Blogger templates

Showing posts with label CIMB. Show all posts
Showing posts with label CIMB. Show all posts

Dec 3, 2012

CIMB Year End Party 2012

Semalam 1 Disember 2012 (Sabtu) i berpeluang untuk menghadiri parti (perghhh... PARTY??!!) Hahaha... harap bertenang ye semua. Di dalam usia yang sepatutnya memberi contoh terbaik dekat anak-anak. Rasanya dah macam tak berapa sesuai nak join sebarang invitation party (kecuali parti harijadi la... Hehehe). Lagipun i bukanlah jenis orang yang suka dengan suasana bingit dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Huhuhu... lemas dengan macam-macam bau (pengsan!)

Anyway untuk pengetahuan korang, parti yang i hadiri ni ialah jemputan dari pihak CIMB Group (macih!) Alhamdulilah i rasa rezeki tahun ni memang cukup murah sangat. Macam mana i dapat invitation? Senang cakap sebab faktor kerja. Kalau korang nak tahu kerja yang i buat banyak relate dengan pihak bank. Dan i suka sebab boleh berkenalan dengan ramai orang. At least takdelah terperuk duduk dalam pejabat aje kan?

Parti yang dianjurkan oleh CIMB Group ini diberi nama Fusion Rendezvous Year End Party 2012 (mak aihh... berbelit lidah i nak menyebutnya. Hehe...) Parti ini diadakan dekat Saloma Theatre Restaurant (atau juga dikenali dengan nama Saloma Bistro), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Yang bestnya antara artis undangan yang menarik perhatian i untuk parti anjuran CIMB ini ialah Harith Iskandar dan Yuna (ada 2 lagi artis undangan yang lain tapi i tak kenal sangat. Sebenarnya memang tak kenal langsung pun. Hehe!) Dan yang paling menarik sekali, undangan CIMB ini bukan hanya untuk diri i seorang sahaja tapi melibatkan ahli keluarga i sekali. Maksudnya i boleh bawa husband dan anak-anak untuk memeriahkan parti (ewahhh!) Selain dari i dan family, family bos i pun turut serta jugak.

Acara bermula dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang. Yang kelakarnya, diawal ketibaan i dekat Saloma Bistro, i terasa kekok sangat. Apa taknya, bila masuk ke bahagian dewan pentas (actually lebih kepada rupa dance floor). Suasana parti memang terasa sangat (ala-ala macam korang masuk Hard Rock atau Planet Hollywood gitu... dengan lampu lip-lap). Kerusi memang tak disediakan dekat sini tapi ada beberapa meja tinggi dan makanan yang dihidangkan. Haishhh... takkan nak duduk lama-lama dalam ni dengan anak-anak i (memang tak sesuai... Hehehe) Rupa-rupanya baru i teringat waktu dekat bahagian reception, perempuan yang sambut i ada bagitahu, untuk kanak-kanak ada disediakan Kids Corner dekat bahagian belakang (fuhhh... lega...)

Punyalah ceria anak-anak i, bila i bawa ke bahagian Kids Corner. I rasa lagi meriah berada dekat sini daripada di dance floor tadi (bila dah berstatus mama papa ni, i rasa join kanak-kanak lagi best kot dari join orang muda. Hahaha!) Anak-anak i diberi passport setiap seorang. Untuk setiap satu aktiviti yang anak-anak i lakukan, passport tersebut akan dicop. Maknanya setiap aktiviti hanya boleh dilakukan sekali sahaja (alaaa...) Ada 8 aktiviti yang disediakan iaitu Face Painting, Tattoo Artist, Batik / Canvas Painting, Sun Catchers (mewarna pada keychain), Hand Wax, Cotton Candy, Popcorn dan Aiskrim. Jadi, dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang, i habiskan masa dekat sini melayan kegembiraan anak-anak. Yang paling buat i nak tergelak, bila Abang Long (anak i yang sulung) membuli Clown minta untuk buat macam-macam belon. Penyudahnya, i dan hubby tak cukup tangan mengangkut semua belon bawa balik rumah (ni bukan setakat buli Clown je ni, mama papa pun terkena tempias sekali. Adehhh...)

Tepat pukul 5:30 petang, persembahan dari Yuna pun mula berkumandang. Orang ramai pun dah mula memenuhi ruangan kawasan pentas. Simple je i tengok gaya persembahan Yuna. Sama je persembahan yang macam biasa kita tengok dekat televisyen tu. Suara pun sama macam dalam rekod. Takde kelainan atau something special. Mungkin sebab lagu-lagu Yuna pun jenis yang santai, jadi serba-serbi semuanya cukup sederhana pada i. Hmmm... ada bunyi macam nada kecewa je? Hehehe... yelah... i sangkakan bolehlah bergambar ke atau dapatkan autograf Yuna ke. Tapi bila sampai ke persembahannya terakhir, Yuna terus bangun dan pergi ke belakang pentas (frust tau!)

Ok, jom tengok beberapa gambar yang sempat i ambil. Tak banyak gambar yang dapat i kongsikan sebab keadaan sesak sangat waktu ni. Parti lah katakan. Hehehe...



Kak Ngah dengan hasil lukisan yang siap diwarna. Ada talent tak?
Face Painting time!! Hoorey!!
Abang Long request nak spider macam SpiderMan
I dengan simple red dress dari PopLook. Tema parti ialah colorful.
Yuna tengah nyanyi lagu baru dia. Errr... apa eh tajuk lagu dia?

Muka keletihan dalam happy.
Inilah Sun Catcher. Mama papa yang over warnakan sebenarnya. Haha!

p/s : Macam pergi parti kanak-kanak kan? Hehehe...

Feb 23, 2012

Kad Debit Maybank dan CIMB / Maybank and CIMB Debit Card

Korang ada kad ATM (automated teller machine card) Maybank dengan CIMB? Hah... Kalau korang memang pengguna kad ATM jenis ni. Korang berkelayakan untuk menukar kepada Debit Card / Kad Debit. Bagus tau, ada kad debit ni sebab fungsinya pun sama macam kad kredit. Bezanya, kalau kad kredit, korang kena berhutang dahulu, lepas tu bayar bulan-bulan kemudian. Tapi kad debit ni penggunaannya berdasarkan kepada baki simpanan akaun Maybank atau CIMB korang. Duit takde dalam akaun simpanan janganlah berangan nak berbelanja (peringatan untuk diri sendiri. Hehehe). Selain itu, dengan adanya kad debit ini, korang dah boleh membeli-belah secara terus melalui internet. Maklumlah sebelum ni semua transaksi internet guna kad kreditkan (tension aje i). Macam i dulu pun, kononnya tak suka berhutang dengan kad kredit jadi takde langsung buat permohonan kad kredit untuk diri sendiri. Bila sampai waktu nak beli barang dekat eBay, huhuhu... kena jugak masukkan butir-butir kad kredit untuk Paypal. Tak pasal-pasal, hubby i jadi mangsa keadaan (tihihi...) Sekarang ni tidak lagi, i dah ada kad debit. Boleh berdikari sendiri beli barang dekat internet hokeh! Hehehe...

Paling bestnya kelebihan pasal kad debit ni, saat korang urgent sangat-sangat nak beli barang tapi entah macam mana kawasan dekat situ takde pulak mesin ATM nak keluarkan duit. Hah, inilah masanya korang menayang-nayang kad debit korang depan cashier sambil dalam hati berkata, "i mampu tau". I rasa lagik bangga bila guna kad debit ni berbelanja sebab i keluar cash money / duit sendiri. Daripada i berbelanja guna kad kredit, lepas tu pengsan sebab nak kena bayar hutang setiap bulan (ish... tak best... tak best).

Dulu-dulu pun kalau nak buat / apply untuk kad debit ni biasanya bank akan minta korang masukkan deposit atas amaun tertentu (amaunnya boleh tahan besar jugaklah) dan ada caj tahunan yang akan dikenakan sekali. Tapi bila bank seperti Maybank dan CIMB buat tawaran dengan kemudahan macam gini, i rasa baik korang jangan lepaskan peluang untuk tukar kepada kad debit. Terus-terang i cakap, mudah sangat-sangat-sangat bila ada kad debit ni. Oh, lupa i nak cakap, kad debit yang korang tukar jugak sebenarnya berfungsi sama macam kad ATM. Jadi, korang tetap boleh keluarkan duit melalui ATM seperti biasa (yeay!) Sebarang caj untuk penukaran jugak tidak dikenakan (free!) macam kad-kad debit yang lain-lain tu (fuhh... selamat!)

Nak tahu butir-butir atau keterangan lanjut mengenai kad debit Maybank dan CIMB, klik nama mereka dekat bawah :-

KAD DEBIT MAYBANK
KAD DEBIT CIMB

Cara untuk membuat penukaran kad ATM kepada kad debit pun senang sangat. Korang cuma perlu, bawa kad pengenalan dan kat ATM masing-masing untuk bank CIMB atau Maybank. Dan kemudian, beritahu kepada pegawai di situ, yang korang ingin membuat penukaran kad ATM kepada kad debit. Isi borang yang diberikan untuk tujuan pengesahan, tunggu beberapa minit dan yeay! Dapat kad debit yang diidam-idamkan. Walau macam mana pun, untuk penukaran bagi kad ATM CIMB (CIMB je tau!) kepada kad debit, korang akan menerima nombor pin sementara yang baru. Lakukan penukaran nombor pin tersebut serta-merta di mesin ATM iaitu nombor pin bagi kad debit Ini untuk mengelakkan korang dikenakan denda caj sebanyak RM12.00 apabila kad anda lambat diaktifkan / diblock (lebih daripada 24 jam). Jangan lupa untuk create e-Pin baru bagi tujuan transaksi online banking di mesin ATM.  Kemudian, pergi ke internet untuk memasukkan data nombor kad debit anda yang baru. Manakala untuk kad debit Maybank pula, anda hanya perlu melakukan penukaran nombor pin pada mesin ATM juga dalam masa 24 jam dan tiada sebarang penukaran pin untuk transaksi online banking.

Kini, CIMB ada menawarkan pelbagai ganjaran bagi pengguna kad debit seperti :-
  • tambahan 300 bonus mata untuk transaksi pertama.
  • mendapat rebat wang tunai 1% bagi setiap perbelanjaan barangan dapur / groceries dan petrol.
  • berpeluang memenangi Ford Fiesta.
  • berpeluang menerima jemputan bagi Blockbuster Movies dengan hanya membuat transaksi perbelanjaan sebanyak RM500 sebulan.
  • layarilah Facebook CIMB setiap hari bagi mengetahui sebarang promosi yang diadakan bagi pengguna kad debit CIMB.
  • mendapat diskaun daripada mana-mana kedai / peniaga yang mengambil bahagian (klik sini ---> http://www.cimbbank.com.my/debitcard/merchant/ untuk senarai kedai / peniaga).

Perlu diingatkan di sini, setiap tawaran ini walaubagaimanapun bergantung kepada TERMA DAN SYARAT yang ditetapkan.
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/promo/pdf/DebitCard_Benefits_Privileges_T&C_Eng.pdf


Teringin nak tengok hadiah penebusan mata ganjaran kad debit CIMB bolehlah intai sini :-
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/catalogue-small.pdf


Akhir sekali, i nak ingatkan korang yang JANGAN sesekali swipe kad debit korang dekat mana-mana pam petrol. Sebab, automatik kad debit korang akan dicaj sebanyak RM200.00 sebagai tujuan deposit. Jalan yang paling selamat untuk korang gunakan kad debit di stesyen minyak ialah korang pergi ke kaunter bayaran dan beritahu cashier tersebut korang ingin buat bayaran dengan kad debit.

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca mengenai cara-cara atau tips membeli di eBay dengan menggunakan kad debit, bolehlah rujuk dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html


Inilah rupa kad debit milik i.

Kad debit Maybank ialah VISA 
Kad debit CIMB pulak ialah Mastercard

 
 p/s : alang-alang dah bagi free untuk buat penukaran kad ATM kepada kad debit. Terus i tukar kedua-dua kad sekali. Lagipun seronok, sebab dah tak pening kepala shopping online lagik (eceh! Shopping aje yang dia fikir... hehehe...)