Blogger templates

Showing posts with label Cute Collection Items. Show all posts
Showing posts with label Cute Collection Items. Show all posts

Apr 14, 2013

Cute Stamp Sets #1

Taraaa... Barangan comel datang lagi. Wah-wah-wah mesti berpinar mata korang tengok barang-barang comel dalam blog i ni kan? Sabar ajelah ye kawan-kawan. Hehehe...

Kalau korang nak tahu semenjak anak-anak i mula bersekolah (maksud i mula jejakkan kaki ke tadika). Koleksi stamp yang selama ini lebih kepada tujuan simpanan peribadi berbanding daripada tujuan untuk dicop telah mula bertukar konsep. Sekarang ni, i lebih suka cari cute mini stamp yang boleh digunakan untuk memberi galakan dan semangat untuk anak-anak i bila mereka siapkan buku latihan ulangkaji. 

Sejak 2 tahun lepas, selain bekerja makan gaji disiang hari, i juga kini bekerja tanpa gaji di malam hari sebagai guru BESAU! (motiflah sangat bold kan perkataan BESAU tu hehehe...) Dan tugas guru besar walaupun free bukannya mudah tau kawan-kawan nak ambil hati student-student comel yang lagi panjang akal dari guru besarnya. Lebih-lebih lagi kalau pelajaran zaman sekarang ni lebih advance dari waktu i belajar dulu-dulu. Perghhh... serius i terkejut bila tengok Abang Long yang baru je 4 bulan bersekolah Darjah Satu dah belajar pasal topik BUNDARkan. I yang dah pencen Darjah Satu berpuluh tahun dulu, nak explain cara yang mudah untuk dia faham pun terkial-kial (adeh!) Agaknya Darjah Enam nanti dah belajar Add Maths ke? (Hah!!! Tolongggg...!) Eh, guru besar pulak yang over nervous tak pasal-pasal. Hahaha!

Kadang-kadang gambar pada stamp ni langsung takde kena-mengena pun dengan apa yang anak i siapkan. Tapi i suka biarkan dorang pilih gambar mana yang menjadi pilihan hati dorang untuk dicopkan pada buku latihan. Cuma setiap muka surat yang dibuat hanya dibenarkan sekali je untuk dicop. Kalau dorang nak cop lagi, kenalah buat banyak-banyak muka surat yang ada dekat buku latihan tu. Kehkehkeh... bijak tak guru besar?

Selain daripada stamp macam dekat bawah ni, i juga gunakan sticker / stiker sebagai daya penarik untuk dorang terus buat homework, baca buku dan buat ulangkaji. Terpaksalah mama struggle sikit untuk perhatikan pelajaran anak-anak mama. Takpelah demi anak-anak tak boleh berkira sangat. Insya-Allah adalah rezeki dorang untuk kita bila dah tua nanti (ewah! Hehehe...)

Kesemua cute stamp sets dekat bawah ni, i beli dekat Kaison. Harga stamp jenis kayu ni ialah RM3.90 satu set. Manakala yang jenis rubber pulak (macam gambar no. 2) berharga RM2.50 satu set. Wahhh... murah gila kan?

Bila dah banyak sangat stamp macam mana cara kita nak simpan eh? Hah, senang je kawan-kawan. Macam i sendiri, i beli bekas tin bercorak cute dan susun elok-elok di dalamnya. Jadi taklah bersepah-sepah bila nak guna. Yang penting nampak kemas dan tak comot (hoorey!)






p/s : teringin nak buat stamp hasil tangan sendiri.

Mar 28, 2013

Cute Collection Items / Koleksi Barangan Comel #2

Wah... Semenjak i perkenalkan dekat korang dengan Kedai Perhiasan Rumah bernama Kaison, tak sangka rupa-rupanya bukan i sorang je yang dah jatuh hati dengan Kaison. Ramai antara korang yang dah pergi ye? Best kan? Maklumlah untuk sesiapa yang teringin nak adakan majlis-majlis tertentu (samada birthday party ke, majlis pertunangan ke, perkahwinan ke...) dan perlukan goodies untuk diberikan sebagai gift / hadiah kepada tetamu yang hadir. I rasa inilah antara tempat wajib yang korang boleh terjah dan duduk bertapa lama-lama (jangan tak balik rumah terus... sudah! Hehehe...)

Tapi macam untuk i yang takde buat sebarang occasion ni, tujuan utama i ke Kaison lebih kepada nak grab benda-benda comel je (hehehe... alah korang ni macam tak kenal dengan perangai i yang addicted dengan benda cute). Hari tu, sempatlah i singgah ke Kaison, Paradigm Mall, Kelana Jaya. Best jugak rupanya shopping complex Paradigm Mall ni kan? (Ida / Glazsliper, kita dah sampai dekat sini jugak dah. Siap bungkus Chatime bawa balik rumah lagi. Hehehe).

Kononnya nak beli barang-barang untuk kegunaan i di pejabat dan menayang-nayang di atas meja office (cemburu tak? cemburu tak? Hahaha!) Dan dalam pada masa yang sama, nak bagi tambah semangat bila buat kerja dekat office (iyolatu kan?) Tapi sampai hari ni barang-barang comel yang i beli, masih lagi ada dekat rumah. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam tak sanggup pulak nak berpisah. Tapi hakikat sebenarnya i dah kena brainwash dengan hubby sendiri, especially bila hubby kata, "aik... beli barang-barang comel setakat nak letak dekat office je? Sayangnya... baik mama letak dekat rumah." Errr... ye ke? Alamak... Office? Rumah? Office? Rumah? Office? Rumah?

Papa... apa kata, kita beli semua barang ni lagi sekali dekat Kaison, boleh? Eh, hehehe...

Nak tengok apa yang beli? Jom!






Description / Keterangan gambar dari atas ke bawah :

1. Mouse Pad (RM3.90) dan Sticker Ribbon (RM1.90)
2. Craft Punch Set of Four (RM9.90)
3. Paper Pencil Box (RM4.50)

Aug 19, 2011

Koleksi Barang-barang Daiso

Barang-barang Kedai Daiso, Japan pun boleh buat koleksi?
Hehe~kalau dah minat apa-apa benda pun boleh jadi koleksi yang menarik dan tertarik *eceh-ceh* walaupun harganya cuma RM5.00.
Ada sesetengah orang tu getah tempe bungkus mee tu pun dia boleh buat koleksi tau *hah, sape ada hobi ni, lagiklah jimat sebab FREE. Keh-keh-keh*
Tak percaya? Cuba tengok link bawah ni.


Since saya dah kenal dengan Kedai Daiso, Japan ni dari Februari 2009. Jadi tentu korang dah boleh agak berapa banyak barang-barang Daiso ni yang saya dah kumpul. Takdelah sampai segala-gala benda saya beli dekat Kedai Daiso, Japan ni. Mana-mana yang cute, comel dan lain dari lain je yang saya pilih especially alatan untuk menghidang / menghias makanan. Kreatifkan orang Jepun ni? Sampaikan semua benda dia nak pastikan comel. Agaknya sebab tulah kebanyakan orang Jepun ni kita nampak comel-comel je.

Kemaskini / Update Terbaru : Nak tengok ulasan entry pasal Daiso, bolehlah klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/daiso-japan-always-rm5-everything.html

So, inilah antara koleksi peribadi saya untuk tatapan korang semua *senyum*.












p/s: Sekarang ni dekat Kedai Daiso, Japan dah ada jual barangan Hello Kitty tau. Best kan sebab RM5.00 je.