Blogger templates

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Oct 25, 2012

Astro Beyond PVR

I rasa sejak Astro upgrade dan perkenalkan Beyond kepada pelanggannya untuk merasai kehebatan rancangan TV dengan suasana HD (nak baca entry i sewaktu kali pertama gunakan Astro Beyond, korang klik dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2010/10/astro-byond.html). Inilah perkara terbaik yang astro lakukan, lebih-lebih lagi i tak perlu bersusah-payah nak menambahkan kos duit membeli DVD Blu-Ray cetak rompak bila nak tengok filem-filem terbaru dekat pasaran (walaupun cerita filem dalam astro ni takdelah latest mana pun dan selalu berulang-ulang). Sekurang-kurangnya untuk orang yang macam i, yang jarang-jarang sangat dapat keluar tengok wayang so i rasa dengan tengok channel HBO HD (431) atau FMP HD (434) pun perasaan tu dah berbaloi sangat tau.

Bertambah best untuk sesiapa yang melanggan Astro Beyond, korang akan menikmati tambahan channel HD lain yang super wow! (serius i cakap, channel tambahan HD pun semuanya best-best, memang sengaja nak suruh korang melekap dekat depan TV. Hehehe). Contohnya macam Mustika HD (cerita drama Adam dan Hawa yang korang suka tengok tu ada tayang dekat sini. Jangan jelous hehehe...), FX HD (ada drama-drama inggeris / omputih yang terbaik macam Scrubs) , One HD (drama terbaru Korea yang confirm buat korang nak jatuh cinta lagi dan lagi. Oppa!!) dan yang paling-paling i suka tengok ialah Life Inspired (channel ni untuk mereka yang gemarkan hiasan dalaman rumah dan exercise, macam i lah ni. Eceh!) dan Food Network HD (channel masak-masak yang buat korang sentiasa lapar. Aumm!!) Ni i baru ceritakan sebahagian je channel HD yang ada untuk Astro Beyond, belum kesemuanya lagi. Silap-silap sekarang juga korang call Astro minta upgrade kepada Astro Beyond (harap maklum, statement i ini tidak dibayar oleh Astro pun. Sadis... hahaha!)

Macam mana pun baru-baru i telah ditawarkan oleh Astro untuk tambahan PVR secara percuma termasuk dengan kos pemasangan sekali (hoorey!!! Inilah yang i tunggu-tunggu). Dengan hanya bayaran tambahan RM50.00 setiap bulan, i akan ada dua Astro decoder (satu Astro Beyond i yang sediada dan satu PVR percuma yang i dapat ni) dan buat i teruja, channel yang i ada sekarang ni pun tetap dapat ditonton dekat Astro Beyond PVR. Maksudnya i tak perlu kurangkan channel atau nak bayar lebih untuk Astro Beyond PVR. Semua channel yang i subscribe untuk Super Pack 1 pada Astro Beyond i yang terdahulu ada dekat Astro Beyond PVR i yang baru ni (yeay!!) Jadi tak perlulah i berebut TV lagi dengan anak-anak especially bila nak tengok channel Life Inspired. Sekarang ni bolehlah tengok TV dengan perasaan tenang. Maklumlah mama sekarangkan dah ada Astro Beyond PVR (kihkihkih... eksyen!)

Apa yang bestnya mengenai Astro Beyond PVR ni? Eee... banyak bestnya korang. Contoh macam situasi harian i dekat rumah. Kebiasaannya bila i tengah bersenang-lenang tengok channel i suka, muncullah macam-macam permintaan istimewa daripada anak-anak i, contoh, "Mama, i want to drink Ribena please", "Mama, please help me take this book. I can't reach", "Mama, adik poo-poo". Aiseyman... korang bayangkanlah betapa banyaknya distraction waktu i nak tengok TV. Kadang-kadang rancangan tu setengah jam je, penyudahnya 10 minit pertama je i dapat tengok. Untuk baki 20 minit i terpaksa bersusah-payah search untuk rancangan yang sama pukul berapa ianya akan repeat sekali lagi. Kalau bernasib baik dapatlah i tengok ulangan rancangan yang sama nanti. Kalau tak terpaksalah redha aje. Apa taknya kalau ulangan yang ada cuma pukul 3:00 pagi. Silap-silap bukan i yang tengok TV, TV yang tengok i.

Jadi semenjak ada Astro Beyond PVR ni, perkara pertama bila balik kerja. I dah siap-siap record mana-mana rancangan yang i suka sebelum i terlepas. Untuk pengetahuan korang, hanya dua channel / rancangan sahaja dapat direkodkan dalam masa yang sama. Itu pun kalau korang buka antara salah satu channel yang ingin korang rekodkan tu. Tak faham? Ok, meh i ceritakan dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, korang tengah tengok channel HBO HD, dalam pada masa yang sama korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD secara serentak untuk masa yang berlainan. So, takde masalah untuk korang rekod dua channel tersebut sebab korang pun memang tengah menonton salah satu antara dua channel yang korang rekodkan itu iaitu channel HBO HD.

Tapi berbeza untuk situasi macam ni pulak di mana kalau korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD tapi entah macam mana ada cerita menarik yang anak korang nak tengok dekat Disney XD HD, so secara automatik bila anak korang tekan channel Disney XD HD akan ada arahan pada TV korang yang akan memaparkan bahawa salah satu antara channel HBO HD dan FMP HD yang korang rekodkan akan dibatalkan / cancel. Kalau korang nak tahu, sebelum ni pun, i sangkakan dengan adanya Astro Beyond PVR, i boleh rekodkan sebanyak mana pun channel yang i suka secara serentak. Rupa-rupanya silap sangkaan i tu. Untuk membuat tambahan rekod, korang kena pastikan rancangan yang korang rekodkan tu dah tamat, barulah korang boleh rekod untuk cerita lain pula (gitulahhh...).

I harap akan datang pihak Astro bolehlah upgrade untuk Astro Beyond PVR ni. Manalah tahu, daripada boleh rekod dua sahaja. Lepas ni boleh rekod 10 channel terus-menerus (al-maklumlah Astro kan kayakan? Hehehe....)

Oklah korang i nak siap-siap balik kampung ni (yeay-yeay besok raya Haji), sep sikit dekat sesiapa yang pakai Astro Beyond dan Astro Beyond PVR. Bye!


Channel Life Inspired HD ni memang best!! Memang memberi inspirasi gitu!
Antara senarai cerita yang i rekod dan tengok secara berulang tanpa henti. Bila dah bosan, bolehlah delete. Hahaha!

p/s : Selamat hari raya korang, hati-hati di jalan raya.

Apr 28, 2012

Siaran Astro Percuma

Wah-wah-wah pantang dengar perkataan percuma, siapa yang tak nak kan? Mula-mula i terbaca dekat blog Syatoza Zai pasal Astro bagi siaran percuma ni, tertanya-tanya jugak. Kenapa tiba-tiba Astro jadi baik pulak ni? (buat muka confused). Maklumlah 4 bulan lepas, i teremosi sebab kena bayar lebih gara-gara tambahan untuk government tax / cukai kerajaan (pftt...)

Rupa-rupanya Astro memenangi the best of the best brand in Malaysia 2012 (nak baca keterangan lanjut, boleh pergi sini ---> http://www.astro.com.my/awards/) Kerana menghargai sokongan pengguna / pelanggan Astro yang mengundi, Astro mengumumkan bahawa lebih daripada 130 saluran menarik di Astro akan disediakan secara percuma selama 10 hari, bermula dari hari Jumaat, 27 April 2012 (pukul 12:01 pagi) sehingga Ahad, 6 Mei 2012 (pukul 11:59 malam). Penat-penat mengundi dapat 10 hari je (macamlah i join mengundi sama. Hehehe). Bagilah lama sikit, tak pun diskaun 50% bil bulanan selama setahun ke. Barulah bersemangat nak tolong undi Astro tahun depan (macam ya-ya ajekan? Kihkihkih).


Sementara tengah percuma ni, jom kita layan tv sampai mata lebam. Sedihnya untuk i sebab sebenarnya hampir semua siaran Astro i dah subscribe / langgan. Jadi kuranglah sikit perasaan teruja macam mereka yang langgan tiga pakej mini Astro je (huhuhu... nangis!)

Sebelum i mengakhiri entry i ni, i nak bagitahu dekat korang, tadi i baru je habis tengok Mania dekat Astro Ria (channel 104). Feeling pulak tengok persembahan Adira dan Shahir untuk lagu Ku Pinang Kau dengan Bismillah (ehem...) Korang nak tengok? Jom tengok dekat Youtube bawah ni.



p/s : betul tak i cakap. Feeling kan? Kihkihkih


Feb 26, 2012

Walimatul Urus Yusry dan Lisa

Semalam (25hb Februari 2011, Sabtu) sempat tak korang tengok dokumentari mengenai Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 yang ditayangkan di Astro Ria channel 104 pada pukul 10:00 malam hingga 11:00 malam? I terlupa langsung pasal rancangan ni sebab kebiasaannya hari Sabtu i dah set untuk tengok rancangan di channel 706 (Lifestyle HD). Jadi bila bukak je channel 104, dah 30 minit dokumentari mengenai Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 ditayangkan (duhh...)

sumber gambar : http://nurizspace.com/

Untuk pengetahuan korang Yusry dan Lisa telah pun bernikah pada 23hb Februari 2012 (Khamis... Woww... malam Jumaat tu. Eh! Hehehe), selepas maghrib bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Yang kelakarnya waktu layan twitter nak tengok kemaskini terbaru kawan-kawan i. I baru perasan mengenai pernikahan Yusry dan Lisa ni. Waktu tu, i tengah bersantap dengan enaknya Kaw Kaw Burger Bakar dekat Seksyen 2, Wangsa Maju. Nampak sangat i tak berapa kisah dengan dunia Artis berbanding melayan perut sendiri yang kelaparan. Hahaha... (review / ulasan entry pasal Kaw Kaw Burger Bakar ada dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kaw-kaw-burger-bakar.html)

Bila duduk baca perjalanan pernikahan Yusry dan Lisa yang dikemaskini oleh twitter @beautifulnara malam tu. I teringat yang i pernah hantar tweet pada @YusryKRU, tahun lepas dan yang bestnya tweet i tu dibalas oleh Yusry! (wahh!! pengsan sekejap jadinya. Hahaha). Gara-gara tweet i ni, berlakunya kekecohan besar dikalangan kawan-kawan i sebab i rasa dorang pun tak sangka Yusry akan jawab twitter i (gila kau! Artis glamour nak layan peminat sampingan je. Tak class tau... hehehe). Lagipun ada kawan-kawan baik i waktu sekolah menengah yang tahu, i memang peminat setia KRU especially Yusry waktu dulu-dulu (hahaha... Awas!). Jadi dorang memang boleh agak betapa seronoknya i bila Yusry sudi balas twitter i. Biasalah, zaman sekolah dulu-dulu. I memang suka balut buku teks dengan gambar-gambar artis yang i minat. Sumber inspirasilah katakan. Ish, bila ingat-ingat balik. Kelakar sangat pun ada, malu sangat pun ada. Tapi tulah antara kenangan-kenangan budak sekolah yang tak boleh diputar balik (huhuhu... sedih!).


Berbalik mengenai dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa. Istimewanya ialah, ianya memaparkan rahsia percintaan antara Yusry dan Lisa yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak. Selain menceritakan mengenai detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan resepsi persandingan. Untuk bahagian 1 yang disiarkan pada 25 Februari akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua? Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay dan Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di bahagian pertama dalam dokumentari ini.
Manakala, pada bahagian 2 pula, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
sumber : budiey (thanks!)


Ini video promo untuk dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 (yeay!)

Untuk korang yang ketinggalan menyaksikan dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1, jangan risau ulangannya ada pada hari ni, Ahad pukul 8:00 malam hingga 9:00 malam di Astro Ria channel 104 (hoorey! suka tak?) Manakala untuk bahagian 2 dokumentari mereka, kita nantikan sama-sama kemunculannya pada 3hb Mac 2012 (Sabtu) pukul 10:00 malam di channel 104 Astro Ria. Kalau takut terlupa, korang set sekarang ni jugak reminder dekat alat kawalan jauh Astro. Hah, kan ke senang?

Kemaskini / Update terbaru pukul 5:25 petang : Kalau tak sabar nak tunggu ulangan malam ni, www.GuaTv.com dah upload Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 di YouTube (double suka!!)



Kemaskini / Update terbaru 4hb Mac 2012 pukul 5:41 petang : YouTube Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 2 dah ada!! Cayalah, boleh tengok complete kisah mereka ni dekat sini je (triple suka!!!) Terima kasih GuaTV.


p/s : sekarang i tengah tengok YouTube Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 dan bahagian 2 (ehemmm)