Blogger templates

Mar 21, 2012

Pakej Streamyx

Sesiapa yang baru nak masukkan Streamyx line dekat rumah atau merupakan pelanggan setia Streamyx macam i (entry suka-duka bersama Streamyx boleh baca dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/02/masalah-dengan-streamyx.html) teringin nak buat broadband data upgrade (peningkatan data Broadband) dari 1Mbps ke 2Mbps atau dari 2Mbps ke 4Mbps. Telekom Malaysia kini, ada menyediakan tawaran menarik dengan pelbagai faedah melalui Pakej Broadband dan Telefon untuk korang semua (bunyi dah macam best kan?)

Manakala bagi korang semua yang belum ada talian Streamyx dekat rumah dan dah mula terasa bahang putus asa dengan berukban broadband dari Maxis dengan Celcom yang menggigil terkelip-kelip nak cari signal line umpama macam kena tiup angin. Apa kata korang baca dan tengok apa yang menarik mengenai tawaran Telekom Malaysia dekat bawah.


Tawaran Broadband / Broadband Deal terdiri daripada :-

1. RM110.00 sebulan untuk 1Mbps;
2. RM130.00 sebulan untuk 2Mbps;
3. RM140.00 sebulan untuk 4Mbps.

Tawaran Broadband / Broadband deal yang disediakan ialah termasuk :-

1. Modem WiFi percuma;
2. TM WiFi ID percuma;
3. Telefon Cordless (tanpa kord) percuma;
4. Panggilan percuma ke mana-mana talian telefon TM di kawasan yang sama;
5. Kadar tetap 10 sen seminit untuk semua talian telefon dan talian telefon TM di kawasan yang berlainan.

Manakala terma dan syarat-syarat yang macam tak best nak baca ialah :-

1. Sewa telefon dan jalur lebar tidak dikenakan bayaran berasingan;
2. Modem WiFi PERCUMA dengan satu tahun waranti hanya diberikan kepada pelanggan baru dan pelanggan sedia ada dengan modem berwayar;
3. Modem tidak akan diberikan kepada pelanggan sedia ada yang melanggan untuk pakej dengan modem WiFi.
5. Tertakluk kepada service availability / ketersediaan khidmat;
6. Setelah Broadband diaktifkan, pelanggan dikehendaki untuk membawa bersama Slip Pengesahan Multimedia untuk mendapatkan Telefon Cordles mereka di mana-mana cawangan TMpoint (hah, ingat ni! Jangan lupa ambil tau);
7. TM berhak untuk mengubah model Telefon tanpa kord, bergantung kepada stok yang ada;
8. Untuk Perkhidmatan Jalur Lebar dan Telefon, pelanggan boleh mula menikmati pelan panggilan pada tarikh bil berikutnya selepas perkhidmatan Jalur Lebar diaktifkan;
9. Pelanggan boleh berpindah daripada pelan panggilan sedia ada kepada pelan yang baru. Pelan panggilan sedia ada akan ditamatkan pada tarikh bil berikutnya;
10. Bagi pakej Telefon, pelanggan boleh mula menikmati pelan panggilan pada tarikh bil Telefon seterusnya;
11. Terma dan syarat standard / biasa tetap dikenakan untuk Broadband dan Telefon;
12. Telefon tanpa kord adalah hanya untuk langganan baru dan mereka yang membuat peningkatan kelajuan yang lebih tinggi (upgrading to higher speed);
13. Pelanggan berhak untuk mendapatkan Telefon tanpa kord yang baru apabila membuat peningkatan kelajuan dari perkhidmatan lain kepada pakej Broadband dan Telefon;
14. Pelanggan berhak untuk Telefon tanpa kord apabila bertukar kepada kelajuan yang lebih tinggi;
15. Pelanggan hanya layak untuk 1 telefon tanpa kord PERCUMA untuk pakej ini. Tiada telefon tanpa kord baru akan diberikan sekali lagi apabila menaik taraf kepada kelajuan yang lebih tinggi dalam pakej Broadband dan Telefon yang sama.

Korang berminat? Apa lagik, cepat dapatkan tawaran menarik ini melalui link dekat sini ---> http://www.tm.com.my/ap/contact/Pages/broadbandenquiries.aspx

Nak tengok rupa telefon cordless yang i dapat secara percuma sebab buat upgrading dari 1Mbps kepada 2Mbps gara-gara ramai sangat dalam rumah ni yang menjerit-jerit bila nak download games jadi lambat (siapa lagik kalau bukan anak-anak i yang main komputer / iPad ngalahkan orang tua. Adehhh...). Korang boleh tengok gambar dekat bawah ok? Cantik jugak telefon cordless ni, stylish gitu. Yang paling best tu telefon cordless ni daripada brand / jenama Motorola (maksudnya Telekom takdelah kejam sangat sampai bagi telefon percuma yang pelik-pelik atau perkataan yang i suka sebut, bagi 'telefon cikai'. Hehehe). Baru je i dan hubby terniat macam nak beli telefon cordless baru, sebabnya kita orang tak larat nak kejar telefon yang berbunyi dekat tingkat bawah. Fuh... jimat duit kita orang bila Telekom dah bagi percuma kihkihkih...

Sekali imbas macam rupa handphone dulu-dulu kan?



p/s : Kalau dulu-dulu rumah takde telefon, siapa pun tak hairan. Tapi sekarang ni, bila sebut takde handphone, semua pakat buat muka terkejut. Hehehe

12 comments:

  1. Skang ni handphone n broadband dah jadi macam wajib kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... dah takde sunat-sunat dah dear. Hehehe

      Delete
  2. 3tahun lepas jannah reg Streamyx tak dapat pon free cordless tuh. hari tu en tunang reg dapat free nie. jeles tau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kesian Jannah, cepat pergi rembat dekat Encik Tunang :)

      Delete
  3. pakai pape pun kdg mcm sesengal jugekk :p
    hp wajib.broadband pun.kalau xde zaman skng mmg mcm noob kot.hew
    zaman makin maju kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... kalau tak join teknologi zaman sekarang dah umpama jadi macam orang zaman batu dah ni. Hehehe

      Delete
  4. p/s : Kalau dulu-dulu rumah takde telefon, siapa pun tak hairan. Tapi sekarang ni, bila sebut takde handphone, semua pakat buat muka terkejut. Hehehe <-----bce dri atas sampai bawah..part yg ni buat senyum byk reena oiit..tqvm pndai susun ayt lucu..ohsemm...

    ai dah langgan streamyx dekat 2 thn pasni nk bercerai talak 3 sbb nk tukar angin..terai nk gune p1 wimax pulak...hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehh... kerek kau dengan P1 Wimax ye, mentang2 dah ada bini baru. Nanti bila bini baru carik pasal, barulah kau teringat bini lama Streamyx. Nanti, tak pasal-pasal kena cari cina buta. Hehehe...

      Delete
    2. uik blm cerai lagi lah...masih dlm di lema...errrrrrr.......

      kerek? hihihi ayt ni dah lame ai xgune...oldskool beb reena ni..terbaeklah gengs...ohsemmm.....*kan dah..termereng

      Delete
  5. sama dgn akak pnya....amik 1mbps je..ckp dahh
    tel umah tu yg guna anak2 je sbb diorg suke kol atok nenek free je kan..home to home

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah upgrade jadi 2mbps tapi nampak gaya macam tak cukup power lagik jugak ni. Hehehe...

      Delete
  6. pakej streamyx 8 Mbps lebih laju... sesuai kepada yang nak pasang unifi tetapi tiada coverage... saya cadangkan anda boleh daftar secara online dan percuma di http://daftarunifionline.com/

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)