Blogger templates

Showing posts with label Astro Byond. Show all posts
Showing posts with label Astro Byond. Show all posts

Oct 25, 2012

Astro Beyond PVR

I rasa sejak Astro upgrade dan perkenalkan Beyond kepada pelanggannya untuk merasai kehebatan rancangan TV dengan suasana HD (nak baca entry i sewaktu kali pertama gunakan Astro Beyond, korang klik dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2010/10/astro-byond.html). Inilah perkara terbaik yang astro lakukan, lebih-lebih lagi i tak perlu bersusah-payah nak menambahkan kos duit membeli DVD Blu-Ray cetak rompak bila nak tengok filem-filem terbaru dekat pasaran (walaupun cerita filem dalam astro ni takdelah latest mana pun dan selalu berulang-ulang). Sekurang-kurangnya untuk orang yang macam i, yang jarang-jarang sangat dapat keluar tengok wayang so i rasa dengan tengok channel HBO HD (431) atau FMP HD (434) pun perasaan tu dah berbaloi sangat tau.

Bertambah best untuk sesiapa yang melanggan Astro Beyond, korang akan menikmati tambahan channel HD lain yang super wow! (serius i cakap, channel tambahan HD pun semuanya best-best, memang sengaja nak suruh korang melekap dekat depan TV. Hehehe). Contohnya macam Mustika HD (cerita drama Adam dan Hawa yang korang suka tengok tu ada tayang dekat sini. Jangan jelous hehehe...), FX HD (ada drama-drama inggeris / omputih yang terbaik macam Scrubs) , One HD (drama terbaru Korea yang confirm buat korang nak jatuh cinta lagi dan lagi. Oppa!!) dan yang paling-paling i suka tengok ialah Life Inspired (channel ni untuk mereka yang gemarkan hiasan dalaman rumah dan exercise, macam i lah ni. Eceh!) dan Food Network HD (channel masak-masak yang buat korang sentiasa lapar. Aumm!!) Ni i baru ceritakan sebahagian je channel HD yang ada untuk Astro Beyond, belum kesemuanya lagi. Silap-silap sekarang juga korang call Astro minta upgrade kepada Astro Beyond (harap maklum, statement i ini tidak dibayar oleh Astro pun. Sadis... hahaha!)

Macam mana pun baru-baru i telah ditawarkan oleh Astro untuk tambahan PVR secara percuma termasuk dengan kos pemasangan sekali (hoorey!!! Inilah yang i tunggu-tunggu). Dengan hanya bayaran tambahan RM50.00 setiap bulan, i akan ada dua Astro decoder (satu Astro Beyond i yang sediada dan satu PVR percuma yang i dapat ni) dan buat i teruja, channel yang i ada sekarang ni pun tetap dapat ditonton dekat Astro Beyond PVR. Maksudnya i tak perlu kurangkan channel atau nak bayar lebih untuk Astro Beyond PVR. Semua channel yang i subscribe untuk Super Pack 1 pada Astro Beyond i yang terdahulu ada dekat Astro Beyond PVR i yang baru ni (yeay!!) Jadi tak perlulah i berebut TV lagi dengan anak-anak especially bila nak tengok channel Life Inspired. Sekarang ni bolehlah tengok TV dengan perasaan tenang. Maklumlah mama sekarangkan dah ada Astro Beyond PVR (kihkihkih... eksyen!)

Apa yang bestnya mengenai Astro Beyond PVR ni? Eee... banyak bestnya korang. Contoh macam situasi harian i dekat rumah. Kebiasaannya bila i tengah bersenang-lenang tengok channel i suka, muncullah macam-macam permintaan istimewa daripada anak-anak i, contoh, "Mama, i want to drink Ribena please", "Mama, please help me take this book. I can't reach", "Mama, adik poo-poo". Aiseyman... korang bayangkanlah betapa banyaknya distraction waktu i nak tengok TV. Kadang-kadang rancangan tu setengah jam je, penyudahnya 10 minit pertama je i dapat tengok. Untuk baki 20 minit i terpaksa bersusah-payah search untuk rancangan yang sama pukul berapa ianya akan repeat sekali lagi. Kalau bernasib baik dapatlah i tengok ulangan rancangan yang sama nanti. Kalau tak terpaksalah redha aje. Apa taknya kalau ulangan yang ada cuma pukul 3:00 pagi. Silap-silap bukan i yang tengok TV, TV yang tengok i.

Jadi semenjak ada Astro Beyond PVR ni, perkara pertama bila balik kerja. I dah siap-siap record mana-mana rancangan yang i suka sebelum i terlepas. Untuk pengetahuan korang, hanya dua channel / rancangan sahaja dapat direkodkan dalam masa yang sama. Itu pun kalau korang buka antara salah satu channel yang ingin korang rekodkan tu. Tak faham? Ok, meh i ceritakan dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, korang tengah tengok channel HBO HD, dalam pada masa yang sama korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD secara serentak untuk masa yang berlainan. So, takde masalah untuk korang rekod dua channel tersebut sebab korang pun memang tengah menonton salah satu antara dua channel yang korang rekodkan itu iaitu channel HBO HD.

Tapi berbeza untuk situasi macam ni pulak di mana kalau korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD tapi entah macam mana ada cerita menarik yang anak korang nak tengok dekat Disney XD HD, so secara automatik bila anak korang tekan channel Disney XD HD akan ada arahan pada TV korang yang akan memaparkan bahawa salah satu antara channel HBO HD dan FMP HD yang korang rekodkan akan dibatalkan / cancel. Kalau korang nak tahu, sebelum ni pun, i sangkakan dengan adanya Astro Beyond PVR, i boleh rekodkan sebanyak mana pun channel yang i suka secara serentak. Rupa-rupanya silap sangkaan i tu. Untuk membuat tambahan rekod, korang kena pastikan rancangan yang korang rekodkan tu dah tamat, barulah korang boleh rekod untuk cerita lain pula (gitulahhh...).

I harap akan datang pihak Astro bolehlah upgrade untuk Astro Beyond PVR ni. Manalah tahu, daripada boleh rekod dua sahaja. Lepas ni boleh rekod 10 channel terus-menerus (al-maklumlah Astro kan kayakan? Hehehe....)

Oklah korang i nak siap-siap balik kampung ni (yeay-yeay besok raya Haji), sep sikit dekat sesiapa yang pakai Astro Beyond dan Astro Beyond PVR. Bye!


Channel Life Inspired HD ni memang best!! Memang memberi inspirasi gitu!
Antara senarai cerita yang i rekod dan tengok secara berulang tanpa henti. Bila dah bosan, bolehlah delete. Hahaha!

p/s : Selamat hari raya korang, hati-hati di jalan raya.

Apr 28, 2012

Siaran Astro Percuma

Wah-wah-wah pantang dengar perkataan percuma, siapa yang tak nak kan? Mula-mula i terbaca dekat blog Syatoza Zai pasal Astro bagi siaran percuma ni, tertanya-tanya jugak. Kenapa tiba-tiba Astro jadi baik pulak ni? (buat muka confused). Maklumlah 4 bulan lepas, i teremosi sebab kena bayar lebih gara-gara tambahan untuk government tax / cukai kerajaan (pftt...)

Rupa-rupanya Astro memenangi the best of the best brand in Malaysia 2012 (nak baca keterangan lanjut, boleh pergi sini ---> http://www.astro.com.my/awards/) Kerana menghargai sokongan pengguna / pelanggan Astro yang mengundi, Astro mengumumkan bahawa lebih daripada 130 saluran menarik di Astro akan disediakan secara percuma selama 10 hari, bermula dari hari Jumaat, 27 April 2012 (pukul 12:01 pagi) sehingga Ahad, 6 Mei 2012 (pukul 11:59 malam). Penat-penat mengundi dapat 10 hari je (macamlah i join mengundi sama. Hehehe). Bagilah lama sikit, tak pun diskaun 50% bil bulanan selama setahun ke. Barulah bersemangat nak tolong undi Astro tahun depan (macam ya-ya ajekan? Kihkihkih).


Sementara tengah percuma ni, jom kita layan tv sampai mata lebam. Sedihnya untuk i sebab sebenarnya hampir semua siaran Astro i dah subscribe / langgan. Jadi kuranglah sikit perasaan teruja macam mereka yang langgan tiga pakej mini Astro je (huhuhu... nangis!)

Sebelum i mengakhiri entry i ni, i nak bagitahu dekat korang, tadi i baru je habis tengok Mania dekat Astro Ria (channel 104). Feeling pulak tengok persembahan Adira dan Shahir untuk lagu Ku Pinang Kau dengan Bismillah (ehem...) Korang nak tengok? Jom tengok dekat Youtube bawah ni.



p/s : betul tak i cakap. Feeling kan? Kihkihkih


Oct 23, 2010

Astro Byond

Korang dah pasang Astro Byond (ada yang eja B.yond *mana-mana pun bolehlah*) dekat rumah korang?
Apa?? Belum pasang lagik, rugi wooo~ Best to the max!! HD (high-definition) nya memukau pandangan mata biru aku gitu :) *err~mata biru kontek-lens aku keh-keh-keh*



 Damien yang kekaguman macam mama dia :P


Tapi tak bestnya tak semua channel dekat Astro tu ada HD, ada certain-certain channel je yang berHD. Nak tau channel apa yang ada HD korang klik sini k. Macam mana pun dalam banyak-banyak channel HD, aku rasa channel Lifestyle HD yang paling mengancam!
Gila aku dibuatnya bila dia tayangkan tang makanan. Semuanya sedap-sedap belaka. Tengok dia punya cheese yang meleleh, sos dia yang juicy dan daging burger dia yang beraura *siap nampak clear asap bila makanan tuh dia masak panas-panas* buat mata aku jadi juling. Ni baru kehebatan HD, agaknya kalau aku beli TV yang ada 3D, menggigil aku tengok semua makanan tu keh-keh-keh.

Perkara penting yang korang kena ada bila nak pasang Astro Byond ni ialah korang kenalah ada TV yang berHD (high-definition) *yang ada mention Full HD, HD atau HDMi*. TV yang takde HD (atau dikenali sebagai SD *standard-definition*) tak boleh pasang Astro Byond ke? Eh, bukan tak boleh pasang, cuma rugi dekat korang jelah, sebab korang memang dapat channel HD yang Astro tawarkan ikut pakej Astro yang korang ambil tapi korang akan kerugianlah sebab TV korang tak dapat paparkan resolution sehebat HD *meaning korang akan tengok color tv korang tu macam biasa jelah (standard color)*. Tak sharp dan colorful macam tv-tv yang dah ada mention HD. Bunyi yang dikeluarkan pun lagik berdentum dan mantap bila pakai Byond ni sebab siap ada 5.1 Dolby Digital Surround. Lagipun bila dah upgrade ke Astro Byond automatic korangnya bil bulanan pun bertambah RM 20.00 setiap bulan. Tak ke macam rugi kalau ambil pakej HD tapi TV tak dapat tengok seterang macam HD yang digembar-gemburkan itu. Tapi kalau korang tak kisah, hihi~ aku pun tak kisah :P

Kalau ikut pengalaman aku yang dok tunggu Astro Byond sampai sebulan lebih gara-gara register dekat Website Astro. So aku cadangkan korang register je dekat wakil Astro agent yang sah berhampiran dengan rumah korang. Kompom tak sampai 2 minggu rumah korang akan dihiasi dengan Astro Byond gitu *nihla yang aku praktikkan mengikut cadangan bernas dari member hubby aku :)*

So, aku jugak nak ingatkan korang takde apa-apa bayaran yang dikenakan *a.k.a free* sewaktu proses pemasangan Astro Byond tu, so andainya ada Astro agent yang mintak duit dekat korang, maknanya itu bukan Astro agent yang sah *itu Astro agent yang jahat :P*. Untuk buat penukaran ke Astro Byond ni, dorang cuma ambil decoder Astro Lama dan Remote Astro korang je sebagai pertukaran.


p/s : Jomlah berHD kawan-kawan *kenyit mata sebelah*