Wehh~kejap je dah nak raya kan? Mesti korang semua dah start shopping macam-macam sempena raya ni kan? Maklumlah, jawapan standard kalau tanya mesti korang akan jawab "Alaa~apa salahnya setahun sekali je." Kalau tanya aku pulak, hah~jangan buat muka tak percaya. Serius, aku memang dari dulu sambut raya jarang nak beli macam-macam benda. Baju kurung? Sehelai je aku beli, takpun recycle je baju baru aku beli sempena majlis kahwin sedara-mara aku sebelum ni. Kuih raya? Haha~bab ni, ramai tukang jual kuih selalunya frust nonggeng dengan aku. Hey! Bukan kedekutlah. Berjimat-cermat pun bukan. Actually aku ni allergic dengan marjerin. Hah! Nak kata aku bagi alasan lah tu. Haha~tak tipulah.. aku betul-betul allergic dengan marjerin ni. Masalahnya allergic ni, bukan yang naik rashes tu tapi allergic aku ni mengakibatkan diarrhea *atau nama busuknya aku senang kena cirit-birit :P hihi~* So, sebab tulah, selalunya time-time raya aku lebih suka beli kerepek je. Kalau nak suruh aku beli kuih sempena raya ni, better korang jual kerepek dekat aku k. Kuih-muih aku tak pandang *hihi~eksen sungguh*
*source from google*
Handbag raya, kasut raya, mekap raya, contact lens raya. Benda-benda ni semua aku dah ada dah. Tak kisahlah walaupun bau kedai dah tak melekat lagik dekat barang-barang tu semua. Janji pada aku, barang tu still ok dan boleh pakai lagik. Lainlah kalau dah habis ke atau kebetulan habisnya ngam-ngam dah nak raya ke. Yup, aku memang pergi beli. *Wahh! Statement kaki shopping yang kurang berbelanja waktu dah nak raya memang meraguikan? haha~* Tapikan aku rasa macam nak beli satu je barang baru sempena sales raya ni. Emm~ nak beli handbaglah eh, bukan handbag tapi tote besar. Memandang tote besar yang aku usung ke sana ke mari ni macam dah lusuh je. So, hihi~wajiblah di beri napas baru *chewahh~:P*
Shopping raya untuk anak-anak aku pun jarang jugak aku beli *haishh~aku ni semuanya takde langsung barunya untuk raya. Mau bankrupt shopping complex kalau jual sempena raya dekat aku ni haha~* Sebab apa aku jarang beli? Sebab ada antara baju yang aku beli waktu sales sebelum raya banyak yang tak sempat nak pakai, so, aku gunakan jelah untuk raya nanti. Baju kurung atau baju melayu, aku tak beli pun sebab dorang ni cepat sangat membesar, macam rugi je *haii~bertuah betul sape yang kahwin dengan aku ni. Semua barang malas nak beli baru. Ekekeke~* Lagipun anak-anak aku ni cepat kena rashes kalau pakai baju-baju macam ni *nak pakai baju semua sexy-sexy memanjang aje tihihi~* Nasiblah aku ada sorang je anak dara. Kalau tiga-tiga anak aku semuanya anak dara kompom semuanya melaram kalahkan mama dia ni *haipp~no..no..no*
Story pasal baju kurung dengan baju melayu tadi. Kalau korang nak tau, aku ada gak teringin nak jahit sendiri je baju kurung atau baju melayu untuk anak-anak aku ni. At least bergerak lamalah sikit mesin jahit Janome yang aku beli tu. Takdelah setakat jahit simple-simple je. Ikutkan first plan aku waktu beli mesin jahit Janome tu aku nak belajar menjahit dengan giat Maranya. Tapi asal sikit aku nak buat pola ke, baru nak bentang kain nak potong mana-mana yang patut atau nak lukis line mana-mana yang patut. Ada aje assistant yang datang jengah sambil buat muka comel *haishh~* Last-last, aku lipat kain balik. simpan semua alatan menjahit, pergi sambung buat crochet. Nampaknya perusahaan Crochet aku jelah yang berjalan dengan aktifnya *alhamdulilah~* Takpelah kan :) tak lama lagik bila dorang dah besar sikit, kompom dorang malas nak kacau aku lagik. Waktu tu, aku nak golek-golek atas kain yang aku nak jahit tu pun sebelah mata pun dorang tak pandang haha~* Lagipun aku sukalah tengok kain-kain Japanese Cotton, English Cotton yang ada bunga comel-comel tu. Geram je rasa. Nak beli yang dah siap, mahal nak mampuih! Takpe-takpe kena sabar k. Takmo gelojoh-gelojoh.
Macam mana pun, aku nak share dengan korang antara link-link yang aku jumpa untuk Tutorial Baju Kurung Kanak-Kanak. Eee~bila tengok tutorial ni, kaki aku dah start macam nak tekan pedal je rasa haha~ bukan tekan pedal minyak kereta k *kau nak pergi mana? haha~* tapi tekan pedal kaki mesin jahit Janome aku tu ekekeke~
D Itsy Arty Craft Corner
Pink Goodness
My Crazy Art Zone*goshh~i'm adore her lah*
Untuk Tutorial Baju Melayu Kanak-Kanak aku tak jumpalah pulak *sob..sob..sob sedihh~dahlah aku ada tiga orang superhero (termasuk hubby aku daa~ haha)* Takpe, kalau aku jumpa aku bagitau korang k.
p/s : Selamat bershopping baju baru korang semua! xoxo
0 Say (s):
Post a Comment
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)