Blogger templates

May 23, 2012

Hadiah Hari Guru

Hari Ahad (20 Mei 2012) baru-baru ni punyalah kita orang sibuk cari hadiah hari guru untuk favourite's teacher Danish dekat Q-dees (nilah punca kenapa entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/resepi-kek-cotton-cheese-cotton.html lambat keluar. Letih jalan-jalan cari hadiahlah katakan). Duhh... tapi terukkan, sepatutnya hadiah ni semua dah diserahkan pada hari guru 16 Mei 2012 (Rabu) lepas. Memandangkan mama dan papa terlampau sibuk dengan kerja pejabat dan tak berkesempatan nak belikan hadiah, nak tak nak terpaksalah Danish serahkan hadiah untuk hari guru pada pagi ni. Lebih kurang macam happy belated teachers day jugaklah. Hehehe... Yang penting tanda ingatan dan penghargaan Danish untuk guru-guru yang mengajarnya. Tahun lepas pun jadi macam gini jugak. Hahaha... Mama asyik terlupa je tarikh sebenar hari ibu, bapa dengan guru ni. Kan bagus kalau kerajaan bagi cuti umum, mesti tiap-tiap tahun mama takkan lupa punya! Danish pun takde nak cerita dekat mama samada Q-dees ada buat sambutan hari guru ke tidak. Adehh... manalah mama nak tahu semua ni.

Bila i balik dari pejabat (16 Mei 2012, Rabu), Danish mengadu yang dia sorang je tak bagi hadiah dekat teacher, automatik i rasa bersalah sangat. Alahai, kesian anak mama ye. Jadi demi memenuhi impian Danish untuk belikan hadiah, i janji yang hujung minggu nanti i bawa dia cari hadiah untuk teacher. Bila tanya soalan, berapa ramai teacher yang Danish nak bagi hadiah. Danish tak fikir panjang terus sebut 5 orang (hamboi... kemain anak mama sampai 5 orang nak dibelinya hadiah. Nasib tak semua teacher dekat Q-dees tu. Pening sekejap mama jadinya nanti. Hehehe...) Yelah, bab-bab nak mencari hadiah ni bukannya senang tau kawan-kawan. Silap hari bulan daripada bersemangat nak beli, terus ubah fikiran tak jadi beli. 

Faktor utama dalam setiap pemilihan hadiah biasanya i suka letakkan dirinya dalam situasi orang yang nak terima hadiah (tak kisahlah walaupun minat orang tu tak sama dengan i sekali pun). Yang penting, hadiah yang i beli mesti boleh digunakan, nampak comel (ini penting ni!) dan akhir sekali mestilah dengan harga yang bersesuaian (uikss... mama over tau, siapa nak bagi hadiah dekat siapa ni? Hahaha). Kalau Danish ni, takdenya dia kisah nak fikir semua ni. Ada ke patut dia nak belikan beg kertas Hello Kitty aje untuk teacher nya. Yang buat i nak tergelak tu, Danish siap bersungguh-sungguh cakap, teacher Danish suka paper bag ni!

Ish, tak sampai hati pulak i nak belikan teacher Danish paper bag je. Jadi, korang nak tahu apa yang i beli? I belikan food tray / dulang makanan. Pening nak pilih 5 jenis hadiah yang berlainan, i borong sekali 5 food tray tapi berlainan corak setiap satu (adil dan saksama gitu). Danish pun senang nak bawa ke Q-dees. Kalau barang-barang kaca, silap-silap dah bertukar jadi bentuk lain pulak bila sampai dekat tangan teacher. Nasib baiklah jugak teacher Danish semuanya perempuan. Jadi senanglah sikit kerja i untuk buat pilihan. Hehehe... Yang bestnya, lepas dah beli hadiah semua, i tak jumpa pulak kertas pembalut hadiah (huhuhu... dugaan betul). Jawabnya kenalah i guna kreativiti sendiri macam mana nak balut hadiah supaya nampak menarik. Korang nak tengok? Jom tengok gambar bawah ok.








p/s : i transform dan gunakan kertas coklat yang selalu orang guna untuk pos barang, penebuk lubang bercorak serta ribbon untuk jadikan ala-ala paper bag comel supaya senang nak isi hadiah.

36 comments:

  1. kak reenaaa beli kat mana penebuk lubang corak yg camtu..
    tomeyy la..nk beli jugeee...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah lama beli sebenarnya, tak ingat kedai yang mana. Tapi tak salah akak, akak pernah nampak kedai buku POPULAR, Ikano Power Centre pun ada jual puncher yang ada macam-macam corak ni :) Cuba awak cari k.

      Delete
  2. cantiklah pembalut hadiah tu... btw mana nak cari penebuk lubang bercorak tu? comel la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pernah jumpa dekat Kedai Buku POPULAR, Ikano Power Centre. Nanti cuba awak carik, rasanya mana-mana POPULAR ada kot :)

      Delete
  3. nak jadik cikgu danish aaaaa...
    sukaaaaaa.....
    sis, kat ner u beli penebuk lubang tu....
    i have a few tapi yg corat cenggitu tak der lah plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corak puncher macam ni ada certain kedai buku yang ada sis. Yang kita punya ni tak sure kat kedai yang mana. Tapi pernah nampak dekat Kedai Buku POPULAR, Ikano Power Centre :)

      Delete
  4. Cantik... tak terfikir pulak sblm2 ni nak buat cam tu.

    ReplyDelete
  5. thn dpn nak jadi teacher dlm bloglah dgn harapan dpt adiah LOL...

    keretif betul mama danish ni..^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... Uchi jadi teacher bahasa jawa ok kot. Hehehe...

      Mekasih Uchi.

      Delete
  6. kakak seorang ni memang creatif. hehehe.

    comel betul danish ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekacih Wana, Danish memang suka bercakap, ada je benda-benda yang kita tak sangka kadang-kadang tu :)

      Delete
  7. cantiknya..reena ni memang kreatif la..save budget and sweet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih Atie. Hehehe... memang save budget gitu :)

      Delete
  8. u memang kretif.. untung cikgu zaman sekarang kan, mesti penuh bonet kete time teachers day..

    dulu sy tak penah bagi cikgu hadiah.. ramai bebenor.. poket pulak kering.. hahhaaaaa.. kedekut tak aiii?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... eh-eh macam sama je kita. Kalau bagi pun sorang je. Bukan tak hargai tapi takde duit nak beli banyak-banyak :)

      Delete
  9. kreatif.. msti etacher danish pun suke.. :)

    salam kenal sis.. sy follow sini k.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah kan? :)

      Ya, salam kenal awak. Kejap lagik kita follow awak ok :)

      Delete
  10. Kreatif la K.reena nie...suke...suke...suke...:)

    ReplyDelete
  11. aku suka giler tang pembalut hadiah tu. ko mmg pandai bab kretiviti dan jimat kos kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih... yelah zaman segala benda kena bayar pakai duit ni kenalah bertindak kreatif untuk jimat kan Hanie :)

      Delete
  12. Saya paling suke wrapping bag yang sempoi dan kretip tu.. Cayalah Kak Reena =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... mekasih Tny... Lama tak dengar khabar dia :)

      Delete
  13. Cantik,menarik,tertarik kak Anis tengok wrapping tu...
    Sama lar kita coz Smart Reader boy akak baru celebrate Teacher's Day hari ni...kami buat goodies utk students pakai bento tools Daiso yg sgt useful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... akak bagi goodies sekali untuk student sempena Teacher's Day?? Wahhh... bestnya :) Hehehe...

      Delete
    2. Boy Emir tu dah tak sabar nak tgu Bday dia bulan 8 nak bagi goodies kat kawan2...so terpaksa lar mama dia turutkan aje hi hi

      Delete
    3. Hahaha... patutla :)

      Janji dorang happy Kak Anis :)

      Delete
  14. Reena, tq so much. The reason taknak bg tau celebration Hari Guru sbb taknak the children paksa parents beli present. Tp parents sekrg mmg very thoughtful. Penuh dua2 tgn teachers bwk balik presents. Thx again. Excited Danish bg teachers present, siap bg tau "this is from my mother"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.... kalau bagitahu kan best Kak Emy, takpe setahun sekali je. Kalau hari-hari, err... tetap pilih sekali setahun je bagi hadiah kot sempena Teacher's Day. Hehehe....

      Delete
  15. uik...cantik pulak la paper bag tu..berkenan pulak...:)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)