Blogger templates

Jul 2, 2008

Epidural & Proses Bersalin

sbm ni, anak aku yg pertama aku mengandung secara normal tapi aku ambik epidural, itu pon lepas berhempas pulas menahan sakit yg pnjg. masalahnya tanda2 bersalin aku dah rasa dari pukul 4pagi (Jumaat) tapi sampai ke petang bukaan aku still lagik 2cm. akhirnya pukul 2.27 pagi (Sabtu) aku selamat lahirkan Ahmad Danish. miracle & bersyukur sangat.

cuma yg buat aku sedikit terkilan bila org mcm pandang rendah bila aku guna epidural utk bersalin. pd pendapat dia org. org2 yg guna epidural ni tak hebat sbb tak rasa langsung wkt proses bersalin tu. habis kalo yg tak ambik epidural, terjerit2 minta tolong tu hebat sgt ke?? sdgkan doktor sbm tu dah bgtau aku, pengambilan epidural ni sebagai cara menenangkan aku & memberi aku lebih tenaga utk push baby. lagipun aku dah tahan sakit bersalin lebih dari 12 jam. aku tetap kena push baby juga, kena jahit jgk bahagian tuh, kena jaga mkn minum utk sihat balik & sakit nak bergerak ke sana sini sepanjang proses nak pulih.

masalahnya nak explain dgn org yg kononnya hebat sgt ni mmg payah. bila aku bercerita dgn hubby aku psl perkara ni, jawapan hubby aku jela yg mampu tenangkan aku. "pada papa, yang penting mama selamat lahirkan Danish, sihat & takde ape2 complication lps bersalin. itu je yg papa nak. pedulikkan apa org nak ckp pon."

10 comments:

  1. alaaa...lantakla org nk ckp apa. aku pun nak amik epidural nanti. husband aku pun suruh sbb tak sanggup nak tgk aku sakit sgt nnt. janji mummy n baby selamat. btw bila due?

    ReplyDelete
  2. masa aku melahirkan...oopss..masa wife aku melahirkan anak pertama pun ambik epidural...sbb anak keluar ikut tingkap.. :)

    mana2 hubby pun akan bagi jawapan mcm tu...asal selamat udah.

    ReplyDelete
  3. well, tak kisah laa mana2 cara pun kan reena. we r the one who will bear the pain..
    me..amik GA terus....hahahaha!

    ~TTB~

    ReplyDelete
  4. dah selamat beshalin ker
    tingkap ker...direct ker
    apapon shelamat keluor dah ler
    kan reeana..

    selamat mengunjungi

    ReplyDelete
  5. Cuba semak, xde side effect ke ambik epidural nie..especially bila kita mencecah usia 40-an nanti

    ReplyDelete
  6. alahai, yg bcakap tu mesti jeles x dpt pain relief masa bsalin...(ayat2 mendengki) :p

    ReplyDelete
  7. hm, wat masa skunk ni dua2 anak sy tu, sy bersalin normal. kira besh larr pulak sebb dpt merasai keperitan bersalin cam ibu2 yg lain. tapi tak kesah, epidural ker, tak epidural ker..ianya suatu pendekatan dan pengertian yg berbeza sebenarnya. think postitively. dr sudut islam, mmglah bersalin normal ni cam org p berjihad pahalanya tp, itu cuma ganjaran....bukannya compulsary pun. yg nak bersalin kita yg punya badan. bukan owang lain, kan??yg penting, anak dan ibu selamat...kan??dont care wat people say..

    ReplyDelete
  8. my life - terpulanglah atas kita kan? lagi pun yang kena tanggung badan sendiri. tapi kali ni bila tak amik pain relief, mak aii... mcm superwoman aku jadinya. sakit yang aku sendiri tak tau nak ckp.

    sihatsokmo - alhamdulilah jadilah hubby yang memahami k. kadang-kadang sedih gak tengok member-member yang hubby dia terang2 kutuk. kononnya setakat sakit bersalin macam ni pun tak boleh nak handle. masalahnya dia org rasa ke?? hmm...kompius

    TTB - janji settle & selamat kan TTB. ehehe

    damien - betul tuh damien...letih kalau dengar banyak sgt mulut org yang bercakap ni.

    Anonymous - ikutkan semua pain relief ada side effect tapi side effect bila umur 40 tahun tu tak penah la dengar. mcm kita sendiri dekat setahun jugaklah rasa pinggang kebas sikit kalau membongkok tapi lepas tu back to normal. lagi satu ianya depends atas badan org tu sendiri.

    mama_sz - ye kot...ekeke...

    whitetulip - betul tuh WT, sape yang tak nak kejar pahala kan? tapi janganlah sempitkan fikiran.

    ReplyDelete
  9. terasa nk komen pulak even post ni dah 3 tahun lepas..
    my officemate(makcik), bila tau i amik epi dia cakap lebih kurang macam ni la
    "oo rugi la awak. sebab kalo beranak normal, dosa2 terampun"
    T______T speechless di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Memang tension bila dengar macam tu kan? Orang tua, awak layankan jelah apa dorang cakap. Eh! Hehehe :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)