Hubby : Berbuka dekat rumah aje, wife aku masak.
Staff hubby : Eh, iyelah tu. Takkanlah reena memasak, sempat ke dia nak masak dekat
rumah?
Hubby : Eh, sempatlah, apa yang tak sempatnya.
Nilah... antara soalan-soalan keraguan yang selalu orang tak percaya yang aku ni sebenarnya memasak dekat rumah (even hari bekerja). Bukan setakat staff hubby aku aje tak percaya, office-mate aku yang lain pun sama. Pelik sangat ke kalau aku memasak? Adehh... kadang-kadang tu naik malas aku explain. Yelah... kita cerita yang betol, dia orang ingat kita ada-adakan cerita aje. So, jalan yang terbaik, jawapan aku senang aje, "suka hatilah, nak percaya, percaya. Tak nak percaya, takpe."
Pada aku takdelah susah mana pon nak memasak dekat rumah ni. Mungkin antara faktor orang malas nak masak sebab banyak benda remeh yang nak kena buat. Contohnya, kena potong sayur dulu, tunggu ayam yang beku tu cair, nak kena cuci pinggan dan macam-macam lagik lah.
Tapi sebenarnya ada cara untuk jimatkan masa waktu memasak ni. Nilah antara cara-cara yang dipraktikkan oleh aku. Nak tahu? Jom tengok :-
- Setiap kali balik kerja atau nak mula masak, aku keluarkan ayam/daging/ikan dari peti ais dulu. Then masukkan dalam microwave untuk didefrost.
- Lepas tu, perkara kedua yang aku buat ialah masak nasi.
- Alatan memasak macam pisau, sudip, senduk, tempat pemotong dan lain-lain lagi semuanya aku gantung berhampiran dengan tempat memasak. Bukan apa, senang untuk aku capai bila memasak nanti.
- Sama juga dengan bekas garam, ajinomoto, lada sulah, sos tiram, sos cili, jintan manis semuanya aku letak berhampiran dengan tempat memasak.
- Seelok-eloknya sediakan ruang untuk memotong sayur/ayam/daging bersebelahan dengan tempat memasak. Jadi tak payahlah nak bergerak banyak.
- Pastikan kuali/periuk untuk memasak tu gunakan yang non-stick coating. Selain mudah nak cuci, ianya memudahkan kita memasak (tak lerr... melekat ikan kita tu cik bedah oii... ~ gaya cakap ala-ala chef wan gitu).
- Untuk sayur macam carrot, lobak putih, kacang botol, kacang panjang, cendawan dan sayur-sayuran yang berkaitan semuanya aku dah potong siap-siap dan masukkan dalam container yang kedap udara (macam tupperware). Jadi, setiap kali masak. Aku tak payahlah susah-susah nak potong lagi, campak aje terus dalam kuali.
- Sediakan satu bekas khas besar untuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit (kentang pon boleh gak join sekali dalam bekas ni). Sebab semuanya ni, benda wajib untuk buat perencah masakan. Tak payahlah nanti kita tercari-cari.
- Gunakan pisau yang bersesuaian untuk kerja potong-memotong. Contohnya, pisau potong daging/ayam matanya lagik runcing berbeza dengan pisau potong sayur. Dan yang penting pisau tu kenalah tajam (seboleh-bolehnya asah seminggu sekali).
- Sambil tunggu masakan yang dimasak tu masak. Bolehlah cuci segala alatan memasak yang dah digunakan.