Kalau sebelum ni aku cerita pasal pengalaman aku mempunyai maid dan fobia dengan nama maid, sekarang aku nak story pasal nursery pulak. Aku hantar Danish ke nursery genap umurnya 2 bulan. Memang for the beginning, seboleh-bolehnya aku tak nak hantar dia ke nursery. Lebih-lebih lagi bila dengar pelbagai cerita kurang menarik pasal nursery ni. Pulak tu, cerita pasal baby yang terhumban keluar dari buaian di nursery tengah hot ketika itu, lagilah bertambah-tambah risau aku jadinya (agaknya apa cerita pasal baby tu sekarang ni kan?). Tapi nak buat macam mana, aku takde pilihan lain. Pernah jugak aku hantar Danish ke kampung aku di Johor tapi bertahan 2 minggu aje. Apataknya setiap kali balik dari kerja terpandangkan pakaian dan mainan Danish aku menangis (aduh... susah jadi ibu ni... sensitif memanjang). Sudahnya aku bawa Danish balik ke Kuala Lumpur sebab tak tahan rindu. Pada aku biarlah susah atau senang kita orang bersama-sama, tak payahlah susahkan orang lain.
Tapi bila hantar ke nursery, bermulalah kehidupan Danish dengan ubat. Hampir setiap minggu ada sahaja penyakit singgah. Kalau tak selsema, demam, kalau tak demam, batuk, kalau tak batuk, demam balik. Begitulah keadaannya berulang-ulang kali. Berat Danish pun selalu tak menentu, sekejap naik 1 kilo sekejap turun, kadang-kadang tu 2 bulan berat dia maintain. Kena lecture dengan doktor tak payah ceritalah. Setiap kali datang buat check-up doktor, aku dah boleh hafal dialog doktor, "Better you jangan hantar baby you ke nursery". Habis kalau tak hantar ke nursery, doktor boleh tolong jagakan ke? Nak aje aku suarakan macam tu dekat doktor tapi nak buat macam mana kan. Hanya diri kita sendiri aje yang tahu masalah yang kita tanggung. Orang hanya boleh cakap, 'kesiannya', 'bersabarlah ya', tapi tolongnya hmm... Bukan aku tak cuba cari baby sitter, aku dah cuba. Tapi takde siapa pun yang nak jaga baby bawah setahun. Mahu atau tidak nursery jugaklah pilihan yang aku ada.
Kalau bab masuk hospital, 3 kali Danish di masukkan ke hospital. Kali pertama waktu umurnya 3 bulan. Aku tengok dah lebih dari 2 minggu batuk dan selsemanya tak surut-surut. Bila aku bawa jumpa pediatrician di SJMC. Pediatrician cakap lung dia dah banyak kahak so Danish kena buat proses suction untuk sedut kahaknya. Fuh... selama 3 hari duduk di hospital memang aku tak sampai hati nak tengok proses suction tu. Cuma apa yang aku boleh cakap Danish anak yang tabah. Mama dia aje yang tak tabah (menangis lagik... duh...).
Kali kedua pulak, waktu danish nak masuk umur 5 bulan. Ni gara-gara diarhoea, demam dan muntah-muntah. Aku sangkakan setakat tukar susu Danish boleh baik dari diarhoea tapi dia muntah setiap kali susu free-lactose tu aku bagi. Risau dengan keadaan Danish tu, aku dan hubby terus bawa dia ke hospital. Mujur selepas 3 hari dia pulih.
Kali ke tiga pula (i hope it's the last time) waktu Danish berusia 11 bulan. Dan untuk kali ketiga Danish masuk ke hospital ni, aku rasa aku dah macam berpatah arang berkerat rotan dengan nursery yang aku hantar Danish ni. Apataknya, aku langsung tak diberitahu/hubungi yang Danish sakit sepanjang dia di nursery. Aku cuma tahu apa yang terjadi bila ambil Danish di nursery selepas balik dari kerja. Itu pun bila seorang penjaga di nursery ni beritahu aku yang Danish muntah-muntah setiap kali dia orang bagi makan atau minum susu. Disebabkan Danish tak nak makan atau minum, dia orang tidurkan Danish sahaja sepanjang hari tu (amboi... senangnya kerja ko). Aku sampai tak terkata apa-apa bila tengok keadaan Danish yang sebenar, tangan dan kakinya dah lembik semacam, mata dia lemah memandang aku dan dia diam tak bersuara bila berada di pangkuan aku. Nursery ni dah gila ke apa, keadaan Danish dah teruk macam ni, dia boleh tidurkan aje Danish. Sekurang-kurangnya kalau tak telefon kita orang pun, apa salahnya kalau dia bawa Danish ke klinik dulu. Waktu awal-awal hantar Danish dulu, bukan main lagi ownernya beritahu aku kononnya dia orang prihatin dengan budak-budak yang sakit. Mana-mana ibu bapa yang tak boleh nak balik awal untuk ambil anak yang sakit kebiasaannya dia orang akan tolong hantarkan ke klinik dulu (pii..rahh... cakap tak serupa bikin). Malas bersoal jawab dengan penjaga Danish dekat nursery tu (lagi pun pada aku, buang masa aje bercakap dengan orang macam tu), aku terus menuju ke klinik. Doktor suggestkan untuk aku refer Danish ke hospital. Memandangkan waktu tu bulan puasa. Jadi aku dan hubby balik ke rumah dulu untuk berbuka sebelum kita orang pergi ke hospital. Sebelum berbuka tu, sempatlah aku berikan Danish susu dan makan. Kesian dia, lapar sungguh aku tengok dari cara dia makan. Apa yang nursery buat agaknya dekat anak aku ni. Alhamdulilah Danish langsung tak muntah sepanjang aku bagi susu dan makan. Melihat dari keadaan Danish yang tak seteruk tadi dan sedikit pulih, aku dan hubby decide untuk ke hospital besok pagi sahaja. Tapi malam tu, lebih kurang pukul 3 pagi, perkara yang tak disangka-sangka terjadi. Danish kena sawan tarik. Ya Allah, aku dan hubby betul-betul tak tahu nak buat apa waktu tu. Panik melihat Danish begitu aku ambil air dan terus sapukan ke mukanya. Tiba-tiba Danish macam terkejut dengan tindakan aku tu dan memanggil "mama". Leganya aku tengok dia dah ok. Tapi kali ni tanpa berfikir panjang aku dan hubby terus bawa Danish ke hospital. Aku tak sanggup nak tengok dia kena sawan sekali lagi. Doktor sendiri tertanya-tanya macam mana Danish boleh kena sawan sebab kalau mengikut history aku dan hubby takde siapa pun yang pernah kena sawan. So, aku ceritakan pada doktor apa yang dah terjadi di nursery. Doktor beritahu kepada aku, kalau mengikut result yang keluar, Danish memang takde sawan tapi kemungkinan apa yang terjadi dekat dia adalah disebabkan kekurangan air mineral dalam badan. Syukur sangat selepas 3 hari di hospital Danish kembali sihat. Dan sementara nak dapatkan penjaga/baby sitter untuk Danish, aku dan hubby terpaksa bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga Danish.
Aku sendiri tak faham dengan kewujudan nursery ni. Betul-betul nak jaga budak ke atau sekadar nak kaut keuntungan semata-mata. Kita dah jadi macam biasa sangat, bila dengar budak-budak yang sering keluar masuk hospital ni kebanyakan yang tinggal di nursery. Tak ada sebarang badan ke atau kementerian yang nak ambil responsibility untuk periksa nursery dekat Malaysia ni. Macam manalah perkembangan anak-anak tak terganggu kalau makanan yang dia orang sediakan pun selalu sebabkan cirit-birit. Kadang-kadang pernah juga aku curi-curi masa tengok keadaan Danish di nursery tanpa diketahui sape-sape. Apa yang aku perhatikan ada budak yang tertidur di depan pintu tanpa seorang pun yang mengangkatnya. Ada yang duduk menangis sorang-sorang dan ada budak yang dah meleleh selsemanya duduk berkongsi makan dengan budak lain (euww...). Cubalah tempatkan situation anak dia orang berada dalam keadaan macam tu, sanggup ke dia orang nak buat macam tu. Tak kesian ke dia orang dekat budak-budak yang tak paham apa-apa lagi ni (duhh...). Inilah gaya nursery di Malaysia, kita memang ada pilihan tapi selalunya pilihan tu terhad. Dan mahu atau tidak kenalah belajar terima situasi macam tu.
Aug 25, 2008
9 comments:
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jadi dilemma jugak yerk macam nie.. nak anta or tak nak.
ReplyDeletejust dropping by slumbeR@J@!
Sawan tarik tak semestinya penyakit keturunan, demam panas juga boleh menyebabkan sawan tarik.
ReplyDeleteNasihat saya kepada ibu-bapa, beri perhatian lebih sekiranya anak anda demam, demam yang tinggi boleh menyebabkan anak anda kena sawan tarik.... sentiasa tuam badan anak anda dengan air, especially di bahagian kepada dan atas badan..kemudian check kembali suhu badannya.. pastikan juga anda menyimpan jangkasuhu dirumah bagi memudahkan kita memeriksa suhu badan anak-anak kita.
Anak i 4 kali mengalami sawan tarik ketika demam panas...alhamdulillah keadaanya kembali normal setelah kena sawan...
Cuma saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada dihospital....ada kanak-kanak yang lumpuh anggota badan dan buta kedua belah mata akibat demam dan sawan tarik.....
Nasihat saya....demam pada anak2 kita jangan dipandang ringan...ianya amat merbahaya kiranya kita biarkan...beringatlah sebelum kena :)
slumberaja - itulah dilemma ibu bapa yg bekerja
ReplyDeletejasni - betul tu sbb kanak-kanak ni very sensitive dengan apa pun penyakit even kita ingat penyakit tu macam common aje
Anak sy Alhamdulillah, sejak amalkan jus herba dah takde demam selalu macam dulu. Kami sekeluarga amalkan pengambilan jus ni. Email saya kalau berminat. > sapiah.h@gmail.com
ReplyDeleteakak...
ReplyDeletesemalam saya siap beli paper metro tu... sedihhh sgt. diorg ingat baby tu main2 ke kak... diorg ingat.. baby tu leh ke buat mcm anak patung. sy sedih seharian smlm... terkenang anak kita...
pastu sy baca entry nursery akak tu.. lagiii sedih. dah la kita takde pilihan... kan...........
kalo nak ikutkan, sape pun takmo bg nursery jaga baby kita.. tp ape nak buat kan..
semoga sesiapa yg menzalimi bayi akan dibalas hukuman seberat2nya hari akhirat nanti... amin...
leen - akk stuju leen, apa nak jd lah kan, manusia zaman skrg nih...
ReplyDeletebila jd cmni..tu yg malas nk keje blk ni.bayangkanla klau kita kt tmpt parent tu. sedihh bttul..sepatutnye nurseri tu kena fhm satu konsep AMANAH.Bkn saje ambik byrn tp baby/anak tu amanah dr parent dn juga Allah tuk dia jaga.
ReplyDeleteBile dengar cerita mcm ni, agaknya nak salahkan sape yek? Bagi saya, kalau tak supervisornye, bosnye. Sebab, masa terima staff tu tak bagi ajar dulu agaknya.
ReplyDeletesalam...saya pun nk crta gak pasal org jaga budak ni..ank saya bru 4 bln.start org jaga mcm2 sakit die dapat.mlm tadi dia x tido..batuk teruk.panik jgk lah kita.xtau nk wat pe.bg susu xnk.tido lg lah dia xnak.tmpt yg jaga anak saya ni..punya lah benggong...die bleh bela kucing....risau lah kot2 baby dpt lelah.coz papa die masa bby pnh ada history lelah....
ReplyDelete