Korang dah pernah makan aiskrim Tutti-Frutti? Ohh, ada yang belum pernah cuba lagik eh? Takpe, nanti senang-senang pergilah cuba rasa aiskrim Tutti-Frutti. I mula-mula merasa makan Tutti-Frutti ni pun bila follow kebanyakan status Twitter artis. I sangkakan rupa Tutti-Frutti macam makanan buah-buahan beku (frozen fruit), lorr.. rupa-rupanya Tutti-Frutti ni sebenarnya aiskrim (tihihi.. malu je kan?). Selain dipanggil sebagai aiskrim Tutti-Frutti ianya juga dikenali sebagai FROYO. Uikss, Froyo tu apa? Hehe... tu nama singkatannya, kalau nama panjangnya pulak Frozen Yogurt (hehehe... macam-macamlah).
Untuk pengetahuan korang, Tutti-Frutti mula beroperasi pada bulan Oktober 2009 dan lokasi pertamanya di Malaysia ialah di Sunway Pyramid. Waktu tu tak ramai lagi yang tahu pasal Tutti-Frutti walaupun dah muncul beberapa franchise Tutti-Frutti ni di tempat-tempat lain. Kalau pergi makan dekat kedai Tutti-Frutti waktu tu lengang aje tak ramai orang. Nak buat pilihan pun senang, tak kelam-kabut langsung. Sampaikan i sendiri pun pelik, siap terfikir, "betul ke ini kedai Tutti-Frutti yang glamour sangat tu?"
Haha... tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Kalau korang nak tahu, ada lebih kurang 42 outlets Tutti-Frutti yang ada di seluruh Malaysia. Jadi tak jadi masalah kalau ada ibu-ibu yang mengidam nak makan Tutti-Frutti bila balik kampung. Untuk mengetahui lokasi / alamat Tutti-Frutti yang berhampiran dengan rumah korang, bolehlah klik dekat link bawah ni k :)
Walaupun Tutti-Frutti ni menyelerakan tapi pada pendapat i harganya still lagik dalam kategori mahal. Kalau nak jadikan Tutti-Frutti makanan harian tu, kena fikir dalam-dalam dulu. Jangan ikutkan nafsu sangat. Bukan apa, keseronokan memenuhkan mangkuk Tutti-Frutti boleh buat kita jadi lupa diri sekejap. Dan secara tiba-tiba boleh mengundang rasa terkejut di depan cashier bila harga yang terpampang dekat skrin monitor melebihi budget yang ditetapkan. Waktu tu, mulalah nak buat muka kerut-kerut, sambil fikir, telan air liur tu lagi sedap daripada telan Tutti-Frutti (kihkihkih). Kenapa i cakap macam ni? Sebab inilah pengalaman pertama i yang terjadi waktu makan Tutti-Frutti tanpa sedar diri (nanges...).
Ada empat cara / langkah yang korang kena buat sewaktu nak mula makan di Tutti-Frutti. Pertama, pilih saiz mangkuk aiskrim. Kalau untuk first-timer i cadangkan pilih mangkuk kecil dahulu kecuali kalau budget korang tu memang besar. Kedua, pilih perisa aiskrim yang korang gemari. Nak campur-campurkan perisa aiskrim pun boleh jugak. Ketiga, tambahkan topping pada aiskrim korang. Waktu ni korang akan jadi rambang mata sekejap sebab kesemua topping yang ada di Tutti-Frutti sedap-sedap belaka, ada buah-buahan, coklat, biskut, kacang dan lain-lain lagi (iya, sila bawa bertenang. Hehe). Yang keempat atau yang terakhir sekali ialah selepas selesai upacara meletakkan topping, mangkuk aiskrim korang akan ditimbang oleh pekerja Tutti-Frutti dan kadar bayaran / harga yang dikenakan adalah berdasarkan pada berat mangkuk aiskrim korang tu. Semakin berat confirm lah semakin mahal kan? Takkanlah makin murah (ajaib-ajaib hehehe).
Harga bagi 100gram berat Tutti-Frutti = RM5.30 (silalah buat pengiraan sendiri ye. Hehe)
Ok, sekarang korang dah tau macam mana nak makan Tutti-Frutti kan? Jomlah berTutti-Frutti semua.
Harga bagi 100gram berat Tutti-Frutti = RM5.30 (silalah buat pengiraan sendiri ye. Hehe)
Ok, sekarang korang dah tau macam mana nak makan Tutti-Frutti kan? Jomlah berTutti-Frutti semua.
p/s : Area rumah i pun tak lama lagik nak bukak kedai /outlet Tutti-Frutti. Fuhh... mintak-mintak anak i tak paham apa bendalah Tutti-Frutti ni. Hehehe
