Blogger templates

Apr 20, 2013

Perjalanan Ke Cameron Highlands 2013

Memandangkan perjalanan ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur / Selangor hanya memakan masa kurang dari 3 jam melalui Tapah, Perak. I rasa inilah short holiday yang paling sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Kesian dorang... lagipun sepanjang cuti sekolah (bulan Mac) baru-baru ni, i dan hubby langsung tak berkesempatan nak ambil cuti. Lepas tu ditambah dengan rate hotel yang super berganda dan jalanraya yang sesak dengan kenderaan. I rasa better kita orang aturkan plan pergi holiday hujung minggu pulak (yang takde terlibat dengan sebarang cuti). Yang penting anak-anak happy, dan mama papa pun dapat release tension sekali. Hari-hari hadap kerja je pun bosan jugak. Eh! Hehehe...

Yang kelakarnya, short holiday ni, kita orang aturkan sehari sebelum nak bertolak ke Cameron Highlands iaitu pada hari Jumaat (5 April 2013). Selamba je kan? Kita orang memang macam ni rasa je nak holiday, terus booking hotel online. Malam tu juga kemas beg. Besok terus bertolak. Paling best tu, bilik hotel yang kita orang booking tu pun memang tinggal satu-satunya bilik yang boleh reserve. Lepas je picit confirm reserved, i check balik semula website yang sama. Terus dah bertukar jadi fully booked. Wah... memang rezeki anak-anak i.

Kalau korang nak tahu, ada dua laluan yang boleh korang gunakan untuk naik ke Cameron Highlands. Satu melalui Simpang Pulai, Perak (jalan baru tapi lebih jauh / alternatif untuk orang yang datang dari arah Utara) dan satu lagi melalui Tapah, Perak (jalan lama dan lebih singkat masa / alternatif untuk orang dari Selatan pulak). Kebiasaannya, kita orang lebih suka ikut Tapah untuk pergi ke Cameron Highlands. Walaupun jalannya lebih adventure dan berliku-liku berbanding ikut Simpang Pulai. Tapi i rasa seronok sebab mengingatkan i balik saat-saat i kecil dulu datang ke Cameron Highlands bersama ibu, ayah dan adik (rindu!) Pulak tu melihat gelagat anak-anak i yang excited, perasaan tu lagi bertambah-tambah kuat (feeling pulak! Hahaha).

Suhu sepanjang laluan untuk naik ke Cameron Highlands waktu tu memang terasa sejuk dan segar (27ºC). Cuaca pun lebih kepada mendung dan hujan renyai-renyai. Ada masanya perjalanan terganggu jugak dengan lori dan kenderaan yang slowwww... Tapi bila dihidangkan dengan permandangan dan suhu yang menarik automatik rasa happy je (cuba kalau pergi kerja, ada kenderaan buat perangai macam ni atas jalan. Confirm kembang-kempis hidung control marah. Hahaha... sabarlah tu kononnya!)

Paling seronok, bila dapat tengok hasil-hasil hutan dan kraftangan yang dijual oleh orang-orang asli di sepanjang perjalanan. Nak berhentikan kereta, tak berani pulak sebab keadaan laluan yang sibuk. Hah, selain tu apa lagi yang syoknya ikut laluan Tapah ke Cameron Highlands? Syoknya, korang akan dapat tengok air terjun Lata Kinjang. Perghhh... Tinggi gila! Anak-anak i sampai terjerit-jerit nak pergi mandi-manda dekat sini. Dekat sekitar Lata Kinjang ni juga ada pelbagai gerai jualan yang boleh korang singgah untuk beli. Tapi alaa... kita orang tak singgah pun sebab dah tak sabar nak tengok bilik hotel yang kira orang booking dekat Century Pines Resort. Macam mana rupa bilik dekat sini? Kenalah tunggu next entry. Hehehe...


Info mengenai Lata Kinjang, Tapah, Perak :

Lata Kinjang merupakan air terjun yang berketinggian mencecah 80 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, negeri Perak. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.

Selain bermandi-manda, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah seperti berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini dan anda boleh melihat sendiri tradisi kehidupan mereka dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun, pada 1 September 2010, kawasan itu ditutup kepada orang ramai berikutan fenomena 'kepala air' yang berlaku akibat hujan lebat yang membawa banjir besar. Ianya menyebabkan Hutan Lipur Lata Kinjang mengalami kerosakan teruk.

sumber : Wikipedia
olahan : Reenaonline






Garmin yang banyak berjasa. Berpintal-pintal tengok icon lori tu bergerak ikut laluan. Hehehe...


p/s : Syoknya kalau cuaca sejuk dekat Cameron Highlands ni sama je macam dekat Kuala Lumpur. Boleh pakai baju ala-ala duduk oversea. Eh! Hehehe...


1 comment:

  1. Tahun ni tak pergi Cameron lg, nanti nak plan jalan lg sana

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)