Blogger templates

Aug 20, 2011

Bake With Yen

Bake With Yen ni rancangan memasak ke?
Hehe~mesti first impression korang macam tu kan?
Sebab saya pun memula dengar nama ni pun rasa pelik.
Sebenarnya Bake With Yen ni ialah Kedai menjual segala bahan-bahan / ingredient untuk membuat kek atau kuih.
Segala macam bahan-bahan ada dekat sini, harga dia pun lagik murah daripada kedai biasa. Barang-barang macam bekas acuan kek, acuan kuih, sticker untuk tampal atas cupcake, alatan membuat kuih dan lain-lain lagik pun ada jual dekat sini. Kiranya complete all-in-one lah. Janji korang tau jalan keluar *hehe*.

Untuk korang yang nak buat bisnes kek ke, cupcake ke, atau nak buat kuih-raya ke, sesuai sangat pergi dekat sini. Yang penting korang kena tahu apa bahan-bahan yang korang nak beli sebab korang kena cari sendiri. Kalau waktu tak ramai orang bolehlah korang tanya orang yang jual tu mana tempat nak ambil bahan-bahan yang korang nak tu. Tapi bila kena waktu peak hour, perghh.... macam tin sardin jugaklah jadinya. Sebab kedai dia takdelah besar mana pun. So, better tak payah tanya sebab korang takkan dilayan *berdasarkan pengalaman sendiri*.

Ada 4 cawangan untuk Kedai Bake With Yen ni yang saya google, alamatnya dekat bawah ni. Tapi saya perasan ada sesetengah orang kata Bake With Yen dah buka cawangan dekat Bangi. Cuma saya tak dapat address lengkap tempatnya. Tempat yang saya biasa pergi dekat area Lorong Haji Taib, Chow Kit.

pic credit to KLUE

Bake With Yen (KLSdn Bhd

No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu Bandar Puteri
47100 Puchong, Selangor (Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Phone: 03-8060 1828


No. 6, Jln Ss24/13, Taman Megah
47301 Petaling Jaya, Selangor
Phone: 03-7804 9361 


33, Lorong Haji Taib Satu, Kuala Lumpur
50350 WP Kuala Lumpur
Phone: 03-2692 7623

Pasar Besar Ttdi TS 123 Jalan Wan Kadir
60000 Kuala LumpurPhone: 03-7727 6073 


 Ini pic antara barang-barang yang saya beli dekat Bake With Yen. Tengoklah apa yang saya jumpa. Saya sangat excited tau!

Acuan / Mould Hello Kitty ni RM12 je. Murahkan? 






p/s: Sempena dah nak raya ni, jom kita masak kuih / kek sendiri. Tak tahu resepi? Kita google aje. Hehehe.

21 comments:

  1. bila mau kasi rasa nie sis...
    tak dulik, nak gak sepotong dua kek u tu..

    ReplyDelete
  2. @rasp Bahaha, baek bos. Nanti kalau jadi, kita senyap-senyap makan berdua je tau. Bole?

    ReplyDelete
  3. Thank atas info kedai baker kt puchong... Nnti sy pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome, selamat mencari bahan-bahan untuk buat kuih / kek :)

      Delete
  4. Kak, nak tanya ni. Barang2 dia ada tak jual borong? Contohnya mcm tepung, butter. Murah x kalau borong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... untuk harga runcit pun memang dah murah. Untuk borong akak tak sure pulak. Sorry ye :)

      Delete
  5. mmg bake with yen ni best... dulu i used to bake from home..kind of a little bakery la konon2..masa tu tak kerja..now as im working fulltime, mmg jarang sgt.. i used to go to branch kat tmn megah, tmn tun (dlm pasar tu kan) and also hq kat puchong tu pernah 3 kali attend the short classes with my cousin.
    but then alternative for another good baker supplies, i go to LMC bakery world kt sgbuloh cos i live in sgbuloh..
    i suka baca ur blog and kebetulan we have similar interests esp cath kidston

    eliza mohamad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Eliza :)

      Wahhh... thanks for sharing your experience dear and thanks a lot for being in here. Hehehe... Cath Kidston memang best. Agak-agak awak tahu tak dekat mana nak dapatkan barangan Cath Kidston selain kena order through online yang mahal kena bayar delivery. Hehehe...

      Delete
  6. may I know the operating hours of Bake With Yen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, i'm not sure but you can contact them for more details :)

      Delete
  7. kedai bake with yen ni ada jual paper bag x kak?? sy nk beli utk knduri bln 11 ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada dear :) Cubalah jalan-jalan dekat area Chow Kit. Dekat sana pun banyak jual paper bag tau.

      Delete
  8. hye. saya nak tanya. ada x sape2 yg tau dekat mana kita boleh buat custom made utk bekas cupcake.?? samada kita boleh tempah design sendiri utk cupcake tu atau kita blh print kan terus nama kita pada bekas cupcake tu..need help.. thanx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... kalau untuk tempahan custom made bekas cupcake ni saya pernah tengok dekat website luar negara, contoh macam website http://paperglitter.blogspot.com Comel-comel designnya. Kalau website dalam Malaysia tak pernah jumpa lagi :)

      Delete
  9. hello kitty tue besi ke? kalau buat cookies mesti comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Kitty ni saiz dia lebih kurang 5" rasanya kalau buat cookies confirm terus jadi cookies gergasi. Hehehe :)

      Delete
  10. akak, thanks for the info. cawangan yang jalan haji taib tu tutup kul bape eh? and dia dekat dengan ape ea?sebab hari tu pergi cari..tapi tak jumpa pun..:(
    http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kul enam ptg, kalo tak silap. dekat ngan parking. Mydin Chow Kit tautak? kalu tau senang je nak cari BWY ini.

      Delete
    2. Amanda Musa - Kalau nak kepastian better call Bake With Yen sendiri kot. Lagi senang :)

      Delete
    3. Anonymous - Thanks for the info :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)