Blogger templates

Mar 22, 2013

Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman

Awal Februari hari tu, bersempena dengan cuti Hari Wilayah yang jatuh pada hari Jumaat (hoorey, automatik dapat cuti berganda!), i sekeluarga habiskan masa bercuti di Cherating. Sebahagian daripada kisah Cherating ni, i dah pernah ceritakan dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/02/pantai-cherating.html.

Kali ni jugak, banyak tempat-tempat makan baru yang berjaya kita orang cover dekat area Cherating dan Kuala Kemaman. Jangan tension-tension kalau lepas ni korang kena paksa rela baca segala entry review restoran dan gerai makan yang selamat dihadamkan oleh kita orang menjadi dotdotdot... Eh! Hehehe... Untuk korang-korang yang kaki makan macam i, mesti excited nak tahu kan? (Eceh, lagi tak nak ngaku). Yang penting, tekak korang kenalah sama taste dengan tekak i yang high demand ni (hamboi! Bunyi demand tu macam selalu sangat makan dekat restoran high class gitu). Ishhh... tempatnya tak kelas mana pun tapi kalau makanannya kelas... siapa nak kisah kan? Janji perut happy. Hehehe... Jom, ikuti pengembaraan i dengan makanan (wahhh...)

Tempat makan pertama yang i nak perkenalkan dekat korang untuk edisi jalan-jalan cari makan area Kuala Kemaman, Terengganu ialah gerai kuih bernama Bahulu Seri Geliga. Hah, gerai kuih je ke?!! Kuih tradisional pulak tu... Relak-relak semua... kalau korang nak tahu, gerai kuih ni bukan sebarang gerai tau. Ikutkan, kali pertama i jejakkan kaki dekat sini tahun 2004 (mak aihhh, gila lama kan?) Waktu ni kita orang baru je kahwin-kahwin (ehemmm... kiranya masih dalam mood honeymoon gitu). Dan yang kelakarnya, lepas 9 tahun (plus beranak-pinak dah pun. Hahaha!) I tak sangka sangat yang gerai ni masih wujud lagi. Paling best, kuih akok yang pernah jadi antara kuih favourite i dan hubby waktu first time datang ke sini dulu-dulu tetap sama rasa sedapnya. (perghhh.... terbaik!)

Alamat Bahulu Seri Geliga :

Kampung Geliga
24000 Kuala Kemaman
Terengganu

Lokasi gerai Bahulu Seri Geliga terletak pada laluan yang sama dengan Warung Aziz Satar.

No. Telefon : 019-9455997 / 017-9512441

Waktu operasi : Apa kata korang contact nombor dekat atas ni. Hehehe...


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman

1. Kedudukan gerai Bahulu Seri Geliga betul-betul terletak di tepi jalan. So, bila parking kereta tu harap korang parking elok-elok ye. Kang tak pasal-pasal hilang punggung kereta korang tu. Eh! Hehehe...
2. Bila berdiri je dekat depan gerai, automatik lubang hidung korang tertusuk dengan bau-bauan harum kuih bahulu yang best! (hmmm.... nyam-nyam).
3. Antara senarai harga dan jenis kuih yang terdapat dekat sini ialah Bahulu Coklat (5 biji = RM1.00), Bahulu Pandan - bentuk bunga (5 biji = RM1.00), Bahulu Pandan - bentuk ikan (5 biji = RM2.00), Bahulu Cermai (5 Biji = RM1.00), Akok (2 Biji = RM1.00), Kuih Bakar (3 Biji = RM1.00) dan Bingka Pulut (3 Biji = RM1.00).
4. Untuk rasa? Agak-agak korang i nak bagi berapa bintang? Jeng-jeng-jeng i bagi 5 bintang untuk semua kuih dekat sini (walaweh! Full mark tu!) Serius memang best!
5. So, kalau korang datang sini, i cadangkan korang supaya rembat kuih akok dulu sebelum pilih kuih-kuih lain. Sebab apa? Sebab kuih akok nilah yang paling laris dekat sini.

Teringin nak tengok rupa sebenar kuih akok? Jom, tengok gambar dekat bawah sebelum i pengapa-apakan keadaan rupa bentuknya yang comel tu. Hehehe... Ngap!






Ni nama dia Kuih Akok

Ni pulak nama dia Kuih Bingka Pulut


p/s : Banyak-banyak kuih moden zaman sekarang ni, kuih tradisional jugak yang paling mantap!


13 comments:

  1. betul la tu..yg tradisional jgk yg sedapppp.. :)

    ReplyDelete
  2. masa gi cherating ari tu x sempat nak terjah tempat mkn2 best...
    nak mkn ikan bakar anak plak kul 7.30pm dh tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya awak... Takpelah next time boleh datang jalan-jalan pergi Cherating lagik. Sebelum datang bacalah review tempat-tempat saya pergi mana tahu boleh dijadikan sebagai rujukan. Hehehe....

      Delete
  3. makan baulu cicah teh o sedappppppppppppp
    and betul tu sis...kuih traditional is the best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... kita pulak, makan baulu cicah strawberry jam. Kemain kan? Hehehe...

      Delete
  4. hi reena saya selalu singgah tgk blog awak bil agugel je pasal deco keluar link blog awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak :)

      Wahhh... mesti tengah cari idea nak buat deko eh? Salam kenal :)

      Delete
  5. tapi sy tak suka kuih akok. manis nauzubillah huhuhu sakit kepala >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, akak pun pernah jugak makan kuih akok tempat lain memang manis gila-gila. Tapi akok yang ni just nice je rasa dia Cha :)

      Delete
  6. sy pun baru balik dari melangok kat utara.. tak sempat menjamu makanan pelik2..
    rajin betul reena try makan sana-sini.. kami jalan2 mana jumpa kedai terus masuk isi perut.. huhuhuuu.. sedih pun ada tak dpt menikmati makanan dgn tenang.. kikiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah FAR janji dapat isi perut kan? Kalau tak confirm masuk angin keluar asap. Eh! Hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)