Alhamdulilah sepanjang kita orang menginap mana-mana hotel, apartment atau kondo di serata Malaysia. So far, tak pernah lagilah kita orang diganggu dengan perkara-perkara pelik yang tak terjangkau dek akal fikiran. Cuma i akui memang pernah timbul rasa seram... macam ada 'sesuatu' yang melihat dan memerhati gerak langkah i waktu stay dekat 3, 4 buah hotel/kondo di Pahang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bila i check balik dekat google, walaweh... memang hotel/kondo yang kita orang duduk ni antara yang masuk dalam listing Hotel Seram. Ok, fine... memang sekali jelah i pilih hotel tu untuk stay. Kebarangkalian untuk kali kedua itu mungkin takkan berlaku. Tihihi... takpelah.
I bukanlah nak cakap yang i ada six senses yang boleh nampak 'sesuatu' tapi memang setiap kali pergi mana-mana tempat yang i rasa ada ber'penghuni' i memang boleh rasa kehadiran 'benda' tu. Selagi 'benda' tu tak mengganggu, i boleh lagi pejamkan sebelah mata buat-buat tak peduli. Berani ke??!! Ni bukan kes berani tapi rasanya dekat mana-mana pun wujud 'entiti' ini. Senang cakap, selagi kita tak buat perkara yang dilarang, insya-Allah... Allah SWT lindungilah kita kan. Bak kata ex-boss i, tak pernah lagi masuk berita, 'orang kena cekik hantu'. Eceh... cakap serupa terror je ex-boss i ni kan? Cuba suruh dia duduk sorang-sorang. Menggelabah jugak muka dia. Hehehe... Gurau je...
1. Kena baca bismillah dulu, eh! Hehehe... Betullah kan? Tu paling penting... Hehehe. Lepas tu, baca setiap review orang terdahulu pernah stay dekat hotel yang korang nak stay tu samada review tu ada dekat Agoda ke atau mana-mana Hotel Booking Online ke atau korang google je. Kalau nampak ada review yang mention perkataan 'seram', 'kotor' atau 'lama'. Yes, please elakkan sebelum jadi mimpi ngeri untuk korang bila tiba sana.
2. Tengok setiap bintang atau markah yang ditinggalkan oleh pemberi review tu dan jangan pedulik sangat dengan bintang-bintang pada hotel tersebut. Seriously sepanjang i menginap dekat hotel di serata Malaysia, i tak pernah ambil kisah dengan star hotel tu sendiri sebab i pernah menginap dekat hotel 5 bintang tapi kebersihan dan layanan yang i dapat umpama hotel 3 bintang je. Dahlah bayar mahal, confirm buat sakit hati je. Please don't trust hotel star tapi trust lah dekat pengalaman orang-orang yang pernah stay ni. Kecuali... kalau korang ni retis fofular memanglah korang kena trust the star, malu lah weh, bintang fofular duduk hotel murah. Mana nak cover muka!
3. Please-please-please jangan percaya dekat gambar hotel yang dipaparkan (please refer no. 1 balik semula). Kadang-kadang sesetengah gambar tu dah bertahun tak di'update'nya. Memanglah gambar yang ditunjukkan tu memang dari hotel yang korang nak pergi tapi gambar 10 tahun lepas. Sekali bila sampai, hambik ko! Dah serupa antik jadinya. Kalau korang jenis sukakan barang-barang klasik sekalipun, please untuk hotel tolong elakkan. Takut ada pulak puteri bunian ajak sembang memalam.
4. Carilah review yang mengatakan hotel tersebut adalah hotel baru, baru refurbish, bersih dan menarik. Insya-Allah korang pasti tersenyum puas hati bila pergi walaupun kadang-kadang macam tak percaya yang hotel 3 bintang pun boleh secantik macam ni. Siap boleh bergambar bagai lagi macam buat photoshoot. Hehehe... Tak percaya korang boleh search dekat instagram masukkan hashtag #reenahotel (iklan pulak tetiba! Kahkahkah)
5. Akhir sekali, bertawakal jelah lepas korang pergi. Yang penting masuk bilik hotel, langkah kaki kanan dan bagi salam sebelum masuk. Masak air dekat kettle dulu (ni petua lecturer i bagi, dia kata untuk bagitahu 'entiti' yang tempat ni korang duduk dan dah berpenghuni), bawa Yassin, baca ayat Al-Kursi dan jangan tinggal solat. Insya-Allah korang akan ok. Biasalah pergi tempat baru kan. Selalulah ada feeling-feeling suspen tu.
Janganlah sebab korang baca kisah-kisah seram pasal hotel terus dah tak nak bawa family berjalan-jalan pergi mana-mana. Hukalohhh... Kesianlah dekat anak-anak tu. Sekali-sekala teringin jugak dorang nak rasai pengalaman dekat tempat lain. Takkanlah nak duduk terperuk dekat rumah je kan. Relaxlah hidup ni banyak benda tau nak kena terokai. Bukan setakat makan, tidur, pergi kerja, balik kerja je. So, enjoy your holiday for this weekend. Paling penting follow tips i ni k.
0 Say (s):
Post a Comment
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)