Blogger templates

Mar 25, 2012

Johor Premium Outlets

Sebagai anak kelahiran Johor, i bangga tau bila tengok negeri kelahiran i dah semakin berkembang maju. Tak sangka banyak tempat-tempat yang menarik dah muncul di Johor sekarang ni. Dan salah satunya ialah Johor Premium Outlets (juga dikenali sebagai JPO) yang terletak di Indahpura (tengok tu, nama-nama kawasan dekat Johor sekarang ni pun dah nama baru. Klasik gitu. Hehehe). Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan lebuhraya Utara Selatan, kalau dari arah Kuala Lumpur boleh nampak JPO di sebelah kiri sebelum tol keluar Lapangan Terbang Senai (Senai Airport exit toll).

Alamat Johor Premium Outlets ialah :-

Jalan Premium Outlets
Indahpura
81000 Kulaijaya
Johor, Malaysia

Koordinat GPS : 1º 36’31” N 103º 37’59” E

Waktu operasi : Setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam


APA SEBENARNYA JOHOR PREMIUM OUTLETS?

Ianya adalah sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan 80 rangkaian jenama terbaik dalam persekitaran terbuka dan unik. Antara barangan berjenama terkenal yang ada di Johor Premium Outlets ialah seperti Coach, Burberry, Canali, Gap, Ralph Lauren dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya diskaun sebanyak 25% hingga 65% boleh diperolehi di sini setiap hari melalui harga penjimatan terus daripada kilang (factory-direct savings). Keadaan susun atur kedai / butik, pelbagai kemudahan disediakan dan persekitaran yang luas memberikan keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Johor Premium Outlets telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Razak pada 11hb Disember 2011.

Johor Premium Outlets mempunyai dua aras. Satu bahagian terletak di aras bawah jalan dan satu bahagian lagi di aras atas jalan.

Nak tengok senarai kedai / butik jenama lain di Johor Premium Outlets, korang bolehlah klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing

Adakalanya penjimatan tambahan ada ditawarkan pada masa-masa tertentu, jadi sebelum pergi ke JPO, korang bolehlah periksa di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/sales-events


CARA UNTUK PERGI KE JOHOR PREMIUM OUTLETS

Terdapat pelbagai pilihan laluan yang korang boleh ikuti untuk pergi Johor Premium Outlets. Bagi yang tak biasa, rasanya korang mungkin akan tersesat (i lah, antara orang yang tersesat tu. Hehehe). Walaupun ikutkan sebenarnya lokasi JPO ni takdelah susah mana sebab terletak betul-betul di tepi lebuhraya Utara Selatan. Jadi untuk memudahkan korang, sesiapa yang datang dari arah Utara / Kuala Lumpur, i cadangkan korang keluar di Exit 302A (Lapangan Terbang Senai). Dari situ, korang akan nampak papan tanda arah ke Johor Premium Outlets. Ikut arah papan tanda tu dan tak sampai 10 minit, korang akan tiba di Johor Premium Outlets. Untuk sesiapa yang datang dari arah yang berlainan atau dari Singapura (Singapore), korang boleh rujuk peta di bawah atau klik pada link ini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/directions

Peta lokasi Johor Premium Outlets

I suka dengan suasana di Johor Premium Outlets ni sebab lain dari yang lain. Kawasan untuk istirehat, tandas, surau, tempat makan, kemudahan mesin ATM (untuk Maybank sahaja) dan lain-lain lagi ada disediakan dekat sini. Harga diskaun yang ditawarkan pada i, sama je macam dekat Kuala Lumpur bila waktu sales / jualan murah. Kalau tanya i mana best antara shopping dekat sini atau dekat Kuala Lumpur. Sorry korang, i terpaksa jawab shopping dekat Kuala Lumpur kot sebab kebanyakan design / rekabentuk dan saiz yang i nak lagik banyak stok yang menarik di Kuala Lumpur berbanding di JPO. Lagipun i nak ingatkan korang yang harga diskaun bukanlah untuk design yang latest / terbaru. Kalau design terbaru yang turun harga, fuhh... mau tak tentu arah i jadinya. Heheheh... Sebab harga latest design macam tak mampu nak rembat walaupun macam dah berkenan aje dekat butik Ralph Lauren tadi. Jadi i hanya cuci-cuci mata je.

Untuk pengetahuan korang lagik, beberapa butik yang terkenal (macam Coach dan Burberry) tak terima kunjungan yang ramai dalam satu-satu masa. Jangan pelik, kalau korang perasan ada yang kena beratur waktu nak masuk butik nanti. Makanan di sini pula, pada i macam tak banyak pilihan. Rasanya lagik elok kalau korang penuhkan perut dulu sebelum tiba dekat sini. Caj / harga parking (tempat letak kereta) ialah RM3.00 (untuk 3 jam pertama).

Nak tengok lokasi cawangan lain Premium Outlets di luar negara seperti di Jepun, Korea, USA dan Mexico boleh klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/worldwide

Ok, jom tengok gambar.



















p/s : Kalau tengok daripada gambar i semua ni, korang percaya tak yang ini dekat negeri Johor?


28 comments:

  1. taknaklah pegi nanti rambang mata haha ok i nampak roxy di situ :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Tau dah Roxy feberet brand Cha. Actually faberet brand akak jugak tau dear :)

      Delete
  2. orang yang duk jauh dah smpi..
    aku yg duk kat Jb nie pun tak smpi² lagi...
    heeeeheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... Takpe Eita, at least nanti anak kau dah besar sikit. Tiap-tiap hujung minggu boleh datang sini. Kalau aku setahun sekalilah kot. Hehehe

      Delete
  3. tak pernah pi lagi.dengar murah2..santekla the way u pakai tudung...susah tak nak pakai tudung cam gitu and the kaler so nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah2 untuk yg pattern agak outdated sikitlah kot dear. Hehehe.... (biasalahkan)

      Thanks for the complimentary. Alahai dear, kita main lilit je sebenarnya. Maybe sebab dah biasa takdelah rasa susah sangat. Rasa seronok lagik ada sebab mcm2 gaya boleh experimental dgn pashmina ni. Better choose jenis light pashmina, jadi senang nak bentuk dan bila kena tiup angin tak berserabut :)

      Delete
  4. dah sampai dah...tapi masatu baru ngat bukak.. tapi kalau tak berapa der duit gi tak syiok ngat.. bawak budak kecik yang kepanasan mmg tak best nak shopping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepanasan tu setuju sangat dear. Terkejut tengok keliling JPO takde apa2 pun. Hehehe... Anyway but still the nice place to visit.

      Lagi satu setuju jugak bab duit tu, kalau dtg JPO sekadar cuci mata memang rasa mcm frustrated sikit sbb semua org bawa beg kertas ada branded name sini-sana. Sesiapa yg betul2 nak dtg untuk bershopping tu kena pastikan duit bawak banyak2 barulah keluar dgn senyuman lebar :)

      Delete
  5. oooo bestnyaaaa...
    sangat maju negeri tumpah darahku jua..
    reena johor belah mana? saya muo ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Memang best pun mak encik kalau waktu tu duit ada kepuk-kepuk (entah bilalah tu?)

      Wahhh selamat berkenalan org Johor, mak ayah saya orang Kluang :)

      Delete
  6. kak, jannah org johor tapi tak sampai lagi. tak interested plak nak ke sana. tp dalam planning gak nak round2 sana. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jannah nak kawin lagik sesuai pergi sana. Mana tau ada yg berkenan bolehlah buat tambah dulang kahwin nanti. Hehehe

      Delete
  7. hello kitty theme park pon kt joho yeay!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ahkan dear, tak sabar nak tunggu Hello Kitty Theme Park ni bukak :)

      Delete
  8. absolutely!
    brg2 dia senang ckp npk buyuk2 skit..heheh..
    but ada jugak org yg beli maybe ada yg kna dgn taste diorg kan
    klu nk compare harga mmg x baloi dgn brgnya
    maybe bg yg byk2 sgt duitnya x pela kot..
    view dia mmg cantik kan
    yes agree jugak food dia pn x bpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kadang-kadang org beli sebab nakkan ada collection daripada nama brand tu jugak kot. Hehehe... Saya suka jugak vintage style tapi... vintage kat sini pattern dia macam tak berapa kena lah kan? :)

      Delete
  9. wah..baru tahu nie dekat Johor ada JPO,ketinggalan betullah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... Puan Kutu baru je bukak ni. Nanti datang Johor ronda-ronda sini ok? :)

      Delete
  10. eh reena tq sbb post dlm entry..ai pestaim dgr tmpt nie...

    ReplyDelete
  11. Nice de way u pki tudung n de colour of tudung oso nice. Leh demo x

    ReplyDelete
  12. salam... sronok la bce blog u ni... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam :)

      Yeke? Alahai terharu kita. Macih ye :)

      Delete

  13. Outlet-oulet diMalaysia sekarang sudah mula mengikut design outlet township seperti outlet-outlet di Australia. Jelas kelihatan dibandingkan dengan outlet-outlet semasa saya di melbourne, sydney & sedikit spt perth. Proud that Malaysia sedang menuju ke arah menjadi negara maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah :) Yang penting semua orang kena bersatu-padu. Hehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)