan 3 layer / lapisan lasagna.

8. Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

9. Ulang sekali lagi langkah 8 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.

10. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC  selama 35 hingga 40 minit.

Peringatan :

Lasagna yang baru dikeluarkan kebiasaannya memang lembik dan susah untuk dipotong. Jadi kalau nak kekalkan shape / rupa paras lasagna supaya lebih kemas bila dipotong, korang biarkan dahulu lasagna supaya sejuk.

Tips atau Nota Tambahan :

I ingat lagi, pengalaman pertama memasak lasagna boleh dikatakan fail dan tak menjadi. Frustnya... i rasa waktu tu, apa taknya kepingan lasagna yang i buat bukannya jadi lembut tapi keras. Lepas tu bahan-bahan untuk daging cincang pun, punyalah masin dan masam. Haishhh... pelik juga, sedangkan i ikut sebiji-sebijan resepi yang ada pada kotak San Remo lasagna instant tu.

Akhirnya barulah i faham, untuk menghasilkan lasagna yang lembut, sos putih memainkan peranan penting dalam kehidupan lasagna (eh, kehidupan ke? Hehehe). Maksudnya lagi banyak sos putih, lagilah menjamin kelembutan lasagna (auwww...) Tapi macam mana pun i suka cara Kak Ana supaya celurkan terlebih dulu lasagna sebelum dibakar. I rasa ini adalah cara yang lebih selamat. Sebab lasagna ni quite degil jugak nak lembut walaupun pada kotak arahan ada dinyatakan yang kepingan lasagna tak perlu dibuat apa-apa sebelum dibakar (ahhh... i tak nak percaya lagi instruction dekat kotak tu...)

Lagi satu, kenapa bahan-bahan daging cincang yang i buat dulu jadi terlampau masin dan masam? Sebenarnya step untuk membuat bahan-bahan daging cincang sebelum ni, kebanyakan i olah semula dari cara i memasak sos untuk spaghetti bolognese (resepi yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/aku-ni-kalo-malas-sangat-nak-masak.html). Rupa-rupanya i silap, kemasaman tomato puree bila berlawan dengan cheese, jadikan lasagna yang i buat terlampau masam dan masin. Belajar dari kesilapan, i tak gunakan lagi puri tomato tapi i gantikan dengan original tomato (sebagaimana resepi yang korang tengok sekarang ni). So, usaha tangga kejayaan. I pun tak payah lagi nak order beef lasagna dekat Domino's Pizza sebab dah terror buat lasagna sendiri (ecehhh!)


Anyway kalau ada sesiapa yang kurang faham dengan cara-cara yang i tunjukkan dekat atas. Korang bolehlah belek gambar dekat bawah ye.












Lapisan ketiga / terakhir.
Woww!!! Nyam-nyam lasagna.
Bismillahirrahmanirrahim ... jemput makan semua.

p/s : Bulan ni je dah dua kali buat lasagna. Punah diet!

Nov 15, 2012

Resepi : Ubi Keledek Bakar

Simple je kan bunyi resepi yang i nak tunjuk dekat korang hari ni. Ikutkan, i memang suka resepi yang jenis ringkas begini. Senang masak, cepat boleh makan dan yang paling penting sedap. Yang bestnya resepi simple macam ni bukan setakat orang tua je yang suka makan, budak-budak pun suka jugak tau especially bila kita sediakan untuk waktu minum petang (dah nama pun resepi simple, takut pulak kalau buat untuk makan malam, silap-silap ada pulak yang perutnya bergendang mogok sebab tak cukup makan. Hehehe...)

Kalau korang nak tahu ada kisah yang terjadi dari munculnya resepi ini. Seumur hidup i, i tak pernah makan ubi keledek jepun (atau sesetengah orang panggil ubi keledek merah). Entah macam mana satu hari tu, officemate i bawa ubi keledek bakar ni ke pejabat. Mula-mula tengok, timbul perasaan pelik, "kenapalah dia ni makan ubi keledek macam ni aje. Tak ke rasa macam mentah," hati i terasa musykil. Maklumlah selalunya orang makan ubi keledek bersalut dengan tepung ke atau pun buat cucur badak ke. Tapi bila officemate i suakan ubi keledek bakar untuk i cuba. I dengan rasa serba-salah makanlah sedikit. Haishh... tak sampai hati nak hampakan permintaan orang. Tapi yang kelakarnya, dari satu suap terus bertambah jadi dua, tiga dan empat kali suap (adeh... serba-salah lah sangat kan tadi? Hahaha). Serius, i memang tak sangka dengan keadaan rupa ubi keledek bakar yang cukup sempoi ni. Rasanya memang sedap, manis dan lembut (wuhuhu... anak siapalah yang jakun ni? Tihihi...) Jadi semenjak dah tahu betapa sedapnya ubi keledek jepun, i terus memulakan ekspedisi mendapatkan ubi keledek jepun di pasaraya yang berdekatan (alaa... dekat Jusco pun ada jual kawan-kawan).

So, kalau korang teringin nak rasa kesedapan sebenar Ubi Keledek Bakar. Jom tengok macam mana cara nak buatnya. Kalau agak-agak tak faham, korang boleh tengok gambar yang i letakkan dekat bawah. Good luck!


Bahan-bahan :

3 atau 4 batang ubi keledek jepun / merah
(kalau tukang makannya ramai, korang lebihkanlah ye. Hehehe)

Cara-cara :

1. Potong penghujung ubi keledek yang kotor (peringatan : tak perlu buang kulit).
2. Cuci ubi keledek bersih-bersih.
3. Bungkus di dalam aluminium foil.
4. Bakar dengan suhu 220℃ selama 30 minit.
5. Yeay, siap untuk dimakan.


Senang gilakan? Hehehe...






p/s : Salam Maal Hijrah kawan-kawan.

Oct 22, 2012

Resepi : Telur Separuh Masak

Resepi telur separuh masak? Aik, setakat buat telur separuh masak pun tak reti ke? Ish... tak baik cakap macam gitu tau kawan-kawan. Siapa kata senang nak buat telur separuh masak ni? Kalau tak reti nak seimbangkan suhu dan tempoh masa untuk menghasilkan telur separuh masak, silap-silap bila pecahkan, telur still mentah lagik. Nak tak nak, terpaksalah ubah menu telur separuh masak jadi telur mata kerbau. Takkanlah nak buang pulak kan. Membazir nanti.

Sekarang ni pun sebenarnya banyak alatan untuk hasilkan telur separuh masak tanpa perlu bersusah-payah. Memandangkan i ni jimat-cermat orangnya (hahaha! Yelah... buat apa nak bazirkan duit semata-mata beli alatan macam ni sedangkan takdelah susah mana pun nak buatnya). Jadi i lebih suka gunakan cara tradisional sebelum kewujudan alatan untuk telur separuh masak (macam berkurun lamalah sangat bunyinya! Hahaha).

Senang je kawan-kawan nak buat telur separuh masak ni. Jom ikut masuk dapur i.

Cara-cara :

1. Sediakan periuk sederhana kecil bersesuaian dengan kuantiti telur ayam yang akan korang masukkan nanti.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Pastikan sukatan / anggaran air boleh menenggelamkan telur.
3. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ingat! Jangan masukkan telur lagi sewaktu proses mendidihkan air.
4. Selepas mendidih, tutup api periuk dan masukkan telur ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi. Tutup periuk dengan penutup serapat-rapatnya. Dan mulakan kiraan selama 10 minit dari tempoh korang menutup periuk.
5. Selepas 10 minit, angkat telur dan sejukkan dengan air paip dalam beberapa saat bagi mengelakkan jari-jemari korang melecur sewaktu proses pecahkan kulit telur.
6. Sedia untuk dimakan bersama kicap dan lada sulah (nyam-nyam!)

Betul tak i cakap, senang je kan nak buat telur separuh masak ni. Pagi-pagi breakfast dengan telur separuh masak, lepas tu cicah dengan roti Gardenia fuhhh... memang best!

Apa Khasiat Telur Separuh Masak ?

Masa zaman kecik-kecik dulu, tiap-tiap pagi ibu mesti hidangkan telur separuh masak untuk i sebelum pergi ke sekolah. Tension jugak bila hari-hari hadap telur separuh masak je (biasalah budak-budak kalau tang makan benda berkhasiat memanjang semuanya tak best. Hehehe). Kata ibu, telur separuh masak bagus untuk tumbesaran dan tambahkan berat badan. So, betullah kata ibu tu. Telur kan sumber protein yang baik untuk tubuh badan terutama sekali untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Yang penting korang pilihlah telur yang ada Omega ok. Tapi untuk orang-orang tua (i maksudkan orang dewasa. Kira tualah tu kan? Hehehe) tak boleh banyak sangat makan kuning telur ya, kolestrol jadinya.






p/s : Malam nanti i akan announce untuk pemenang Giveaway. Jeng-jeng-jeng!

Sep 20, 2012

Resepi : Sambal Belacan

Permintaan / request untuk resepi sambal belacan ni sebenarnya datangnya dari kawan pejabat i (alololo... comel je kan, minta resepi sambal belacan. Hehehe. You know who you are). Sebab i pun tak sure samada dia dah berjaya buat atau belum resepi ni. Dan memandangkan dia pun rajin skodeng blog i (cak!) untuk tengok resepi-resepi yang i tepekkan dekat sini. Jadi, sebagai sumber rujukan i sendiri dan kawan-kawan i yang lain. I nak tunjukkan korang resepi sambal belacan style / cara i sendiri. Tak tahulah sedap ke tak untuk orang lain tapi kalau untuk i sedap jelah terutama sekali kalau makan dengan nasi panas-panas, kari ayam ke atau cicah begitu sahaja dengan timun serta mempelam. Kadang-kadang tu i gaul je sambal belacan ni dengan durian (mmm... nyam-nyam). Terpulanglah apa cara pun korang nak makan sambal belacan ni janji best! Hehehe...

Bahan-bahan (untuk satu mangkuk kecil) :

5 batang cili merah
4 batang cili padi (kalau nak lagi pedas, tambahlah lagi)
2 biji limau kasturi
Sedikit belacan sebesar ibu jari (nak bakar boleh, tak nak bakar pun boleh. I selalunya tak bakar pun)
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Cili merah dibuang bijinya (ada sesetengah orang tak suka buang, tapi terpulang pada korang). Blend / Kisar bersama-sama cili padi dan belacan dengan satu sudu besar air masak. Kalau nak tumbuk semua sekali pun boleh juga tapi tak perlu tambahkan air masak sebab takut terpercik.

2. Selesai blend atau tumbuk, perahkan air limau kasturi, gaul dan taburkan bersama-sama sedikit garam. Kadar kemasinan sambal belacan korang bergantung kepada berapa banyaknya garam, jadi berhati-hati ye.

3. Siap untuk dihidangkan (hoorey!)

Amacam, senang tak buat sambal belacan? Senang je kan? Selamat mencuba kawan-kawan!



p/s : Makan nasi tanpa sambal belacan ni memang tak ceria hidup. Kalau ada, fuhhh... tak sedar dah berapa kali tambah nasi (eh!)

Jul 29, 2012

Resepi : Mee Bandung

Mee bandung merupakan makanan kegemaran i sejak kecil lagik. Siapa jadi orang Johor, memang rugilah kalau tak makan makanan Johor (senang cakap rugi besarlah. Hehehe). Tempat asal untuk mee bandung ni ialah di Muar, Johor. Hah... nak baca sejarah asal mee bandung? Meh i ceritakan dekat korang.

SEJARAH MEE BANDUNG

Bandung atau pun sebandung bererti sepasang atau serangkai. Contoh : Ayam ~ dua anak ayam yg keluar dari satu biji telur; Rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu.

Sejarah Mee Bandung menjadi cerita rakyat. Kisahnya, apabila seorang ibu membuat masakan mee yang pada waktu itu belum mempunyai nama lagi atau mee rebus sahaja. Insiden itu berlaku di Muar, Johor. Proses memasak mee itu biasanya diakhiri dengan memecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam adunan yang sedang mendidih. Telur itu tidak perlu dikacau. Alangkah terperanjatnya ibu itu apabila mendapati isi telur itu ada dua. Cerita sebiji telur berisi dua menjadi perbualan umum. Lantas tersebarlah cerita mee telur berbandung. Dan akhirnya Mee tersebut menjadi makanan yang disukai ramai di Muar. Sehinggalah sekarang Mee Bandung telah terkenal di seluruh Malaysia.

Diolah oleh ReenaOnline
sumber : meebandung-muar.blogspot

I rasa dekat Johor ni semua makanannya best-best belaka. Dan inilah antara punca utama penyumbang kepada 1 hingga 2 kilo berat badan i setiap kali balik kampung. Hahaha... Walaupun dekat mana-mana negeri pun dah ada masakan Mee Bandung tapi i rasa Mee Bandung yang paling sedap dan super best ialah dekat rumah ibu i. Fuhhh... setiap kali makan kalau tak bertambah sampai 2 kali (paling dahsyat pun 3 kali) memang tak sah (kih-kih-kih... puas hati betul perutku bila balik kampung. Kemain kan?) Maklumlah bila balik kampung, segala permintaan makanan akan ditunaikan oleh ibu. Bila balik rumah sendiri, jadi tukang masak sendiri, perasaan makan tu automatik jadi kurang. Sebabnya, seronok pulak tengok hubby dengan anak-anak makan bertambah-tambah (agaknya macam tulah ibu rasa kot. Terima kasih ibu).

Tapi yang kelakarnya i tak pernah minta pun resepi Mee Bandung daripada ibu untuk cuba dekat rumah. Jadi, bila rindu nak makan Mee Bandung masakan ibu, nak tak nak i terpaksa cari dekat internet. Beberapa bahan dan cara asasnya i dah tahu cuma kurang pasti apa yang patut ada dengan yang tak patut ada. Ikutkan kalau susah-susah, boleh je i beli perencah Mee Bandung untuk buat. Lagik senang kan? Tapi ish, i tak sukalah pakai perencah ni, mesti tak sama rasa macam yang ibu buat (duh... dilema betul). Akhirnya i cuba rujuk resepi hana6877 (thanks awak, resepi awak memang hampir sama dengan resepi ibu saya tau). Cuma beza resepi ini ialah i tak gunakan daging untuk masak Mee Bandung (takde sebenarnya). Macam i katakan dekat entry i yang sebelum ini, dengan udang je pun dah boleh jadikan masakan lebih manis dan berperisa.

Agak-agak kalau korang nak berbuka simple / mudah untuk hari ni, bolehlah cuba resepi Mee Bandung dekat bawah ni ye. Nilah makanan berbuka i sewaktu puasa pertama (sebenarnya dah selalu buat pun. Hehehe). Sedap! serupa macam ibu i masak (sukanya i). 

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

1 paket mee kuning
4 hingga 6 ekor udang basah
50 gram udang kering (dikisar atau ditumbuk) - pilih udang kering yang segar dan tak berbau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - i gantikan dengan 2 sudu besar cili boh jenama Puteri
2 biji keledek (saiz kecil) - direbus dan dilenyek ATAU suku cawan kacang tanah goreng (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk) - kalau tak nak letak pun takpe tapi lebihkan udang kering supaya kuah jadi pekat. - i cuma gunakan kacang goreng je (lebihkan jadi 3/4 cawan)
3 hingga 4 biji telur
5 hingga 6 helai sawi
Air rebusan daging - i tak letak pun cuma gunakan air biasa je
Beberapa hirisan daging - i tak letak
Gula, garam dan serbuk perisa (mengikut kesesuaian citarasa masing-masing)

Bahan tambahan / hiasan :

7 hingga 8 biji bawang kecil untuk dibuat bawang goreng
2 batang cili merah (dihiris nipis)
Limau kasturi / limau nipis
Tauhu goreng (dihiris nipis)

Cara-cara :

1. Celur mee kuning dengan air panas.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
4. Masukkan udang kering yang telah dikisar / ditumbuk hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan air rebusan daging, keledek lenyek/ kacang tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan.
6. Masukkan pula gula, garam dan serbuk perisa secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
7. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu.
8. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
9. Biarkan telur hingga masak / separuh masak (terpulang). Angkat / Keluarkan telur dari dalam kuali.
10. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul dan tutup api.
11. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap untuk dimakan (nyam-nyam!)

Jom, tengok gambar pulak jom.







Mee Bandung tengah siap sedia dihidangkan untuk berbuka. 
Air ribena, air favourite sepanjang berbuka.

p/s : Walaupun dah tahu masak sendiri mee bandung, balik kampung tetap request ibu masak mee bandung jugak (hehehe....) Kan dah kata, masakan ibu tetap paling best!

Jul 1, 2012

Resepi : Sup Tulang Merah

Kesian officemate i, mesti dia tertunggu-tunggu resepi Sup Tulang Merah yang i janji nak pos dekat blog i. Sebelum tu, i ada bawa ke pejabat untuk tunjuk dekat dorang macam mana rupa sebenar Sup Tulang Merah dan rasanya. Kebanyakan daripada dorang tak pernah tahu pun kewujudan resepi ni dan dorang puji yang masakan ni memang best. Ikutkan i pertama kali tahu Sup Tulang Merah bila dapat jemputan dari geng baik untuk kendurinya di Rawang. Geng baik i jamu kita orang sekeluarga makan Nasi Beriyani dan Sup Tulang Merah (Gear Box). Fuhhh... memang terangkat habis! Tak puas nak makan banyak-banyak. Hahaha...

Sejak dari hari tu, i cuba cari resepi Sup Tulang Merah. Nanti bila-bila senang boleh buat sendiri. Hehehe... Tak payah nak tunggu kenduri lagik. Jadi, i dengan berani-berani takut cuba resepi dari As75 (As75, kita tumpang pos sini ye. Macih!). Tengok komen dari orang ramai hasil yang dorang buat dari resepi As75, memang terbaik. Takut jugak kalau hasil resepi ni tak sama macam yang i makan dekat kenduri geng baik i tu. Tapi alhamdulilah, memang sama dan best sangat resepi ni. Orang pertama yang i akan tunggu untuk berikan jawapan sedap ke tak, mestilah hubby i. Hehehe... Kalau hubby dah kata sedap, automatik i approve yang resepi ni memang sedap.

Untuk resepi  ni, korang jangan risau selain boleh gunakan Gear Box (tulang kambing) atau tulang lembu sebagai bahan utamanya. Korang jugak boleh tukarkan untuk guna daging lembu, daging kambing atau ayam je. Rasanya tak berubah pun, tetap super sedap (wah... dah berapa kali i sebut perkataan sedap ni? Hehehe...) Bertambah best, korang boleh makan Sup Tulang Merah samada dengan Nasi Putih, Nasi Beriyani, Nasi Tomato, tak pun dengan roti je (nyam-nyam-nyam).

Ok, jom kita tengok resepi nak? Agak-agak tak faham i ada sertakan gambar sekali.

Bahan-bahan (untuk 5 orang makan) :

1kg tulang kambing / tulang lembu / daging kambing / daging lembu / ayam
1 senduk cili kering / cili boh (i guna 3 sudu besar cili boh jenama Puteri)
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 tin tomato puri (220 gram)
1/2 botol sos tomato (435 gram)
2 biji telur - di kocok guna garfu
2 sudu besar tepung gandum - dibancuh dengan anggaran 1/2 cawan air
2 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan hiasan :

Hirisan lada hijau
Bawang goreng
Daun pasli (parsley)

Cara-cara :

1. Tulang atau daging dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama cili boh / kering. Setelah naik minyak masukkan tomato puri, garam dan gula.
3. Masukkan daging / tulang yang telah direbus bersama air rebusan tadi, biarkan mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok.
6. Yeay, siap! Sedia untuk dimakan.

Senang je kan? Hah, apa lagik tunjukkan skill memasak korang. Masterchef pun kalah tau (pinjam kata-kata anak i). Hehehe...











p/s : To hajar... malam ni bolehlah masak ye. Hehehe...