Kalau sebut makan steak / stik/ daging panggang mesti korang dah terbayang Victoria Station yang umpama makan dalam keretapi tu kan? Sambil-sambil tu selak duit dalam poket, diam-diam buat budget, berapa kos kena 'ketuk' lepas makan dekat sini. Rasanya paling kurang pun duit dalam poket korang mesti ada RM200.00. Tu pun kalau makan berdua, macam mana kalau makan berlima (hambik kau!) budget makan untuk dua hingga tiga minggu melayang macam gitu aje. Baki duit gaji yang dah tinggal keping-keping kertas warna merah, hijau dengan biru diteruskan dengan menikmati Maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan. Perasaan hebat makan steak tak sampai 2 jam je pun, lepas makan steak terus jatuh muflis. Adeh! Kejamnya kehidupan. Kalau nak tunggu duit gaji tu membiak, sampai bila pun tak dapat merasa nak makan steak kan? Susah-susah buat jelah steak burger Ramly dekat rumah. Hehehe... jimat kos (alahai... kesiannya).
Macam mana pun, korang jangan risau. Untuk korang yang teringin nak makan western food / makanan barat. Kalau korang nak tahu, ada satu tempat dekat Kuala Lumpur ni menghidangkan steak / daging panggang di bawah harga RM20.00 untuk satu hidangan termasuk salad segar, kentang putar dan coleslaw (eh, biar betul?! Berapa kali ganda punya murah!! Bukannya harga steak mahal ke?!!) Lorr... betullah, tak percaya ke? Hehehe... Lagipun i dan keluarga dah selamat menjamu selera dekat sini tau. I bagi 4 daripada 5 bintang untuk Fiske Steakouse sebab saiz hidangannya besar, rasanya yang sedap dan harganya yang murah. Cuma mungkin suasananya tak sama macam Victoria Station yang terasa macam "Ok, aku mampu. Kau mampu ke?". Korang jugak takdelah diberi pilihan samada nak daging kurang masak ke, separuh masak ke atau habis masak ke (hehehe). Atau pun nak pilih samada nak lembu yang jenis makan rumput ke, makan gandum ke, atau lembu yang makan lembu (eh, ada ke? Tipu je. Cannibal betul, kalau lembu boleh makan lembu. Hehehe). Macam mana pun nilah antara soalan-soalan yang buat i ternganga setiap kali makan steak dekat tempat-tempat yang tak mampu nak makan selalu. Tapi kalau makan dekat Fiske Steakhouse ni, gerenti sesiapa pun mampu.
Apa-apa hal jom baca kisah / sejarah Fiske Steakhouse.
Bagi mengubah persepsi bahawa golongan berada saja mampu menikmati kelazatan sajian stik. Anak kelahiran Melaka, Chef Shamsul Kamal (yang pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La selama tujuh tahun) dan isteri, Nur Azlina Ahmad, nekad membuka restoran makanan Barat, Fiske Steakhouse, di Taman Desa Keramat yang berkonsepkan hidangan lima bintang tetapi pada harga yang sangat berpatutan.
Untuk sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki di sini, pasti tidak menyangka restoran yang dihias sederhana dan dibina di atas bekas tapak stesen teksi milik Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang ditutup sekitar tahun 2005 itu menghidangkan sajian bertaraf lima bintang. Terdapat lebih 60 menu merangkumi 15 hidangan stik, enam hidangan pasta dan spageti, salad, sup dan hidangan sampingan lain pada harga dari RM6.90 hingga RM20.00. Bagi mereka yang mahu menikmati sajian tradisional pula, Fiske Steakhouse turut menyediakan hidangan sate (RM0.70 secucuk) dan set asam pedas bersama nasi putih (RM10.00).
Resipi yang dicipta sendiri oleh Chef Shamsul selaku ketua tukang masak di restoran berkenaan benar-benar menjadi kerana sejak dibuka pada tahun 2006, Fiske Steakhouse sering dipenuhi pengunjung yang rata-ratanya datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur.
sumber : noramahpar@bharian.com.my
Alamat Fiske Steakhouse ialah :-
No. K4, Medan Selera AU2
Taman Desa Keramat
Lokasi : Berdepan Kilang Pernec Corporation
Lokasi : Berdepan Kilang Pernec Corporation
Nombor Telefon : [017] 2121 649 - Nur Azlina Ahmad
Koordinat GPS : 3°10'37"N 101°45'10"E
Waktu operasi : dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam dari hari Selasa hingga hari Ahad (tutup pada hari Isnin)
Nak tengok macam mana rupa makanan yang i makan dan apa hidangan menu (bersama harga) yang ada dekat sini, jom belek semua gambar dekat bawah.
Waktu operasi : dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam dari hari Selasa hingga hari Ahad (tutup pada hari Isnin)
Dekat sini, i pesan / order makanan seperti Special Beef Steak Grilled (harga RM16.00) dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, Coleslaw, Fresh Vege, Baked Potato, Mashed Potato dan Spaghetti. Hubby i pulak order Mixed Grill (harga RM20.00) mengandungi hirisan daging kambing, lembu dan ayam, Coleslaw, Fresh Vege, Mashed Potato, Baked Potato dan Baked Bean. Untuk anak i, dia pilih Spaghetti Bolognise (harga RM6.90). Manakala untuk manisan pula, kita orang order Bread Butter Pudding bersama-sama dengan Karamel Sos dan Aiskrim Vanilla (harga RM6.50). Pada pendapat i, Bread Butter Pudding ni sedap tapi manis sangat. Mungkin sebab i ni bukan orang yang kuat makan manis kot. Akhir sekali, makanan untuk anak i ialah Kentang Goreng (harga RM3.00).
Nak tengok macam mana rupa makanan yang i makan dan apa hidangan menu (bersama harga) yang ada dekat sini, jom belek semua gambar dekat bawah.
Special Beef Steak Grilled |
Mixed Grill |
Kentang Goreng |
Spaghetti Bolognise |
Bread Butter Pudding with Caramel Sauce and Vanilla Ice Cream |
p/s : Ada sesiapa cadang macam nak pergi Fiske Steakhouse tak, lepas tengok gambar yang i tepek dekat sini?
wuii..presentable lahh plate dier..klu sedap x kira harga asalkan halal
ReplyDeleteOrang Islam punya restoran, insya-Allah Halal kak. Hehehe...
Deletegambar semua awesome ! dah la tengah lapar ni. hehehe.
ReplyDeletekite selalu makan kat HR steak house kat kampung baru.
harga die pon boleh tahan murah.
tapi ramai sangat orang .
selalu lambat makanan sampai.
huhuhu
p/s : comelnya anak akak ! hehehe
Best tak makan dekat HR Steak House tu? Pernah jugak lalu dekat situ tapi macam awak cakaplah. Ramai gile orang, tu yang macam malas nak pergi :) Hehehe...
Deletep/s : Mekasih awak :)
mmg tergoda lah sis tgk the foods...
ReplyDeletepricing dia pun not bad kan...
leh terai one of these days....
tapi bila pics u wif the food...
mata i tertumpu kat u jer...
hilang terus tumpuan kat food hahahahaha....
Hahaha... tengok muka kita, terus kenyang makan eh kak? (perasannya aku!)
Deletesalam reena,
ReplyDeletehehehe, baru tau masa tgk kat masterchef msia jenis2 steak tu nak separuh masak ke masak habis ke takyah masak langsung :p
Assalam Mak Encik :)
DeleteOhh.. dekat Masterchef Malaysia ada tunjuk cara buat beef steak eh? Ha'ah kalau pergi restoran yang class-class ni, soalan pelik-pelik ditanyanya. Kalau ikut logik, mana elok makan daging separuh masak. Lepas tu, lantaklah lembu tu nak makan apa. Ada effect dekat rasa daging dia ke? Kihkihkih... pening dibuatnya :)
Kat Nibong Tebal, Png pun ada sebuah restoran western food milik sepsg cikgu yg sangat murah harganya dan sedap..dah lama x p sejak dok Tg Malim ni..ada plan gak nak p restoran tu bila balik kg bln depan..blh la wat entry dlm blog gak..hehe..
ReplyDeleteBuatlah entry Tie, mana tau kalau kita pergi Nibong Tebal. Boleh try makan dekat sana :)
Deletewow mmg nak sangat...akan kucari ini tempat...yg penting rega murah tp makanan ada quality ...suker!!
ReplyDeletePosh... for sure you suka tempat ni tau. Tapi make sure datang awal sikit. Tak berebut nak pilih tempat :)
Deletehye kak! missed u :)
ReplyDeletetengok gambar akk terus jannah craving nak makan western. hohoooo sedapnya tengok mix grill tu .
Hye Jannah, miss u too!!
DeleteA'ah sedap tau mix grill tu, konon nak pelbagaikan hidangan jadi akak dengan hubby pilih lain-lain set. Lepas tu boleh share mana-mana yang patut. Hehehe...
perut tengah lapor ni, meleleh tengok gambor2 tu.. betul2 menyelerakan..
ReplyDeleteHahaha... kena pakai bib ni nampak gayanya :)
DeleteHi, salam kenal...
ReplyDeleteDolu2 zaman belaja U pernahla bersahur food court kat belakang Fiske ni tp masa tu Fiske ni mcm tak berapa menyerlah sangat hehehe... Next time balik KL bolelah menerai.... sebab biasa kitaorang makan western kat Al Ansar Steak House...kat Keramat gak-Jln Enggang.
pssst: kita pun minat Poplook sejak mula berhijab ni :)
Hi, salam kenal Erna :)
DeleteA'ah betul tu, masa tahun 2002 dulu, zaman awal-awal bekerja selalu jugak singgah sini makan-makan dekat food court. Tengok keadaan Fiske ni macam malap je, takut pulak nak pergi makan. Hehehe.... tapi dah 10 tahun berlalu, barulah nak jejak kaki makan dekat sini. Kelakarkan? Kita pulak tak pernah try lagik western Al Ansar Steak House. Ok, nanti nak cuba sanalah.
p/s : Eh-eh... nape sama ni? Hehehe...
hai reena salam perkenalan dari mush, disebabkan entri reena nilah wat saya terjebak juga ke fiske steakhOuse ni mlm kelmarin, sorry ada guna pict2 awk kat entri saya, jgn mare ye, meh la terjah blog kita, dh folow pn blog reena...instagram pon... :p
ReplyDeleteeh lupa, entri ini http://mushpunyer.blogspot.com/2012/10/episod-jjtkl-fiske-steakhouse.html
ReplyDeleteHai Mush :)
DeleteAlahai terharu sangat baca tau. Dah datang melawat dah hari tu tapi tak sempat nak reply komen awak yang ini. Anyway thanks again. Pasal gambar tu, as long as ada credit untuk saya, saya ok je :) hehehe... Yang penting jadi blogger kena berhemah. Betul tak? Salam perkenalan awak :)
sis..saye pinjam quote hamka kat bawah eak..thanks for ur info too regarding this fiske steakhouse ni..penah mkn mase bln pose..paham2 la..kabut jugak org kitchen..smue yang western food kite suke sis kat cni..but mcm my mom comment sket sal asam pedas die..kene improvise sket..cume ms bln pose tuh je kot..yang lain beshh..
ReplyDeleteSo far akak tak pernah lagi cuba makan asam pedas dekat sini. Maklumlah akak orang Johor, so kononnya terror masak asam pedas sendiri. Hehehe...
DeleteBoleh pinjam, silakan awak :)
nampak gaya malam esok kena pi makan kat sini, thanks for sharing
ReplyDeleteYour welcome :)
Delete