Blogger templates

Aug 14, 2011

Salon Chinta Fasha Sandha

Terkejut tak? Terkujat tak?
Tengok tajuk entry saya dekat atas tu... *tahan gelak*

Relax-relax bawa bertenang, entry ini bukan atas dasar 'kipas-susah-mati' a.k.a die-hard-fan
tapi saje suka-suka nak tengok macam mana rupanya Salon Chinta Fasha Sandha yang hari-hari
dia dok tweet dekat dalam twitter.
Lagipun time saya pergi hari tuh, salon dia tengah ada offer. Maklumlah sambil menyelam minum air, alang-alang dia buat offer. Apa kata kita test, try, cuba tengok best ke tak Salon Chinta Fasha Sandha ni.
Sambil-sambil tu saya tweet gak dia *walaupun tau dia takkan reply pun* yang saya nak pergi sana.

Jeng-jeng-jeng cerita selanjutnya *macam misteri sangat je entry ni kih-kih-kih*
Oh, lupa nak cakap, saya pergi sana dengan sorang lagik opis-mate saya. Opis-mate saya ni nak color rambut dia.

Memandangkan kita orang first time nak pergi Salon Chinta Fasha Sandha ni, so suspen gak kalau sesat nak pergi sana.
Tapi saya ni memang hati cekal, memang suka main redah je daripada tengok GPS atau map. So, sampailah kita orang kat sana. Tu pun setelah penat membeliakkan biji mata cari signage shooting eh, Salon Chinta Fasha Sandha ni *excited ler pulak opss hehe*

Signage kecik Chinta Hair Salon & Beauty sebelum naik tangga

Setelah berpenat-lelah memanjat tangga kedai dia tu, terpacaklah kita orang dekat dalam Salon Chinta Fasha Sandha. First impression bila masuk, quite cantik susunan dekat dalam Salon Chinta ni ditambah pula dengan color purple. Lepas tu ada lebih kurang 5 dressing table, ada kaunter besar dekat tengah-tengah, ada area menunggu siap dengan sofa dengan coffee table. Cuma tak best, area mencuci rambut dia. Sebab dekat bahagian belakang dan tetiba rasa macam dekat salon nyonya *ni komen ikhlas ye, korang yang fanatik ni risau saya tau. Ho-ho-ho*.

Fasha dapat banyak bunga tu time opening

Muka besar Fasha ada ditepek dekat tingkap. Maybe senang orang nak cam salon dia kot

Masa sampai tu Fasha takde dekat salon dia tu, kita orang disambut oleh Mario. Mario ni memang best *dijamin oleh saya. Hihi*. Tapi Mario ni tak kerjakan rambut saya tapi rambut opis-mate saya. Rambut saya dikerjakan oleh Zeti *pun best jugak orangnya sebab peramah dan cantik*. Ada lagik sorang hair-dresser dekat Salon Chinta Fasha Sandha ni tapi saya tak ingat nama dia. Mak dengan adik Fasha pun ada jugak time tu.

Soalan best yang dikeluarkan Zeti tengah-tengah kita orang berborak, "Akak ni peminat Fasha ke?" Tetiba saya rasa nak tergelak. "Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Saje nak buat rambut sebab tu datang sini. Lagipun kan ada offer sekarang ni." Hamboi panjangkan explanation saya? Statement tu memang statement jujur saya. Saya tak suka corner-corner baring ni *ini pulak dah macam statement bila wartawan tanya saya pulak. Keh-keh-keh*

Tengah-tengah kita orang buat rambut, Fasha tetiba muncul dengan dress putih. Haha~tetiba nak rasa panik. Suasana senyap je time tu *dah macam bernovel pulak* sebab memang kita orang berdua je yang ada dekat situ. Fasha tak tegur pun kita orang tapi senyum sekali imbas *artis kan busy kan? Kan?* Dan tengah-tengah sunyi sepi tu, tetiba opis-mate saya tegur Fasha "Hai, Fasha!" Saya pun menyibuklah sekali time tu. Bila opis-mate saya tanya untuk ajak bergambar, dia macam serba-salah je. Jawapan dia, dia ada shooting kejap lagik. Bila diajak lagik, dia kata kejap lagiklah. Saya yang duduk bersebelahan dengan opis-mate saya dah rasa macam kerut-kerut dahi dah. Tetiba tah macam mana datang pulak 2-3 orang customer dia siap bawa anak sekali. Kali ni, saya peratikan dia bersemangat layan customer dia. Senyum simpul je mulut dia dan yang tak tahan siap bergambar lagik hokeh *eh-eh, saya tak cemburu lah* Customer dia just datang untuk tanya-tanya je. Bunyi/Nada ayat customer dia, saya budget customer itu memang die-hard-fan dia.

Lepas tu sunyi balik semula. Fasha pulak sibuk ke depan, ke belakang, tukarkan towellah dan macam-macam lagiklah. Tetiba dengar dia panggil Zeti dengan nada yang cam serius je. Lepas tu dia orang berbincang apa tah. Bila dah habis bincang, again opis-mate saya ambik peluang ajak bergambar lagik sekali dan tanya apa-apa yang patut. Saya memang salute dengan opis-mate saya ni sebab dia memang 'Hati Kering' ha-ha-ha. Saya dekat sebelah dengar jelah apa yang dorang borak. Pada saya, saya ni orang lain yang datang salon/rumah orang. So, sepatutnya tuan rumah lah yang kena peramah tanya apa-apa yang patut. Macam tak best pulak nak beramah mesra kalau tuan rumah macam kaku semacam je.


Dah alang-alang opis-mate saya bergambar. Saya pun join sekaki ajak bergambar. Waktu ni rambut saya tengah proses rebonding

Agaknya Fasha ingat kita orang ni reporter ke? Sebab tu macam serba-salah. Kalau dia peramah hari tu dan cam mesra dengan saya kompom dia dah tambah lagi sorang peminat. Tapi sebab dia macam biasa je, so saya rasa biasa jelah. Takdelah rasa special sangat pun bila datang sini walaupun tau dia artis popular. Cuma Fasha beruntung sebab ada pekerja yang peramah dan baik yang suka layan customer.

Tapi macam mana pun sebelum balik sempat gaklah snap gambar lagik dengan Fasha *aktiviti wajib hi-hi-hi*. So, mari layan gambar-gambar yang lain.

Yeay! Dah siap dah!

 Kiri tu Zeti, kanan tulah Mario

Owner Salon Chinta - Fasha Sandha, bukan yang kanan tapi yang kiri hihi


p/s: Ini adalah pengalaman peribadi saya. Anda pula bagaimana?




2 comments:

  1. mahal tak rate kat salun dia??

    ReplyDelete
  2. cantik gak rambut akak ni ye diaorg cuci :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)