Blogger templates

Showing posts with label Aktiviti Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Keluarga. Show all posts

Dec 3, 2012

CIMB Year End Party 2012

Semalam 1 Disember 2012 (Sabtu) i berpeluang untuk menghadiri parti (perghhh... PARTY??!!) Hahaha... harap bertenang ye semua. Di dalam usia yang sepatutnya memberi contoh terbaik dekat anak-anak. Rasanya dah macam tak berapa sesuai nak join sebarang invitation party (kecuali parti harijadi la... Hehehe). Lagipun i bukanlah jenis orang yang suka dengan suasana bingit dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Huhuhu... lemas dengan macam-macam bau (pengsan!)

Anyway untuk pengetahuan korang, parti yang i hadiri ni ialah jemputan dari pihak CIMB Group (macih!) Alhamdulilah i rasa rezeki tahun ni memang cukup murah sangat. Macam mana i dapat invitation? Senang cakap sebab faktor kerja. Kalau korang nak tahu kerja yang i buat banyak relate dengan pihak bank. Dan i suka sebab boleh berkenalan dengan ramai orang. At least takdelah terperuk duduk dalam pejabat aje kan?

Parti yang dianjurkan oleh CIMB Group ini diberi nama Fusion Rendezvous Year End Party 2012 (mak aihh... berbelit lidah i nak menyebutnya. Hehe...) Parti ini diadakan dekat Saloma Theatre Restaurant (atau juga dikenali dengan nama Saloma Bistro), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Yang bestnya antara artis undangan yang menarik perhatian i untuk parti anjuran CIMB ini ialah Harith Iskandar dan Yuna (ada 2 lagi artis undangan yang lain tapi i tak kenal sangat. Sebenarnya memang tak kenal langsung pun. Hehe!) Dan yang paling menarik sekali, undangan CIMB ini bukan hanya untuk diri i seorang sahaja tapi melibatkan ahli keluarga i sekali. Maksudnya i boleh bawa husband dan anak-anak untuk memeriahkan parti (ewahhh!) Selain dari i dan family, family bos i pun turut serta jugak.

Acara bermula dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang. Yang kelakarnya, diawal ketibaan i dekat Saloma Bistro, i terasa kekok sangat. Apa taknya, bila masuk ke bahagian dewan pentas (actually lebih kepada rupa dance floor). Suasana parti memang terasa sangat (ala-ala macam korang masuk Hard Rock atau Planet Hollywood gitu... dengan lampu lip-lap). Kerusi memang tak disediakan dekat sini tapi ada beberapa meja tinggi dan makanan yang dihidangkan. Haishhh... takkan nak duduk lama-lama dalam ni dengan anak-anak i (memang tak sesuai... Hehehe) Rupa-rupanya baru i teringat waktu dekat bahagian reception, perempuan yang sambut i ada bagitahu, untuk kanak-kanak ada disediakan Kids Corner dekat bahagian belakang (fuhhh... lega...)

Punyalah ceria anak-anak i, bila i bawa ke bahagian Kids Corner. I rasa lagi meriah berada dekat sini daripada di dance floor tadi (bila dah berstatus mama papa ni, i rasa join kanak-kanak lagi best kot dari join orang muda. Hahaha!) Anak-anak i diberi passport setiap seorang. Untuk setiap satu aktiviti yang anak-anak i lakukan, passport tersebut akan dicop. Maknanya setiap aktiviti hanya boleh dilakukan sekali sahaja (alaaa...) Ada 8 aktiviti yang disediakan iaitu Face Painting, Tattoo Artist, Batik / Canvas Painting, Sun Catchers (mewarna pada keychain), Hand Wax, Cotton Candy, Popcorn dan Aiskrim. Jadi, dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang, i habiskan masa dekat sini melayan kegembiraan anak-anak. Yang paling buat i nak tergelak, bila Abang Long (anak i yang sulung) membuli Clown minta untuk buat macam-macam belon. Penyudahnya, i dan hubby tak cukup tangan mengangkut semua belon bawa balik rumah (ni bukan setakat buli Clown je ni, mama papa pun terkena tempias sekali. Adehhh...)

Tepat pukul 5:30 petang, persembahan dari Yuna pun mula berkumandang. Orang ramai pun dah mula memenuhi ruangan kawasan pentas. Simple je i tengok gaya persembahan Yuna. Sama je persembahan yang macam biasa kita tengok dekat televisyen tu. Suara pun sama macam dalam rekod. Takde kelainan atau something special. Mungkin sebab lagu-lagu Yuna pun jenis yang santai, jadi serba-serbi semuanya cukup sederhana pada i. Hmmm... ada bunyi macam nada kecewa je? Hehehe... yelah... i sangkakan bolehlah bergambar ke atau dapatkan autograf Yuna ke. Tapi bila sampai ke persembahannya terakhir, Yuna terus bangun dan pergi ke belakang pentas (frust tau!)

Ok, jom tengok beberapa gambar yang sempat i ambil. Tak banyak gambar yang dapat i kongsikan sebab keadaan sesak sangat waktu ni. Parti lah katakan. Hehehe...



Kak Ngah dengan hasil lukisan yang siap diwarna. Ada talent tak?
Face Painting time!! Hoorey!!
Abang Long request nak spider macam SpiderMan
I dengan simple red dress dari PopLook. Tema parti ialah colorful.
Yuna tengah nyanyi lagu baru dia. Errr... apa eh tajuk lagu dia?

Muka keletihan dalam happy.
Inilah Sun Catcher. Mama papa yang over warnakan sebenarnya. Haha!

p/s : Macam pergi parti kanak-kanak kan? Hehehe...

Sep 17, 2012

Suasana Hari Raya Kedah 2012

Suasana Hari Raya di Kedah (kampung hubby i) lebih terasa kekecohannya berbanding dengan Suasana Hari Raya di Johor (nak tengok gambar raya i di Johor boleh picit sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-johor-2012.html). Hahaha... sajakan mention perkataan kecoh tu, sebenarnya kekecohan tulah yang buat i seronok. Maklumlah, hubby i datang dari keluarga yang agak besar dan meriah dengan anak-anak saudara. Jadi ada saja aktiviti yang tak pernah sunyi, dalam rumah keluarga mertua kesayangan i.

Untuk hari raya tahun 2012 ini, aktiviti kami ialah berbarbecue / BBQ dan dalam pada masa yang sama kita orang buat sambutan harijadi untuk Mak (rasanya sesiapa yang follow / mengikuti instagram i mesti dah tahukan, aktiviti kami waktu tu?). Anyway comel je tengok Mak tiup lilin birthday sambil dikelilingi cucu-cucu lain. Hehehe...

"Semoga Mak diberi kesihatan yang baik dan happy selalu. Kami semua sayang Mak!"






p/s : Macam mana i sayangkan keluarga i sendiri, begitulah juga dengan keluarga mertua i. I rasa bertuah dikelilingi orang-orang yang i sayangi (alhamdulilah).

Suasana Hari Raya Johor 2012

I nak kongsikan beberapa keping gambar (belakang tabir) keluarga kecil kesayangan i sepanjang menyambut hari raya tahun 2012 (kalau nak tengok gambar family i saja boleh picit entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/selamat-hari-raya-2012.html). Rasanya tak banyak beza pun kan dengan orang lain? Ringkas, sederhana dan yang paling penting ikatan silaturrahim yang terjalin dapat dieratkan (ewahhh! Hehehe).

Untuk pertama kalinya ada penambahan ahli keluarga baru yang sambut raya bersama-sama keluarga i tahun ni iaitu isteri adik i a.k.a adik ipar i yang baru. I harap tahun depan suasana hari raya keluarga kami bertambah-tambah meriah, mana tahu munculnya baby / anak saudara baru pulak. Weee...

I GUNA KAMERA DAN LENSA APA?
Untuk pengetahuan korang, semua memori ini ditangkap / capture dengan Nikon D5100 (melalui lensa AFS NIKKOR 50mm f1.4G) dan Nikon D7000 (melalui lensa AF-S DX VR Zoom-NIKKOR 18-200mm f/3.5-5.6GII ED). I dan hubby gunakan mode dial AUTO, Potrait dan Program (program tu yang mana satu? Ala... yang ada huruf P tu).

Nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi kamera mode dial, korang boleh baca dekat entry i yang ini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kegunaan-mode-dial-mode-dial-function.html

Nak tengok sambutan hari raya di rumah keluarga mertua i pulak, bolehlah pergi sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-kedah-2012.html


p/s : "Picture explain thousand words" atau dalam bahasa melayunya "Gambar menerangkan beribu perkataan" (gitulah. Hehehe...)