Rupa-rupanya i baru tahu, bukan senang rupanya nak membela / menjaga kamera DSLR (Nikon D5100) ni eh? I ingatkan kamera mahal lagiklah tahan lasak berbanding kamera compact biasa yang i pernah ada dulu. Apataknya, kalau kamera Panasonic Lumix i yang dulu tu, takde kisahnya nak simpan macam mana pun. Habis guna, masuk je balik dalam beg kamera yang sedia ada. Tak pernah fikir pun nak kena lap sebelum simpan ke, suhu bilik tempat simpan kamera panas sangat ke, atau nak kena beli gel silika ke. Serba-serbi tak ambil peduli lah waktu ada kamera Panasonic Lumix dulu (alolo... macam anak tiri pulak bunyinya kan? Kesian Lumix yang banyak berjasa) Eh, macam mana pun kan, kamera Panasonic Lumix ni, i masih gunakan sampai sekarang tau. Cuma taklah sekerap dulu. Yelah... bila ada masa-masa / keadaan tertentu yang macam tak sesuai nak ambil / tangkap gambar dengan Nikon D5100, i gunakanlah Panasonic Lumix. Taklah terlalu menonjol sangat macam i nak tangkap gambar.
Bagi memastikan jangka hayat kamera DSLR korang panjang / lama serta berfungsi dengan baik. Di bawah ini, i berikan beberapa tips dan cara simpan DSLR untuk korang praktikkan ke atas kamera korang.
1. Simpanlah di tempat tidak lembap dan tidak terlalu panas. Contoh macam i (boleh tengok gambar dekat bawah), i gunakan bekas plastik kedap udara bersama-sama dengan gel silika. Tujuan gel silika ialah menyerap kelembapan dan mengelakkan kamera DSLR korang ditumbuhi fungus atau kulat pada lensa. Ke semua aksesori bekas plastik kedap udara dan gel silika ni i beli di Daiso. Kalau nak lagi hebat, korang boleh beli camera dry box. Cara i ni, cara berjimat cermat. Hehehe....
2. Bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama dan mengelakkan terjadinya full-discharge, korang keluarkanlah bateri kamera sewaktu menyimpan kamera DSLR. Kalau korang nak tahu, bateri Lithium-Ion atau Li-Ion yang digunakan pada kamera DSLR mengandungi circuit istimewa yang boleh melindunginya daripada overcharged atau pun undercharged. Walaubagaimanapun apabila tenaga bateri menurun hingga ke tahap voltage yang paling rendah, circuit keselamatannya ini akan terbuka dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal. Ini terjadi apabila bateri dibiarkan dalam tempoh yang lama di dalam kamera. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai bateri Lithium-Ion atau Li-Ion ini, korang boleh rujuk di sini ---> http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-menjaga-dslr-3-bateri.html.
3. Elakkan kamera DSLR korang daripada terkena sinaran matahari yang berlebihan, air laut dan pasir. Ketiga-tiga perkara ini boleh merosakkan komponen elektronik serta bahagian dalaman kamera DSLR (iaitu punca terjadinya karat dan fungus). Ianya juga melibatkan kos yang mahal untuk diperbaiki.
4. Pastikan tangan korang bebas daripada air, losyen, minyak atau kotoran lain yang boleh merosakkan kamera sewaktu mengendalikannya. Ini kerana kamera DSLR amat sensitif dengan sebarang bendasing yang melekat padanya. Yang penting, bersihkan dan keringkan tangan korang sebelum memegang kamera DSLR.
5. Sentiasa bersihkan kamera DSLR sebelum menyimpannya. Gunakan peralatan seperti kain microfiber (yang biasanya orang gunakan untuk lap cermin mata tu), blower dan marker. Nak tengok contoh peralatan membersihkan kamera yang i gunakan, boleh picit link sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/tips-apa-yang-perlu-ada-selepas-membeli.html
Inilah bekas kedap udara yang i gunakan untuk menyimpan kamera DSLR dan juga lensa. Simple je kan?
![]() |
| Silica gel ni bila dah habis serap kelembapan, dia bertukar jadi warna merah. Best kan? |
p/s : Dah beli benda / mainan mahal ni, kenalah jaga elok-elok sebab bukan mampu beli dua, tiga lagik (huhuhu...)


