Blogger templates

Jul 10, 2012

Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan

Hari ni i nak bawa korang semua jalan-jalan ke Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah. Oh, i baru teringat, Wana pernah tanyakan soalan ada apa yang menarik di sekitar Kuala Pilah dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/hotel-melang-inn.html. Kalau Wana nak tahu, inilah antara tempat yang best yang Wana boleh datang melawat nanti. Hehehe... bunyi macam super teruja sangat nak datang sini kan? Especially bila korang baca kata-kata i yang Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti ni best sangat. Ok, tak nak bersikap pentingkan diri sendiri. Hehehe... Nanti bila korang pergi, lepas tu korang kata boring sebab cuma dapat tengok barang-barang lama (yang dah berdebu dah pun), tak pasal-pasal i dipersalahkan pulak (ish-ish-ish). Untuk korang yang jenis suka tengok tempat-tempat menarik, sukakan sejarah dan nak jadikan ianya sebahagian daripada pengalaman peribadi sendiri. Hah, memang tak rugi pun datang jalan-jalan dekat sini.

Tapikan syhhh... korang jangan bagitahu sesiapa tau. Kalau korang nak tahu zaman sekolah dulu-dulu, i memang boring gila dengan subjek Sejarah. Ya Allah, rasa macam nak terjatuh biji mata i tahan mengantuk, bila cikgu Sejarah start membebel dekat depan kelas (adeh, ikutkan hati i, nak aje lukis gambar bola mata dekat kelopak mata i tu. Keh-keh-keh). Punca boring? I rasa bermasalah betul nak hafal tarikh-tarikh bersejarah, nak ingatkan nama orang / raja dulu-dulu (nama retis bolehlah kau ingat pulak ye? Hehehe), dan hubungan / kaitan antara satu sejarah dengan sejarah yang lain. Haishh... fed-up betul! Biarlah sejarah tu berlalu pergi. Hahaha! (anak-anak tolong jangan contohi mama ye?). Tapi kelakarnya, kalau pergi tempat-tempat bersejarah, takdelah pulak i rasa boring. Rasa over seronok lagik adalah. Sampaikan, kalau pergi berulang-ulang kali pun i tak kisah.

Ok, kita lupakan dulu kisah 'sejarah' i tu. Hehehe. Kita sambung balik kisah Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti. Nak tahu tak, i kagum betul dengan rekabentuk Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti. Cantik dan unik sangat. Dan apa yang menarik perhatian i ialah keadaan tangga untuk ke bahagian tingkat dua dan tiga Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti ni. Walaupun kecil dan curam (korang kena hati-hati waktu memanjat) tapi interesting untuk korang cuba.

Istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai pelbagai motif bunga yang diukir pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium Diraja khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini. Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga Diraja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan Diraja.

Nak dapatkan info lengkap mengenai Istana Lama Seri Menanti, korang boleh rujuk dekat sini ---> http://www.arkib.gov.my/istana-lama-seri-menanti

Di bawah ini adalah antara catatan / kisah sejarah untuk korang baca mengenai Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti dan barangan yang berada disekitarnya.


MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalan tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu yang mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan 'Tingkat Gunung'. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung" pula menempatkan khazanah diraja.



BATU KASUR (Batu Timbang)

Replika batu ini adalah contoh berdasarkan bentuk asal yang terdapat di Alam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun jelatang yang sangat gatal di samping gangguan lain selama berada di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya ditabalkan menjadi Raja Negeri Sembilan.


REPLIKA BATU BERTIKAM

Replika Batu Bertikam ini contoh asal yang terdapat di Kacamantan (kampong) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia pendamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian Sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan.

Menurut cerita bahawa Dt Katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dah keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu (Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu Balukan Sungai Kayu Batarok) yang dijadikan sebagai Pusat Pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dt Bentara Putih.

Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain dari Sistem Adat Caniago tersebut dan ia telah dipakai sama oleh kota-kota lain sekitarnya.


TABUH

Tabuh adalah peralatan yang lazimnya terdapat di surau dan masjid. Ia adalah alat perhubungan utama yang mengeluarkan isyarat bunyi apabila dipalu dengan menggunakan kayu khas bagi tujuan memberitahu seluruh penduduk kampung setiap kali masuknya waktu solat, berbuka puasa, bersahur, kematian dan berita.


Alamat Muzium Diraja Seri Menanti :-
71550 Seri Menanti Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Nombor telefon / faksimili : [06] 497 9653

MASUK ADALAH PERCUMA

Waktu lawatan :-

Untuk hari Isnin hingga hari Khamis bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 12:45 petang, kemudian bersambung dari pukul 2:00 petang hingga 5:45 petang.

Manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 10:00 pagi hingga 12:15 petang, kemudian bersambung dari pukul 2:45 petang hingga 5:45 petang.

Dan untuk hari Sabtu hingga Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 5:45 petang.


Kedudukan lokasi Muzium Diraja Seri Menanti terletak berhampiran dengan pekan Bandar Diraja Seri Menanti. Selepas melalui pintu gerbang besar yang tertulis Bandar Diraja Seri Menanti, lebih kurang 1 atau 2 kilometer di hadapan korang akan lihat sebuah Istana / Muzium Diraja Seri Menanti tersergam megah betul-betul berlatar belakangkan keindahan gunung-ganang.






Terasa macam balik kampung sendiri pulak (eceh!)
Ada kedai cenderamata dekat sini.
Anak-anak i happy main ting-ting dekat bawah rumah.
Tiba-tiba mama bergaya ala-ala model pulak sebelum masuk muzium. Hahaha.. sebenarnya lambat sangat tunggu papa snap gambar. So, saja buat macam-macam aksi, sekali ini jadinya. Kelakar!

Singgahsana bukan Restoran Singgah Selalu ye. Hehehe...
Damien tolong kemas meja makan.
Hari-hari dapat tengok permandangan dari rumah sendiri macam ni, tenang je fikiran rasa.
Lepak-lepak dekat beranda istana. Sejuk. Banyak angin lalu dekat sini.

Ni nama dia tandu kan?

p/s : Menarikkan datang sini?

30 comments:

  1. Baru pergi kuala pilah minggu lepas ada kenduri kawin tapi tak jalan2 kat sini...

    menarik jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah... nanti lain kali datang sini ye Lela :)

      Delete
  2. aku paling suka subjek sejarah.. pasal time sekolah dulu dapat cikgu yg best heheee..

    ReplyDelete
  3. PERCUMA????boleh pegi nie bawa mirza tengok sejarah...psst psstttt reena kite pon tak minat jugak sejarah.....rasa cubjek tue boringggggg giler lah...

    ReplyDelete
  4. serious menarik..next time nak pergi la jalan2 kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah... nak ambil gambar pun cantik dekat sini tau :)

      Delete
  5. memang menarikla tempat ni....bagus bwk kanak2...nak kenal asal usul...santek baju kurung u...cam gadis pingitan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh... walaupun dorang tak berapa faham lagik tapi seronok bila bercerita dengan dorang pasal sejarah ni. Alahai macih Posh :)

      Delete
  6. Wah,sekian lama balik Rembau x pernah pon hubby akak ajak ke sini...tq sis coz bagitau psl tempat ni.
    P/s : hubby kak Anis org Rembau tapi dah merantau ke Pagoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... nanti try datang sini eh Kak Anis :)

      Delete
  7. dulu masa kecik2 slalu berangan nk tinggal kat istana hkahakhka

    ReplyDelete
  8. Sy nama je org negeri sembilan kak tp tak pnh smpai sini lg :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh masuk list lawatan ye Cha :)

      Delete
  9. ala sweet nya reena pg muzium pkai baju kurung..very classic tauu..kna dgn tmptnya..
    akak pun kan x minat sejarah..kalau tgk result mmg kecorottt je lah grednya..hehe

    susah ye anak raja dulu nk jd raja..byk dugaan siap kna tdo atas batu alas daun gatal plak tu..

    kemas teratur bersih je muzium ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemas teratur tu bolehlah kak, tapi bab bersih tu hihihi... berdebu jugaklah :)

      Maklumlah nak jadi anak raja kenalah tough kan. Hehehe...

      Delete
  10. sy pun tak suka sejarah, nasib SPM x amik subject tu, kalau tk mesti fail.. heheee..

    duduk dekat pun sy tk sampai2 lagi kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... samalah kita FAR, memang fokus dekat 6 subjek utama je. Sejarah tolak tepi

      Delete
  11. Hijau kuning lambang negeriku..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chewahhh!! Negeri Kedah ke Atie :) hehehe...

      Delete
  12. kak reena,kena betul ngan baju kurung & tudung kuning diraja tue..anak dara kak reena pun pakai gaun kuning..nampak sgt² sesuai..dah mcm kerabat diraja plak..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... a'ah eh, akak pun tak perasan. Patutlah macam rasa matching je dengan istana ni. Hehehe...

      Delete
  13. Ye ye memang menarik tempat ni, dan yan gpaling menarik sebab ianya masuk percuma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berbayar tu fikir jugaklah dua, tiga kali nak masuk ke tak. Hehehe...

      Delete
  14. teringin plak nak pegi bb struktur istana ni mcm rumah.rasa mcm kat rumah sendiri..uhuk..hahaha..tanpa paku.pakai tanggam la tu.terrer kan org dulu dulu.

    then ujian utk jd raja tu mmg taff.perrghh..tak sanggup beta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaa... rasa-rasanya orang yang nak buat dulu-dulu mesti rasa seksa gila kan. Kalaulah rumah sekarang kena bina macam ni, mau berapa tahun nak siapnya. Hehehe

      Delete
  15. same lah kite kak. hehehe

    dulu2 duduk asrama kalau nak tido baca buku sejarah je lah.
    kekekeke

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)