Blogger templates

Showing posts with label Aksesori Kamera DSLR. Show all posts
Showing posts with label Aksesori Kamera DSLR. Show all posts

Apr 22, 2012

Tips dan Cara Simpan Kamera DSLR

Rupa-rupanya i baru tahu, bukan senang rupanya nak membela / menjaga kamera DSLR (Nikon D5100) ni eh? I ingatkan kamera mahal lagiklah tahan lasak berbanding kamera compact biasa yang i pernah ada dulu. Apataknya, kalau kamera Panasonic Lumix i yang dulu tu, takde kisahnya nak simpan macam mana pun. Habis guna, masuk je balik dalam beg kamera yang sedia ada. Tak pernah fikir pun nak kena lap sebelum simpan ke, suhu bilik tempat simpan kamera panas sangat ke, atau nak kena beli gel silika ke. Serba-serbi tak ambil peduli lah waktu ada kamera Panasonic Lumix dulu (alolo... macam anak tiri pulak bunyinya kan? Kesian Lumix yang banyak berjasa) Eh, macam mana pun kan, kamera Panasonic Lumix ni, i masih gunakan sampai sekarang tau. Cuma taklah sekerap dulu. Yelah... bila ada masa-masa / keadaan tertentu yang macam tak sesuai nak ambil / tangkap gambar dengan Nikon D5100, i gunakanlah Panasonic Lumix. Taklah terlalu menonjol sangat macam i nak tangkap gambar.

Bagi memastikan jangka hayat kamera DSLR korang panjang / lama serta berfungsi dengan baik. Di bawah ini, i berikan beberapa tips dan cara simpan DSLR untuk korang praktikkan ke atas kamera korang.

1. Simpanlah di tempat tidak lembap dan tidak terlalu panas. Contoh macam i (boleh tengok gambar dekat bawah), i gunakan bekas plastik kedap udara bersama-sama dengan gel silika. Tujuan gel silika ialah menyerap kelembapan dan mengelakkan kamera DSLR korang ditumbuhi fungus atau kulat pada lensa. Ke semua aksesori bekas plastik kedap udara dan gel silika ni i beli di Daiso. Kalau nak lagi hebat, korang boleh beli camera dry box. Cara i ni, cara berjimat cermat. Hehehe....

2. Bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama dan mengelakkan terjadinya full-discharge, korang keluarkanlah bateri kamera sewaktu menyimpan kamera DSLR. Kalau korang nak tahu, bateri Lithium-Ion atau Li-Ion yang digunakan pada kamera DSLR mengandungi circuit istimewa yang boleh melindunginya daripada overcharged atau pun undercharged. Walaubagaimanapun apabila tenaga bateri menurun hingga ke tahap voltage yang paling rendah, circuit keselamatannya ini akan terbuka dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal. Ini terjadi apabila bateri dibiarkan dalam tempoh yang lama di dalam kamera. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai bateri Lithium-Ion atau Li-Ion ini, korang boleh rujuk di sini ---> http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-menjaga-dslr-3-bateri.html.

3. Elakkan kamera DSLR korang daripada terkena sinaran matahari yang berlebihan, air laut dan pasir. Ketiga-tiga perkara ini boleh merosakkan komponen elektronik serta bahagian dalaman kamera DSLR (iaitu punca terjadinya karat dan fungus). Ianya juga melibatkan kos yang mahal untuk diperbaiki.

4. Pastikan tangan korang bebas daripada air, losyen, minyak atau kotoran lain yang boleh merosakkan kamera sewaktu mengendalikannya. Ini kerana kamera DSLR amat sensitif dengan sebarang bendasing yang melekat padanya. Yang penting, bersihkan dan keringkan tangan korang sebelum memegang kamera DSLR.

5. Sentiasa bersihkan kamera DSLR sebelum menyimpannya. Gunakan peralatan seperti kain microfiber (yang biasanya orang gunakan untuk lap cermin mata tu), blower dan marker. Nak tengok contoh peralatan membersihkan kamera yang i gunakan, boleh picit link sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/tips-apa-yang-perlu-ada-selepas-membeli.html


Inilah bekas kedap udara yang i gunakan untuk menyimpan kamera DSLR dan juga lensa. Simple je kan?



Silica gel ni bila dah habis serap kelembapan, dia bertukar jadi warna merah. Best kan?

p/s : Dah beli benda / mainan mahal ni, kenalah jaga elok-elok sebab bukan mampu beli dua, tiga lagik (huhuhu...)

Apr 7, 2012

Nikon Lens Hood / Nikon Remote Control

I nak ceritakan mengenai dua aksesori / item yang i beli untuk Nikon D5100. Ini antara aksesori kamera yang terawal i beli lepas berjaya memiliki Nikon D5100 (nak baca kisah i beli Nikon D5100, boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html). Aksesori ni ikutkan lebih kepada tambahan kegunaan kepada kamera DSLR korang. Maksudnya nampak macam benda ni tak penting, tapi bila korang gunakannya, korang akan lihat banyak kelebihan untuk kamera DSLR korang sebenarnya (eceh, cara cakap macam profesional gitu. Hehehe...)

Macam biasa nak beritahu korang dulu, yang i hanyalah peminat kamera dan tak pernah pun menghadiri apa-apa kursus mengenai fotografi. I suka mengambil gambar (dan diambil gambar. Hehehe...) Jadi tujuan buat entry ni pun sekadar nak berkongsi cerita dan ilmu ciput yang i ada melalui dari pembacaan, internet dan dari pengalaman sendiri. Kalau korang perasan, i takde teknik / cara / gaya tersendiri pun untuk mengambil gambar. Apa yang i tengok menarik melalui viewfinder, itulah gambar yang akan i tangkap. Cuma apa yang buat i gembira sebab minat atau hobi i ni sama dengan hubby i. Kami sama-sama belajar dan bertukar sebarang pendapat mengenai fotografi. Kadang-kadang dia bagi pendapat dari hasil gambar yang i ambil. Atau kadang-kadang (ikutkan selalu, tihihi...) i pulak yang complain bila tengok gambar yang dia ambil. Nilah namanya belajar sendiri-sendiri je. Kehkehkeh...

Kalau tengok dari gambar i dekat bawah ni, korang nampak macam besar tak lensa (lens) kamera Nikon D5100 ni? Kenapa boleh jadi macam ni? Sebenarnya, i pasangkan lens hood (hud lensa) pada bahagian hadapan lensa kamera. Sebab i ni pantang berjalan-jalan mesti nak ambil gambar tak kira masa dan waktu. I rasa leceh kalau terpaksa buka dan tutup penutup lensa setiap kali nak ambil gambar. Jadi, tujuan lens hood (atau nama sebenarnya ialah Bayonet Lens Hood) ni lebih kepada perlindungan (protection) kepada lensa kamera bila i tak gunakan penutup lensa. Lebih-lebih lagi kalau i terlanggar dinding atau mana-mana permukaan yang tak sepatutnya. Yang paling best, i tak ketinggalan untuk rakamkan segala detik menarik yang melibatkan keadaan sekeliling dan keluarga i. Lagipun, susah nak ambil gambar aksi candid terutama melibatkan anak-anak i. Budak-budak ni kalau disuruhnya bergaya buat kali kedua, takdenya dorang nak layan (duh...)

Selain daripada faktor nampak bergaya ala-ala profesional bila kamera korang dipakaikan dengan lens hood. Lens hood ni jugak berfungsi sebagai penghalang kepada lebihan cahaya daripada memasuki lensa sewaktu cuaca panas terik dan mengelakkan terjadinya lens flare sewaktu gambar diambil. Nak tengok contoh gambar yang disebabkan oleh lens flare dan keterangan lanjut mengenai lens flare. Korang boleh baca dekat sini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Lens_flare

Kalau korang tengok dekat kedai-kedai kamera, ada pelbagai pilihan bentuk lens hood yang korang boleh beli. Ada yang berbentuk circular hood, tulip-style hood, rectangular hood, chopped tulip hood dan chooped and capped tulip hood. Semua mempunyai fungsi masing-masing dalam menghasilkan gambar supaya kelihatan lebih menarik. Nak dapatkan keterangan lanjut untuk jenis-jenis lens hood, korang klik dekat sini ---> http://toothwalker.org/optics/lenshood.html. Cuma yang tak bestnya untuk original lens hood jenama Nikon, tak banyak pilihan bentuk yang korang boleh beli dekat Malaysia ni. Kebanyakannnya lebih kepada bentuk circular hood je. Tapi jangan risau, kalau korang tak kisah nak beli bukan dari jenama Nikon tapi bersesuaian untuk lensa Nikon, memang ada banyak sangat pilihan. Harga untuk original Nikon HB-45 Snap-On Bayonet Lens Hood yang i beli ni ialah RM85.00.

Kekurangan menggunakan lens hood ni, bila korang halakan kamera untuk ambil gambar secara makro di atas meja atau mana-mana permukaan. Contohnya : nak ambil gambar makanan. Adakalanya, lens hood ni akan menyebabkan timbulnya bayang di atas permukaan gambar. Tips atau cara untuk mengatasinya, jangan rapatkan kamera kepada objek yang korang nak ambil tapi gunakan zoom lens sebagai cara penyelesaian.

Manakala untuk aksesori atau item kedua yang i beli ialah wireless remote control (atau dalam bahasa melayu ialah alat kawalan jauh tanpa wayar). Remote control ni amat berguna kalau korang tak nak hasilkan sebarang gegaran sewaktu mengambil gambar dan mengelakkan gambar korang daripada blur (kabur) terutama sekali bila korang nak tangkap gambar pada waktu malam yang kurang cahaya, nak buat kesan aperture pada gambar atau nak ambil gambar yang bekelajuan tinggi.

Malah dengan adanya remote control ini, ianya turut memudahkan korang bergambar dengan mereka yang lain tanpa perlu terkejar-kejar berlari dihadapan kamera. Silap-silap gambar kaki korang je yang nampak. Tak pun dapat gambar kenangan korang tersungkur depan kamera sambil kena gelak (aduh!) Jadi bila ada remote control ni, korang akan rasa lebih relax (tenang) bila kendalikan kamera dan tripod. Selain tu, i perasan Hana Tajima pun suka ambil gambar dirinya sendiri dengan gunakan remote control. Kalau korang jenis orang yang segan nak bergaya depan kamera bila berdepan dengan orang lain. Rasanya bolehlah gunakan cara Hana Tajima ni. Lagipun i tahu, semua orang suka buat camwhore depan camera handphone sendirikan? Hehehe... Harga untuk Nikon ML-L3 Wireless Remote Controller (Infrared) yang i beli ialah RM59.00.

Lagi satu kelebihan menggunakan remote control ni, walaupun hanya menggunakan handheld (pegangan tangan). Korang masih boleh tangkap gambar dengan terang. Best kan?

Inilah gambar Nikon Lens Hood dan Nikon Remote Control milik i.



Danish bergambar dengan kotak Nikon HB-45 Bayonet Lens Hood Nikon

Nilah rupa Lens Hood bentuk Circular Hood

Dah ada lens hood tak payah lagik pakai penutup lensa


Kotak Nikon ML-L3 Remote Controller (Infrared)

Comel je kan?


p/s : Kalau dulu, susah nak tengok orang bawa kamera DSLR besar gedabak ke sana-sini. Sekarang ni, sana-sini orang dah pakai DSLR kan?


Jan 8, 2012

Tips Apa Yang Perlu Ada Selepas Membeli DSLR

Wahh! Buat tajuk entry berbaur profesional gitu (hahaha!). Takdela profesional mana pun, saja nak sharing seciput info yang i tau ni dengan korang. I kan caring orangnya (ahaks!)

Ikutkan masa awal-awal beli kamera Nikon D5100 DSLR dulu tu pun i main hentam je (boleh baca pengalaman i beli kamera dekat sini http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html) Maklumla, nak tanya orang-orang yang pro ni, i sendiri tak tau nak buat soalan macam mana. Bila i tanya, "macam mana kau buat gambar ni boleh jadi rupa macam ni?" Jawapan yang dorang bagi, terus buat i nganga (tapi dalam hati je la). Muka habis serius dengar explanation dorang sambil angguk-angguk kepala. Habis dengar, tak paham-paham jugak (kompom kalau time sekolah ni, kena masuk kelas corot. Oh no!) So, i pikir kalau setakat dengar je memang susah betul nak lekat dekat kepala. Nak tak nak kenala check balance dekat ATM, kena gak pujuk-pujuk hubby (mintak top-up sikit tihihi) dan kena jugak rembat seketul DSLR. Yelah, setakat baca dan dengar orang bercerita tanpa picit-picit kamera sebenar macam mana kita nak betul-betul paham. Nak tak nak kena berkorban $$$ (kaching!) sikit. Pengalaman tu yang penting, tak boleh ditukar ganti. Terasa seronoklah sikit tangkap moment penting dalam hidup dengan kamera DSLR ni, rasa macam gambar tu boleh bercakap (gitulahhh :)).

Kalau korang nak tau (untuk orang yang baru kick-start dengan kamera macam i lah), selain korang kena sediakan ongkos perbelanjaan beli kamera, korang kena jugak sediakan duit tambahan beli aksesori penting. Macam waktu i beli kamera Nikon D5100, i dah dapat 3 free gifts iaitu Beg kamera Nikon, Tripod dan Kad SD (SD Card). Tapi biasalahkan, nama pun free biasanya kad SD yang dorang tawarkan tu, kad SD yang paling simple untuk DSLR. Kad ni memang boleh guna cuma dari segi kelajuan untuk capture gambar atau nak buat movie tak berapa sesuai sebab dia quite slow (takut tersangkut-sangkut pulak). Jadi, macam i sendiri orang kedai tu offer untuk trade-in SD Card yang i dapat free tu dengan SD Card yang pantas macam roket (perkataan roket tu saje i tambah. Hehe). Biasanya SD Card yang hebat/pantas ni ada mention perkataan CLASS 10. Cuba korang tengok pic bawah ni. Nilah SD Card yang i guna :)

SD Card takde dalam bekas ni sebab apa? Sebab dah masukkan dalam kamera la. Hehe

Bila dah ada SD Card berkuasa tinggi ni senanglah i nak tangkap gambar secara laju-laju (eceh!). Lepas tu benda kedua yang penting yang i beli untuk pastikan kamera Nikon D5100 DSLR berada dalam keadaan yang selamat sejahtera ialah Lens Filter. Lens Filter ni penting untuk memelihara lens kamera korang dari diapa-apakan. Dah beli barang mainan mahal, kenalah jaga elok-elok kan? Tujuan lens filter diperlukan ialah untuk mengurangkan kemasukan cahaya UV, menjadikan objek jauh lebih jelas serta melindungi daripada habuk, calar, kelembapan dan fingerprints (for sure CSI tak boleh detect ni. Hehe). So, dekat bawah ni ialah lens filter yang i beli berjenama iLens. Tak kisah pun apa brand yang korang nak beli, janji tujuan lens filter yang korang beli tu sama macam yang i bagitau tadi.

Rasanya mana-mana bekas lens filter sama je rupa camgini.

Perkara asas ketiga yang i beli selepas ada kamera Nikon D5100 DSLR ialah Camera Cleaning Kit (dalam bahasa melayu bunyinya macam gini kot, Alatan Kecil Pencuci Kamera. Boleh gitu? Hehe) Benda-benda ni untuk memastikan lens korang tak berdebu atau berhabuk dan memastikan gambar yang terhasil lagi cantik dan sharp. Camera cleaning kit milik i ni terdiri dari Blower, Marker (ni untuk padam sebarang kesan cap jari yang ada dekat lens) dan kain lap cermin mata (eh, haha.. i tak tau nama saintifik kain ni). Nak tengok macam mana rupa sebenar benda-benda yang i ceritakan ni. Sila tengok pic bawah.

Selalunya blower untuk keyboard komputer i kecik je, sekali tengok blower untuk kamera. Hambik kau!

Lepas ni, i story lagik pasal alatan-alatan / aksesori baru yang i beli untuk kamera Nikon D5100 DSLR i ni k. Sebenarnya perkara yang i bagitau dekat entry ni bukan hanya untuk pengguna DSLR Nikon je, untuk pengguna DSLR lain pun sama je kena tau dan wajib ada benda-benda ni semua. Sebab i tau, nanti korang akan tanya soalan dekat i, "awak pakai kamera apa eh?" Sebab tulah dari awal sampai habis entry ni, korang akan perasan yang i asyik-asyik mention nama Nikon D5100 (gitulah... hehe).

p/s: Happy click-click semua! Tata